Thursday, July 16, 2009

Jawapan Latihan Tambahan Peribahasa

JAWAPAN LATIHAN PERIBAHASA

Maksud peribahasa:


1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi
Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.

2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong.

3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.

4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya.

5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan masyarakat dan jangan berbuat jahat.

6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya.

7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga.

8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang baik.

9. bagai lebah menghimpun madu
Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.

10. cepat kaki, ringan tangan
Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.

11. genggam bara api biar sampai jadi arang
Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil.

12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Jawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.

13. malas bergarit perut perit
Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan.

14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.

15. seperti anai-anai makan kayu
Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezeki tidak datang dengan sendiri.

17. bagai beliung dengan asahan
Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat.

18. biduk berlalu kiambang bertaut
Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya.

19. buang yang keruh ambil yang jernih
Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga
Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan merasakan kesusahan itu juga.

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama
Jawapan: Perhubungan yang sama taraf.

22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua
Jawapan: Jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya.

23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga
Jawapan: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan ditemukan juga.

24. jauh bau bunga, dekat bau tahi
Jawapan: Kaum keluarga yang tinggal berjauhan akan berasa rindu tetapi jika tinggal berdekatan akan selalu berkelahi.

25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Jawapan: Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika melibatkan seorang sahaja.

26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak
Jawapan: Hubungan anak dengan bapa yang sangat baik dan saling bertolongan.

27. seperti pungguk rindukan bulan
Jawapan: Seseorang yang sentiasa mengingati dan merindui kekasihnya.

28. ikut hati mati, ikut rasa binasa
Jawapan: Orang yang mengikut kehendak nafsu akan musnah hidupnya.

29. nasi sudah menjadi bubur
Jawapan: Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.

30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Jawapan: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak menyesal kemudian hari.

31. sudah terantuk baru tengadah
Jawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati.

32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Jawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

33. alah membeli menang memakai
Jawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan barangan itu tahan lama.

34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati.

35. biar titik jangan tumpah
Jawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

36. cencaru makan petang
Jawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir.

37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Jawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat tentang sesuatu perkara.

38. cicir dipungut, hilang di cari
Jawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat.

39. ukur baju di badan sendiri
Jawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan diri kita sendiri.

40. sediakan payung sebelum hujan
Jawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku.

41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
Jawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih berhati-hati.

42. seperti air dalam kolam
Jawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.

43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Jawapan: Berhati-hati apabila bercakan kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

44. cacing hendak menjadi naga
Jawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/ berpengaruh.

45. membujur lalu melintang patah
Jawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran.

46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat
Jawapan: Mencapai kata sepakat.

47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah
Jawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak.

48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
Jawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang sanggup dihadapi bersama.

49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
Jawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di tempat kita berada.

50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Jawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana kita menetap.

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Jawapan: Semasa hidup kita mesti mengikut peraturan dan adat, tetapi setelah mati kita akan mengikut hukum Tuhan.

52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
Jawapan: Manusia akan dipercayai jika menepati segala janji.

53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek
Jawapan: Seseorang itu mestilah menyesuaikan diri dengan tempat di mana dia berada.

54. seperti kerbau dicucuk hidung
Jawapan: Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.

55. seperti belut pulang ke lumpur
Jawapan: Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau.

56. seperti gagak pulang ke benua
Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

57. seperti ikan pulang ke lubuk
Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
Jawapan: Sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya dia akan kembali ke tempat asalnya semula.

59. jangan bermain di air keruh
Jawapan: Perbuatan yang negative janganlah ditiru.

60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Jawapan: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

61. diam ubi berisi, diam besi berkarat
Jawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu selalunya banyak bercakap.

62. bagaikan harimau sembunyikan kuku
Jawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya.

63. jauhari juga yang mengenal manikam
Jawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.

64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Jawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan melakukannya.

65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Jawapan: Orang yang sama taraf atau sepadan.

66. air yang dingin juga dapat memadamkan api
Jawapan: Kata-kata yang lemah lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang.

67. bagai menjaga intan dicanai
Jawapan: Kasih sayang yang amat tinggi.

68. karam sambal oleh belacan
Jawapan: Seseorang yang dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi kepadanya.

69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
Jawapan: Kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi kasih anak kepada ibu bapa biasanya tidak tetap.

70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
Jawapan: Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

71. bagai menatang minyak yang penuh
Jawapan: Menjaga anak yang dikasihi dengan penuh kasih dan sayang

72. bagai ditatang di anak lidah
Jawapan: Orang yang terlalu kasih akan anak dan isterinya.

73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang
Jawapan: Orang yang pandai membawa diri, ke mana-mana pun mereka pergi pasti akan selamat.

74. pandai menyelam air dangkal
Jawapan: Orang yang pandai membawa diri

75. timba air mandikan diri
Jawapan: Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain.

76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang
Jawapan: Orang kaya dimuliakan manakala orang miskin diberi pertolongan.

77. bagai duduk dengan cupak dan gantang
Jawapan: Rakyat yang hidup di bawah kepimpinan yang adil.

78. seduit dibelah tujuh
Jawapan: Pembahagian yang sama rata.

79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak
Jawapan: Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak
Jawapan: Melaksanakan hukuman secara tidak adil.

81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati
Jawapan: Orang yang berkuasa dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja.

82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya
Jawapan: Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing.

83. bagai kaduk naik junjung
Jawapan: Orang yang mengada-ngada.

84. bagai layang-layang terputus talinya
Jawapan: Hidup yang tiada berpedoman.

85. alah bisa tegal biasa
Jawapan: Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah.

86. ditelan mati emak, diluah mati bapa
Jawapan: Terlalu sukar membuat keputusan.

87. beras secupak tak akan jadi segantang
Jawapan: Kehidupan seseorang atau kemiskinan yang tidak mungkin dapat diubah.

88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar
Jawapan: akibat marah akan seseorang, semua orang dipersalahkan.

89. bagaikan hidup segan mati tak mahu:
Jawapan: Hidup dalam keadaan ala kadar/ sesuatu yang tidak sempurna

90. bagaikan itik pulang petang
Jawapan: Berjalan dalam keadaan berbaris-baris dalam satu kumpulan

...............................................................................................................................................................

Wednesday, July 15, 2009

Cerita Lawak

1. Bakat Anjing

Ada suatu iklan kerja kosong untuk jawatan setiausah di sebuah syarikat multinational. Iklan jawatan kosong itu menyenaraikan kriteria2 yang boleh menjawat jawatan tersebut. Kriteria nya adalah:
-Mahir menaip laju dan tepat..
-Mahir menulis rengkas
-Mempunyai kemampuan dalam dua bahasa.
Seekor anjing amat berminat dengan tawaran jawatan kosong tersebut. Beliau amat yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya.
Semase temuduga..anjing itu diuji untuk menaip pantas dan penemuduga terpegun dengan kepantasan dan ketepatan anjing tersebut menaip...bukan itu sahaja anjing tersebut mahir bagaimana mengunakan spreadsheet dan email...Lalu penemuduga menguji anjing tersebut dengan ujian rengkas...dan sekali lagi anjing tersebut membuat penemuduga kagum kerana anjing tersebut dapat menulis rengkas dengan 120patah perkataan seminit...
Dan untuk ujian terakhir..penemuduga berkata kepada anjing tersebut..."Melihat dengan segala kemampuan yang kamu ada ..kamu memang layak dengan jawatan ini..tapi ada satu lagi apakah bahasa kedua anda"...
Lalu anjing itu menjawab "Meowww..."
.........................................................
2. jason kings

Seorang pemuda di uji untuk menggantikan ahli nujum negara yang yang sedang terlantar sakit.segala ujian yang di hadapi, berjaya di jawab.apabila raja hendak mengistiharkan pengganti ahli nujum yang baru,'TUNGGU' permaisuri memohon untuk mengajukan soalan terahir.baiklah kata raja jason,apa soalanya?
KAMU DIKEHENDAKI MEMBUANG AIR besar DI HADAPAN RAJA.
pemuda tadi pun melakukanya,setelah selesai permaisuri pun berbisik pada raja.
raja:tahukah kamu telah gagal kerana apa?
pemuda:tidak
raja:kamu gagal kerana,semasa kamu buang air besar,kamu buang air kecil sekali.
.................................................................
3. Berita Baik

Seorang doktor menerangkan keadaan isteri En. Rahman yang baru shaja mengalami kemalangan teruk.
"En.Rahman, saya Doktor Kamal ingin melaporkan yang isteri encik mengalami kemalangan yang teruk dan saya mempunyai berita baik dan berita buruk untuk encik rahman. Berita buruk nya dia mengalami patah kedua tangan dan kakinya dan anda perlu menolongnya untuk memberi dia makan, membawanya ke tandas untuk seumur hidupnya..."
Rahman pun berkata "Ya Tuhan, sungguh mengerikan...apa berita baiknya doktor"
Doktor itu menjawab " Saya bergurau sahaja pasal perkara tadi... sebenarnya isteri encik sudah mati.
.............................................................
4. Warga Tua

Di sebuah rumah warga tua kelihatan dua orang warga tua sedang berehat di bawah pokok.
Ali: Man aku ni dah tua sangatlah...umur dah 83 tahun...badan semae dah sakit2...aku tau kau pun sebaya dengan aku..Apa kau rasa sekarang..
Man: Aku rasa macam bayi baru lahir...
Ali: Bayi baru lahir?...kenape pulak man kau cakap macam tu.....
Man: Yelah..rambut tak ada...gigi tak ada...lepasatu aku rase macam dah terbuang air besar pulak sekarank ni...
....................................................
5. lawak sedih

Kejadian ini berlaku di kampung aku. Waktu itu aku masih sekolah rendah lagg. Dipendekkan cerita, ada satu famili ni dia orang sudah tua dan tidak pernah bersekolah. Mereka ada 4 orang anak, 2 orang sekolah menengah dan 2 orang lagi sekolah rendah. Suatu hari dua orang anaknya yang bersekolah rendah tadi pulang dengan membawa keputusan perperiksaan masing-masin ,dan ditunjukkan keputusan mereka kepada orang tua mereka. Apabila bapa mereka melihat dan membandingkan keputusan kedua-dua mereka, dia tidak berpuas hati kerana seorang mendapat nombor 1 dan seorang lagg mendapat nombor 33. Lalu sibapa memarahi anaknya yang mendapat nombor 1 tadi dengan membelasahnya menggunakan tali pinggang sambil berkata:
Si bapa: APALAH BANGANG SANGAT KAMU NI, DAPAT NOMBOR SIKIT SANGAT. CUBA TENGOK ADIK KAMU TU, WALAUPUN DIA MALAS BELAJAR, TAPI NOMBOR PERPERIKSAANNYA BANYAK.
............................................

Teka-teki lawak

Jawab teka-teki ini di bahagian comment. Tulis nama dan siapa betul semua dapat 50.

1. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang bergerak dari pokok ke pokok?

2. Ada seorang lelaki ni keretanya rosak,dia pun hantar ke bengkel untuk dibaiki. Suatu malam,ada seorang pencuri yang pecah masuk bengkel tu. Pencuri tu pelik kenape tak ada kereta kat bengkel tu?

3. Pokok apa yang paling tinggi kat bumi ni?

4. Kalau ayam makan kambing, itik makan burung, apa jadi kat itik dengan ayam?

5. Aku kebal dengan besi, tapi binasa dengan api. Apakah aku?

6. Apa beza laptop dengan pluto?

7. Manusia boleh jejakkan kaki di awan apa?

8. Dalam banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari?

9. Ada 20 ekor babi di dalam sebuah lori...dalam perjalanan ke pusat penyembelihan, lori pergi ke stesen minyak. Dua ekor babi tak tahan bau diesel lalu melompat. Seterusnya, lori itu berhenti di lampu isyarat, seekor babi melompat kerana tidak sabar menunggu...berapa ekor babi yang tinggal?

10. Apa ke bendanya, bila dipotong ia tetap panjang?

11. Pintu ape yang walaupun dengan 5 orang pun tak boleh nak tolak?

12. Gajah terbang dengan apa?
.....................................................................................................................................

Tuesday, July 14, 2009

Keburukan pelajar menyertai industri hiburan

Untuk "pelajarkiut": (maaf cikgu tak terbaca mesej anda)

SOALAN KARANGAN:

Keburukan penglibatan pelajar dalam industri hiburan tanah air.

...............Dewasa ini, industri hiburan tanah air semakin berkembang maju. Kemajuan industri ini dapat dilihat melalui monopoli media massa tempatan baik media cetak mahupun media elektronik yang lebih cenderung pada berita-berita bercorak keseronokan berbanding dengan berita bercorak pengetahuan. Namun apa yang amat dikesali, ada juga golongan yang cuba meraih keuntungan mudah dengan mengeksploitasi para remaja khususnya golongan pelajar agar melibatkan diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnya mereka perlu menggalas wadah memajukan diri dalam bidang pendidikan. Lantaran budaya berhibur melebihi keutamaan menuntut ilmu, situasi kini sudah pasti memberi impak yang negatif kepada generasi akan datang. Justeru, apakah kewajaran yang membolehkan golongan pelajar melibatkan diri dalam dunia hiburan dan apakah pula kesannya?

...............Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untuk membahagikan waktu di antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas utama mereka iaitu menuntut ilmu. Dalam usia yang masih terlalu muda, dunia pelajar seharus ditumpukan sepenuhnya untuk memperoleh ilmu sebagai menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan berpengetahuan. Namun jika mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada terpaksa dibahagikan pula dengan tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang hiburan. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan keupayaan mereka meluangkan waktu pada pelajaran dan kesannya bakal memberi impak yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsung dalam bidang nyanyian atau lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang bukan sahaja untuk mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan malah masa untuk berlatih juga perlu diambil kira. Justeru, kesannya akan menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk memperuntukan waktu yang secukupnya pada pelajaran.

...............Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program Realiti Hiburan seperti yang kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti untuk melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan pertunjukan di mana-mana juga. Akibat terikat dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan, para pelajar terpaksa melupakan tugas utama mereka dalam usia muda iaitu melaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Hal seperti ini akan menyebabkan para pelajar yang terbabit ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan. Bayangkanlah, apa yang bakal berlaku kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya tidak berilmu lantaran memilih bidang hiburan dan mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah pula sampai ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran’.

...............Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan penuh dengan tipu muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti pelajar mengharungi kehidupan dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja mungkin tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak seberapa. Menyertai bidang hiburan memerlukan seseorang yang mampu mendepani segala rintangan, apatah lagi dunia hiburan masa kini berdepan dengan pelbagai saingan yang terlalu rumit. Dalam usia setahun jagung, kemungkinan untuk menempa nama dalam dunia hiburan adalah terlalu kecil, lantas mereka berdepan pula dengan kemungkinan menghadapi kegagalan. Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan kegagalan? Kita amat bimbang, kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, sek bebas dan sebagainya. Justeru, sebelum menceburi bidang hiburan, remaja khususnya pelajar perlulah bijak menilai dan memilih sebelum membuat keputusan.

...............Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang begitu berbeza. Lihat sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesame peminat, pakaian malah keseluruhan gaya hidup mereka. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan objektif pendidikan yang berperanan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Ambil sahaja contoh rambut seorang artis, bergaya, panjang dan berwarna. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Persoalannya nanti, mahukah golongan golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan artis berpakaian kemas, berambut pendek dan menggayakan perlakuan sopan di khalayak ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila berada di sekolah bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus pada keburukan dan boleh mewujudkan konflik dalam diri pelajar terbabit. Hal inilah yang perlu difikirkan dengan serius sebelum mengambil pendirian untuk menyertai bidang hiburan.
...............Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai bidang hiburan adalah individu yang mementingkan ‘glamour’ dan bersifat meterialistik. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan kita pada hari ini. Kejayaan seseorang pelajar dalam dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang bersifat bongkak, sombong dan memandang rakan dan guru sebagai manusia yang tidak patut dihargai. Lihat sahaja perlakuan seorang artis remaja ketika bercakap dengan seorang jururawat di sebuah hospital. Apa pula pandangan anda jika seorang artis remaja mengherdik seorang pengawal di sebuah lapangan terbang di Sepang? Sikap bongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri mereka terlalu ‘glamour’ sehingga memandang rendah orang lain yang bukan golongan artis. Natijahnya, sikap negatif sebegini lahir disebabkan kurangnya nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka pelajari di sekolah. Malangnya, oleh sebab terlalu banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan, nilai-nilai moral sebegini terus dilupakan.

...............Intiharnya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar. Sebagai pelajar, mereka perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran mendepani bidang ilmu yang terlalu luas dan tidak bertepi. Menuntut ilmu memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Andai terbuka hati untuk menyertai industri hiburan, berilah ruang untuk memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang mampu membina impian masa depan gemilang.
.....................................................................................................................................

Monday, July 13, 2009

Karangan Bangunan Bersejarah

Karangan Bangunan Bersejarah 1:


Bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan demi generasi yang akan datang. Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengekalkan bangunan bersejarah tersebut.


……………Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota raya Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Pada masa yang sama, bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.

……………Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. Dengan pewartaan ini, bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal, usaha mengindahkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Kesannya, bangunan kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara.

……………Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal, kerajaan juga telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara. Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha membaik pulih bangunan-bangunan lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya. Maka, dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal akan dapat dicapai.

……………Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik. Antaranya adalah dengan mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai jenis flora yang terdapat di negara kita. Hal ini bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa mendapat kunjungan daripada orang ramai. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan ‘lift’, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan kepada para pengunjung. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan bersejarah tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar negara.

……………Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. Tida cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah di mana mereka turut menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotism dalam jiwa remaja kita hari ini.

…………...Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan turut bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

……………Intiharnya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan.

................................................................................................................................

Karangan Bangunan Bersejarah 2:

Tulis sepucuk surat kepada seorang rakan anda yang berada di luar negara bagi menceritakan sebuah bangunan bersejarah yang terdapat di negara anda. Di dalam surat tersebut, tuliskan keindahan yang terdapat pada bangunan itu dan langkah-langkah untuk memuliharanya.


…………………………………………..………..........……………….Ajila Binti Ajijul
…………………………………………..………..........……………….No.3, Jalan Kayu Ara,
……………………………………………..……..........……………….Taman Kayu-kayan, Cheras,
……………………………………………..……..........……………….56100 Kuala Lumpur.
……………………………………………..………..........…………….13 Julai 2009.

……………Menemui sahabatku yang jauh di mata, Saudari Anne Van Der Houston yang kini berada di Armsterdam, Belanda. Semoga saudari dan keluarga saudari berada dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera selalu.

Saudari Anne,
…………….Bagaimanakah keadaan diri saudari di sana? Saya berharap agar saudari sentiasa dalam keadaan gembira. Saya dan keluarga saya di Kuala Lumpur sihat seperti selalu. Namun begitu, keadaan cuaca yang agak panas terik sejak akhir-akhir ini membuatkan saya berasa mudah letih. Untuk makluman saudari, pada masa ini saya sedang sibuk mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah saya terutamanya pada waktu petang iaitu selepas waktu persekolahan. Hal ini bertujuan agar kami dapat mengingati semula isi-isi pelajaran yang telah kami pelajari di samping memperkenalkan kami pada bentuk soalan Sijil Pelajaran yang akan datang. Biasanya saya akan tiba di rumah pada lewat petang. Walau bagaimanapun, saya berharap agar saudari mendoakan saya supaya saya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Sahabatku Anne,
……………Sebenarnya tujuan saya menulis bingkisan ini adalah untuk menceritakan bangunan bersejarah yang terdapat di negara saya. Bangunan yang saya maksudkan ialah bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini merupakan sebuah bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan. Jika saudari ke Kuala Lumpur, saudari akan dapat melihat bangunan ini tersergam indah di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Kedudukannya terletak di pertemuan antara Sungai Kelang dengan Sungai Gombak. Untuk makluman saudari, bangunan ini telah dibina pada tahun 1893 iaitu semasa Malaysia masih dijajah oleh kuasa British. Sehingga hari ini, bangunan ini masih tegap berdiri serta menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur.

……………Bangunan Sultan Abdul samad merupakan sebuah bangunan yang unik dan mempunyai ciri seni bina Islam yang dibawa masuk dari luar negara. Tingkap dan pintunya berbentuk lengkung yang menandakan ciri bangunan di Cordova, manakala tiga buah kubah separuh bulat yang terdapat di atas bumbung bangunan tersebut bercirikan seni bina istana Taj mahal di India. Keindahan seni bina ini telah berjaya menggamit kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Sekiranya saudari berkunjung ke Kuala Lumpur, rugi rasanya jika saudara tidak singgah ke bangunan ini. Hal ini bukan sahaja dari segi keunikannya malah bangunan ini turut memiliki pelbagai nostalgia dan sejarah kepada penduduk di negara saya. Justeru, Kementerian Pelancongan dan Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia telah menjadikan bangunan ini sebagai pusat kunjungan para pelancong yang melawat ke Malaysia.

Saudari Anne,
……………Keindahan Bangunan Sultan Abdul Samad ini bukan hanya terletak pada ukirannya di bahagian luar sahaja malah bahagian dalam bangunan ini turut dilengkapi dengan seni bina yang amat unik. Bahagian lantai bangunan ini dilengkapi dengan kemasan jubin bermutu tinggi berwarna kemerahan. Dindingnya pula dihiasi dengan corak dan lakaran yang amat halus buatannya dan sukar ditandingi oleh pereka moden pada hari ini. Turut menampilkan ciri unik di dalam bangunan ini ialah terbentuknya sebuah dataran yang luas di bahagian dalam bangunan ini yang menempatkan hiasan pokok-pokok bunga dengan penjagaan yang kemas dan rapi. Akhir sekali, saudari juga berpeluang melihat tangga berpusing yang menghubungkan tingkat bawah ke bahagian kubah di tingkat atas bangunan itu. Jadi, jika berkesempatan ke Malaysia jangan ketinggalan untuk singgah ke bangunan ini.

Sahabatku Anne,
……………Memandangkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebuah bangunan yang amat berharga dan memiliki nilai kesenian yang tinggi, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi memelihara bangunan ini supaya terus kekal. Antaranya adalah dengan mewartakannya sebagai warisan kebangsaan. Dengan pewartaan itu, bangunan ini menjadi bangunan yang terpelihara dan tidak boleh diganggu gugat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah meletakkan bangunan ini sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipelihara dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Kuala Lumpur. Perisytiharan tersebut turut menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai mercu tanda Kuala Lumpur dan sebagai khazanah lampau yang terus terpelihara.

……………Pada masa yang sama, kerajaan juga berusaha untuk membaik pulih struktur bangunan yang telah rosak dengan melaksanakan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Pada tahun 2007 sahaja, Jabatan Kerja Raya telah menjalankan usaha baik pulih berjumlah RM20 juta. Usaha menaik taraf bangunan ini dilakukan bagi meningkatkan kemudahan asas di bahagian dalam bangunan ini termasuk menyediakan kemudahan keselamatan, ruang pameran, ‘lift’, tempat letak kereta dan sebagainya. Walaupun usaha baik pulih ini dilaksanakan namun keaslian bahagian luar bangunan ini tetap dipelihara kerana ciri-ciri keaslian dan ketulinan struktur bangunan ini masih dikekalkan mengikut bentuk asal bangunan ini.

Sahabatku Anne,
……………Memandangkan masa yang tidak mengizinkan, setakat ini dahulu bingkisan yang sempat saya tulis untuk saudari. Saya amat berbesar hati menjemput saudari sekeluarga datang ke negara saya untuk menikmati keindahan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di negara saya. Di sini nanti, bolehlah saudari mengambil gambar di kawasan bangunan tersebut atau menjalankan kajian untuk menambah pengetahuan saudari.

……………Akhir kata, sambutlah salam manis daripada saya dan keluarga saya di sini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari di Belanda. Jumpa lagi pada bingkisan yang akan datang.

……………Sekian, terima kasih.



……………………………………………………………………………………Sahabatmu yang jauh,
…………………………………………………………………………………………..AjilaAjijul


Tajuk Penting Karangan 2009

Tajuk penting karangan SPM 2009

Antara tajuk penting yang dikutip dari buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang masih belum disoal dalam karangan SPM ialah:

i. Isu pendidikan

ii. Pelancongan

iii. Pemeliharaan bangunan bersejarah

iv. Pelaburan dan tabungan

Tajuk-tajuk berkaitan isu semasa yang menjadi tumpuan sepanjang tahun 2008 pula adalah termasuk:

i. Kenaikan harga barang-barang

ii. Isu buli

iii. Pendatang tanpa izin

iv. Penggunaan bahasa Inggeris

v. Masalah sosial dalam kalangan remaja

Pelajar dinasihati supaya mengambil serius tajuk-tajuk tersebut agar lebih mahir. Cuba pelbagaikan bentuk soalan sama ada dalam bentuk karangan perbincangan, fakta, surat kiriman, ucapan dan ceramah, wawancara dan sebagainya.

Pelajar juga dinasihati supaya mengulang kaji tajuk-tajuk lain yang tidak dinyatakan di sini bagi mengelakkan kejutan sekiranya tajuk yang diramalkan tidak dikeluarkan dalam peperiksaan SPM yang akan datang. Apapun, kami sentiasa berusaha untuk yang terbaik kepada para pelajar.

Sunday, July 5, 2009

Jawapan Latihan Ayat Cakap Pindah ke Cakap Ajuk

Jawapan soalan 1:


Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?
Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.
Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?
Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.
Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita.
Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke bandar.
Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.
Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.


Jawapan soalan 2:

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.

......................................................................................................................................................................

Jawapan Latihan Ayat Cakap Ajuk ke Cakap Pindah

JAWAPAN SOALAN 1:

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.
2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.


JAWAPAN SOALAN 2:

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan
2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot


JAWAPAN SOALAN 3:

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.
2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang yang sangat garang.


JAWAPAN SOALAN 4:

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-
mata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.


JAWAPAN SOALAN 5:

1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.
2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.


..........................................................................................................................................................................

Ayat Cakap Ajuk/Pindah

LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:

1. Jangan mengubah makna asalnya.

2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

3. Lakukan perubahan perkataan:
contoh:
- saya .....................dia..................................- kamu ...............................dia
- kami ....................mereka..........................- hamba..............................dia
- di sini...................di situ/di sana...............- begini................................begitu
- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.
contoh:
- mengapa..............punca/sebab................- bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga...............- bila....................................masa

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.
contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.


b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
.................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
.....................percutian mereka.
Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam
....................dalam diri.

Jawapan:
...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.


Contoh 2:

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.
................................................
c. Latihan Pengukuhan (AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan dibuat sahaja!)
...........................................
Latihan 1
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ]

Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya .....................................[ 6 markah ]


Latihan 3:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. .....[ 6 markah ]

Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ...................[ 6 markah ]
.......................
.......................................................................
Latihan 5:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit. ........................................................[ 6 markah ]
.................................................................................................................................................................
....................................................................................
Jawapan sila "CLICK" jika anda sudah menjawabnya sahaja!
........................................................

B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.


a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)
i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.

2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam “menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat pindah”. Jika anda lupa, sila rujuk semula.

3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk mengelakkan markah anda ditolak.


b. Contoh soalan dan jawapan:


Contoh 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]



Jawapan :

Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi

...................... yang ..indah.

Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,

....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong

....................... tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan

........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian

........................mereka.

Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu

.........................ditanam dalam diri.



Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.


Jawapan:

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

...................................................................................
c. Soalan Latihan:


Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.



Latihan 2:

Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.

Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.



Jawapan sila …….”CLICK”……..setelah anda menjawabnya dahulu.

...................................................................................................................................................................

Saturday, July 4, 2009

Ramalan Tatabahasa 2009

SILA BERI PERHATIAN DAN TUMPUAN YANG LEBIH

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
( Kali akhir tahun 2004 )

2. Gabung ayat tunggal menjadi ayat majmuk
( Kali akhir sebelum 2004 )

3. Tentukan kata dan frasa dalam ayat
Contoh : senaraikan kata kerja transitif dalam ayat diberi.

4. Analisis bentuk ayat
Contoh : Nyatakan satu ayat majmuk komplemen daripada petikan.

5. Peribahasa
Contoh : Berdasarkan situasi dalam ayat tunggal.

Penanda Wacana Karangan

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …


B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.


C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas


D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah


E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………


F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
H. PENANDA WACANA UMUM

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping

2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu

9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya
.........................................................................................................................................................................

Soalan KBKK Cerpen 2009

Soalan KBKK Annyss Shopillea
1. Pada pendapat anda, mengapakah Strenn ingin menguasai takhta Alstonia?
•Ingin menjadi pemerintah/raja Alstonia.
•Ingin mengahwini Annyss Sophillea.
•Ingin menamatkan kuasa warisan keluarga Eyrique.
•Mahu dihormati/disanjung..
•Mahu memiliki kekayaan negara

2. Pada pendapat anda wajarkah Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia?
Wajar
•Ingin bertemu Annyss di sana.
•Bagi melepaskan rasa rindu terhadap Annyss.
•Menguatkan lagi ikatan persahabatan antara mereka.
•Membuktikan kesetiaan dalam persahabatan.
•Untuk membantu Annyss memenuhi misinya
Tidak wajar
•Alstonia merupakan negara asing bagi Akmal/tidak biasa di tempat orang.
•Akmal kemungkinan mengalami pelbagai cabaran di Alstonia.
•Terpaksa meninggalkan keluarga di bumi.
•Dia belum mengenali Annyss dengan begitu dekat.

..........................................................................................................................................................................

Soalan KBKK Lambaran Malar Hijau

1. Pada pendapat anda, apakah kepentingan usaha pemuliharaan hutan yang dijalankan oleh Daneng?
-dapat mengekalkan keindahan bumi yang tercinta untuk dihayati dan dinikmati
-generasi akan datang berpeluang untuk menikmati keunikan hutan
-menjadi tarikan kepada pelancong
-dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
-membekalkan sumber ubat-ubatan dan kayu balak yang berharga
-mewujudkan udara yang segar dan nyaman/suhu bumi dapat diseimbangkan
-dapat mengekalkan ekosistem hutan
-dapat meningkatkan isipadu oksigen di udara

2. Pada pendapat anda mengapakah hutan perlu dikekalkan ?
-Hutan merupakan habitat flora dan fauna yang tidak ternilai harganya
-Hutan membekalkan oksigen untuk manusia dan binatang
-Hutan dapat mengawal suhu dunia
-Hutan merupakan sumber kekayaan negara seperti kayu balak dan sumber ubat-ubatan
-Hutan menjadi aset negara dari segi pembalakan dan pelancongan

3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang mungkin berlaku jika penebangan hutan dilakukan tanpa kawalan?
-Bumi akan terdedah kepada kejadian tanah runtuh
-Dunia akan mengalami kesan rumah hijau
-Bencana banjir akan berlaku
-ekosistem akan terjejas
-Flora dan fauna akan kehilangan Habitat

4. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada Daneng dan masyarakatnya jika hutan dimusnahkan?
-Mereka akan kehilangan tempat tinggal
-Mereka akan kehilangan sumber makanan
-Masyarakat mereka akan terdedah kepada bencana alam
-Masyarakat mereka akan kehilangan budaya dan tradisi kehidupan di hutan
-Masyarakat mereka terpaksa mengubah cara hidup
-Mereka terpaksa tinggal di bandar/ kawasan petepatan yang disediakan oleh kerajaan.

5. Apakah usaha-usaha konkrit yang boleh anda lakukan untuk membantu Daneng memulihara hutan?
-mengemukakan cadangan/idea/ kepada Daneng tentang langkah-langkah pemuliharaan hutan
-mencari maklumat tentang usaha-usaha pemuliharaan Hutan melalui Internet untuk diberikan kepada Daneng.
-membantu Daneng untuk mencari penaja bagi membiayai usaha pemuliharaan hutan
-menghubungi Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan maklumat tentang pemuliharaan hutan

6. Mengapakah Cikgu Jo begitu bersunguh-sungguh memujuk Daneng supaya meneruskan persekolahannya.
-Daneng merupakan pelajar yang pandai dan berpotensi untuk mencapai kejayaan
-membantu Daneng untuk mencapai impian Daneng bagi memulihara Hutan melalui pendidikan yang dilaluinya.
-supaya Daneng menjadi kebanggaan masyarakatnya dengan memiliki kelulusan yang tinggi
-supaya taraf kehidupan Daneng, keluarga dan masyarakatnya meningkat

7. Jika anda ialah Cikgu Jo, nyatakan usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu Daneng dan keluarganya.
-membantu Daneng dan keluarganya supaya mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian
-membantu Daneng untuk mendapatkan biasiswa
-membantu Daneng untuk mendapatkan buku-buku rujukan daripada penerbit-penerbit buku.
-memberikan nasihat atau kaunseling kepada Daneng tentang masa depannya
-mengadakan kelas tuisyen peribadi kepada Daneng

8. Jika anda ialah Cikgu Jo, apakah usaha yang dapat anda lakukan sekiranya Daneng tetap dengan keputusannya untuk tidak menyambung pelajarannya?
-Saya akan terus menasihati dan memujuknya.
-Saya akan berbincang dengan keluarganya dan menjelaskan masa depan Daneng kepada keluarganya.
-Saya akan berjumpa dengan Tok Batin atau ketua masyarakatnya tentang masa depan Daneng.
-Saya akan menganjurkan ceramah motivasi kepada ahli keluarga Daneng dan juga masyarakat orang asli di kawasan tempat tinggal Daneng.
-Saya meminta pihak Kementerian Pelajaran membantu atau memujuk keluarga Daneng.

9. Mengapakah masyarakat orang asli kurang menitikberatkan pelajaran kepada anak-anak mereka?
-Mereka menganggap bahawa semua perkara yang diperlukan terdapat di dalam hutan seperti makanan, dan tempat tinggal
-Mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak mereka ke sekolah
-Mereka menganggap bahawa pelajaran tidak penting
-Mereka berharap agar anak mereka akan mewarisi pekerjaan dan kehidupan mereka
-Kawasan mereka tidak mempunyai prasarana yang lengkap

10. Pada pendapat anda, apakah akan terjadi kepada Daneng dan keluarganya jika dia enggan menyambung pelajaran?
-Daneng dan ahli keluarganya akan ketinggalan dalam arus pemodenan
-Daneng dan keluarganya tidak dapat menjadi contoh sebagai Modal Insan yang cemerlang kepada masyarakatnya.
-Daneng tidak berpeluang untuk memajukan masyarakatnya
-Daneng dan keluarganya akan terus hidup miskin atau kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
-Daneng dan keluarganya akan terus mengamalkan cara hidup tradisi yang serba kekurangan.

11. Pada pendapat anda, mengapakah Daneng akhirnya mengubah fikiran untuk menyambung pelajarannya.?
- Daneng telah dapat melihat masa depannya yang cerah
- Daneng yakin bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh akan dapat mengubah diri dan keluarganya.
- Daneng mahu ketinggalan untuk menikmati arus pemodenan
- Daneng tidak mahu dipandang rendah
- Daneng mahu menjadi ikon masyarakatnya.
- Daneng sedar bahawa tindakannya itu akan dapat memajukan masyarakatnya.

..........................................................................................................................................................................

Soalan KBKK Virus Zel Untuk Abah

S1. Jika anda ialah Zel, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan perasaan akibat perceraian ibu bapa .
- Mendekatkan diri kepada Tuhan - banyak berwirid, mengaji, mendalami ilmu agama
- Mencari teman untuk berkongsi masalah - kaunselor/ ustaz/ rakan sebaya
- Melakukan aktiviti berfaedah - sukan dan rekreasi/ melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan/kerja amal
- Bersikap positif terhadap ujian yang menimpanya - reda kepada ketentuan Ilahi/ kuatkan semangat

S2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dicadangkan untuk membantu golongan ibu tunggal ?
- Mencadangkan mereka menubuhkan persatuan bagi membela nasib ibu tunggal.
- Memberi bantuan elaun khas bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ibu tunggal
- Membuka peluang perniagaan yang lebih banyak kepada golongan ini
- Menghantar mereka menjalani kursus untuk meningkatkan "nilai tambah" kepada diri.

S3. Pada pendapat anda, mengapakah bidang ICT sangat penting pada masa kini?
- Menyimpan data berkaitan perniagaan dengan cara sistematik dan selamat
- Mempromosi perniagaan dengan cara efisien melalui laman web, blog
- Memperoleh maklumat yang cepat dan berguna untuk menggerakkan perniagaan
- Mereka bentuk dan membuat inovasi produk melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan yang bersumberkan perisian dan perkakasan komputer

S4. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dicadangkan untuk merapatkan semula hubungan antara Zel dengan mama dan papanya.
- Saling menghubungi melalui kecanggihan ICT - telefon bimbit, e-mel, sidang video
- Merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama - contoh : melancong
- Bersikap positif dan berprasangka baik antara satu sama lain - elakkan pergaduhan, guna kata-kata kesat
- Saling bertukar hadiah dan ucapan pada hari-hari yang bernostalgia seperti hari lahir, ulang tahun
perkahwinan
..........................................................................................................................................................................

Friday, July 3, 2009

Koleksi Soalan SPM Cerpen 2009

Soalan 1

(Annyss Sophillea)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ratu suria telah tergelincir dari persemayamannya di puncak langit. Sendirian di hutan belukar begini sesekali meremangkan bulu tengkuknya.
“Kalaulah eustary ada di sini…” desis Annyss sendirian.
Krrapp!
Derapan tapak kaki sesorang telah mematahkan ranting kering di belakangnya. Sekaligus darahnya berderau. Annyss sudah bersedia menghunus pisau belatinya. Demi dia berpusing, senjatanya dihayun tinggi untuk dibenamkan ke tubuh musuhnya.
“Ehh… nanti dulu! Sabar, Annyss!”
“Akmal?” Annyss bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Kemunculan eustary di sisi Akmal menambahkan kekagetannya. “Bagaimana kau boleh berada di sini?”
“Terbang.” Akmal membalas dengan selamba.
Annyss tersenyum. “Jadi kau gunakan kalung aku untuk menyeru eustary, ya?”
Akmal mengangguk. “Setiap malamku diserikan oleh bayanganmu di dalam impian. Tapi suaramu seakan-akan memerlukan. Kerana itu aku datang. Lagipun sudah seminggu kau tiada. Terasa canggung pula.”
Seminggu? Sedangkan aku baru sampai semalam, bisik Annyss…oh ya! Baru aku teringat.
“Akmal, ada sesuatu tentang Alstonia yang kau perlu tahu.”
“Apa dia?”
“Sehari di Alstonia bererti seminggu di Bumi.”
“Macam mana boleh jadi begitu.” Akmal mula keliru.
“Kau tentu bahawa dimensi kita berbeza. Begitu juga dengan masanya.”


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan petikan di atas?

• Annyss berasa seram/takut.
( 2 markah)


(ii) Apakah yang dimaksudkan dengan menambahkan kekagetannya berdasarkan petikan di atas?

• Menjadi lebih terkejut/terperanjat.
( 2 markah)


(iii) Mengapakah Akmal pergi ke planet Alstonia?

• Pada setiap malam dia bermimpi akan Annyss.
• Berasa seolah-olah terdengar suara Annyss yang memerlukannnya.
• Sudah seminggu mereka tidak berjumpa/ Annyss tiada.
• Berasa canggung dengan ketiadaan Annyss.
(3 markah)


(iv) Pada pendapat anda wajarkah Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia?

Wajar
• Ingin bertemu Annyss.
• Bagi melepaskan rasa rindu.
• Menguatkan lagi ikatan persahabatan.
• Membuktikan kesetiaan dalam persahabatan.
• Untuk membantu Annyss.

Tidak wajar
• Alstonia merupakan negara asing bagi Akmal/tidak biasa di tempat orang.
• Akmal kemungkinan mengalami pelbagai cabaran di Alstonia.
• Terpaksa meninggalkan keluarga di bumi.
• Keselamatannya belum tentu terjamin.
(3 markah)


(iv) Huraikan satu perwatakan Akmal berdasarkan petikan di atas dan dua perwatakan Akmal dalam cerpen tersebut.

Perwatakan dalam petikan
• Seorang yang berani buktinya sanggup ke Alstonia untuk berjumpa Annyss.
• Seorang yang baik hati sanggup ke Alstonia untuk berjumpa Annyss.

Perwatakan dalam cerpen
• Seorang yang penyayang buktinya sedih/tidak sanggup berpisah dengan Annyss/terlalu menyayanginya.
• Seorang yang jujur buktinya ikhlas dalam persahabatan dengan Annyss
(3 markah)

..........................................................................................................................................................................

Soalan 2

( Annyss Sophillea )


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


“ Aku tidak peduli itu semua. Yang penting kau mesti kuhapuskan,” balas Strenn.
“ Jadi sia-sialah tindakanmu selama ini.” Eyrique menekan.
Jadi jawapan Strenn hanyalah serangan yang bertubi-tubi ke arah anak saudara bapanya. Eyrique kian berundur sehingga dia terasak ke dinding bangsal. Pertahanannya semakin tipis walaupun aksinya tetap tenang.
Annyss mula dicakar cemas. Namun dia tahu pertarungan ini adalah perhitungan peribadi. Tetapi Akmal tidak dapat membiarkan sahabat yang baru dikenalinya begitu sahaja. Dicapai senjatanya sendiri dari saku seluarnya lantas dihalakan kepada Strenn.
“ Akmal! Jangan!.”
Banggg!!!
Teriakan Annyss serentak dengan pergerakan peluru Akmal yang menemui sasarannya tepat ke dada Strenn.
Akmal tumbang. Kesakitan yang merayap pada tubuh Strenn, entah mengapa, turut menggigit dirinya, walaupun tidak berdarah.
“ Akmal, kenapa kau buat begitu?” Annyss seakan-akan menyesali tindakannya.
“ Tiada siapa yang sanggup membunuhnya.Aku juga tahu, di Alstonia, siapa yang membunuh akan mati bersama-sama orang yang dibunuh.” Nafasnya tersekat seketika. Kemudian dia menyambung, “Dia tidak layak untuk hidup, walaupun aku galang gantinya.”


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan dicakar cemas berdasarkan petikan di atas ?

• Maksudnya berasa takut dan bimbang/susah hati.
( 2 markah)


(ii) Apakah yang dimaksudkan dengan turut menggigit dirinya berdasarkan petikan di atas?

• Maksudnya Akmal juga berasa sakit.
( 2 markah)


(iii) Apakah akibat yang diterima oleh Akmal setelah menembak Strenn ? Mengapakah perkara
tersebut berlaku?

• Akibatnya, Akmal tumbang.
• Berasa sakit seperti yang dialami oleh Strenn.
• Sebabnya, di Alstonia orang yang membunuh akan mati bersama-sama orang yang dibunuh.
( 3 markah)



(iv) Pada pendapat anda, mengapakah Akmal bertindak menembak Strenn?

• Akmal bimbang Eyrique akan tewas.
• Akmal hendak menyelamatkan nyawa Eyrique.
• Akmal sanggup berkorban demi persahabatannya dengan Annyss.
• Strenn seorang yang jahat/kejam/sombong.
( 3 markah)


( v) Huraikan satu nilai kemanusiaan berdasarkan petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan
lain yang terdapat dalam cerpen tersebut.

• Nilai kemanusiaan dalam petikan
• Nilai tolong menolong. Contohnya Akmal membantu Eyrique .
• Nilai berani. Contohnya Akmal berani menembak Strenn.

• Nilai dalam cerpen
• Nilai kegigihan/ketabahan. Contohnya Annyss tabah dalam usaha mencari Eyrique.
• Nilai keberanian. Contohnya Annyss berani menggembara ke bumi seorang diri.
• Nilai amanah. Contohnya Annyss berusaha menunaikan wasiat ayahanda dan bondanya.
( 3 markah)

..........................................................................................................................................................................

Soalan 3


( Annyss Sophillea )


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Eyrique keluar dahulu ke permukaan. “ Strenn!” Dia memuntahkan perkataan pertama melalui ketapan bibirnya. Nadanya terkejut berbaur geram. Strenn dan konco-konconya telah menanti kedatangan mereka.
“Mawarku telah disunting orang rupanya, padanlah semakin tajam durinya sekarang,” ujar Strenn dengan sinis. Hati Annyss terbakar mendengarnya.
“ Ha, Eyrique Etiqaz, perwira terbilang Alstonia. Mahu ke mana sekarang?”
Strenn masih lagi berbasa basi.
“ Hentikan madah pincangmu, Strenn.”Eyrique membentak. “Aku kembali untuk menuntut hakku yang telah kau rampas!”
“ Ya! Yang mana satu? Banyak juga milikmu yang telah kurampas, termasuk kekasihmu, Sarlyn!” Ketawa kecil menjadi penutup bicaranya. Perasaan Eyrique semakin panas. Mujur fikirannya masih bertakhta di hati. Dia tahu bahawa Strenn memahami maksudnya.
Masih jelas dalam ingatan Eyrique bagaimana konco-konco Strenn telah menculik dan menyembunyikannya pada malam dia akan ditabalkan sebagai pengganti ayahandanya. Strenn mahu menguasai Mahligai Alstonia sepenuhnya. Perpisahannya dengan Annyss tambah melemahkan tenaga yang wujud dalam dirinya.
Tetapi malam ini tidak lagi. Malam ini malam penghujung bintang Gemini bermain di angkasa raya. Pada malam ini 22 tahun dahulu, telah lahir sepasang anak kembar sebagai pewaris takhta Alstonia.


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan memuntahkan perkataan berdasarkan petikan di atas?
• Meluahkan percakapan/pertuturan/kata-kata/bercakap.
( 2 markah)


(ii) Apakah yang dimaksudkan dengan penutup bicaranya berdasarkan petikan di atas?

• Menyudahkan percakapannya/mengakhiri pertuturannya/kata-kata akhir.
( 2 markah)


(iii) Siapakah Eyrique ?Mengapakah Eyrique diculik oleh Strenn?

• Eyrique merupakan perwira terbilang di Alstonia.
• Pewaris takhta Alstonia/pengganti takhta ayahandanya.
• Kerana Strenn mahu menguasai mahligai Alstonia sepenuhnya.
( 3 markah)



(iv) Pada pendapat anda, mengapakah Strenn ingin menguasai takhta Alstonia?

• Ingin menjadi pemerintah/raja Alstonia.
• Ingin mengahwini Annyss Sophillea.
• Ingin menamatkan kuasa warisan keluarga Eyrique.
• Mahu dihormati/disanjung..
• Mahu memiliki kekayaan negara.
( 4 markah)


( v) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran lain dalam
cerpen tersebut.

• Pengajaran dalam petikan
• Perlu menghormati hak seseorang, Contohnya Strenn sepatutnya memberi peluang kepada Eyrique menaiki takhta.


• Pengajaran dalam cerpen
• Hendaklah sanggup berkorban demi persahabatan. Contoh Akmal sanggup berkorban menentang Strenn demi persahabatannya yang ikhlas dengan Annyss.
• Perlu memupuk sikap kerjasama dalam menghadapi cabaran. Contohnya Annyss dan Akmal berkerjasama untuk menyelamatkan Eyrique.
• Hendaklah saling membantu untuk kesejahteraan. Contohnya Akmal membantu Annyss yang menghadapi masalah akibat kehilangan Eyrique.
(3 markah)


..........................................................................................................................................................................

Soalan 4


(Cerpen Lambaian Malar Hijau)


Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Minum nak,” ucap ibu Daneng sambil menghidangkan kopi O dan ubi kayu rebus.
Jo mengucapkan terima kasih lalu meneguk air kopi itu. Pandangan matanya menangkap kesederhanaan isi pondok itu. Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu. Hanya beberapa buah bantal buruk dan sebuah almari usang yang memenuhi pondok besar itu. Bagi diri Jo, itu satu kekurangan tetapi Jo sedar bahawa tuan punya rumah tidak berpendapat begitu. Apa besarnya pada sebuah kerusi empuk ataupun kipas angin jika alam yang menghijau dianggap empunya.
“Pak cik ke mana?”
“Ke hulu untuk memancing. Kalau ada rezeki, dapatlah ikan. Sambil itu pakcik juga mencari petai. Kali ini, anak Jo mesti membawa pulang petai ke rumah.”
Jo mengangguk. Dia teringat akan keenakan masakan ikan haruan bukit dan petai hutan dara yang pernah dimakannya di rumah ini tidak lama dahulu. Air liurnya ditelan.
Dalam kesederhanaan hidup yang sebegitu, masih hendak memberi sedekah. Di daerah satelit, hidup di pondok begitu sudah dianggap miskin. Sudah menjadi isu besar dalam media. Tetapi bagi orang-orang di sini, beginilah kehidupan. Tiada apa-apa yang perlu dikejar. Tidak ada soal tidak cukup duit! Tidak cukup masa! Tidak puas hati dengan kejayaan dalam karier!


i) Apakah maksud rangkai kata menangkap kesederhanaan berdasarkan petikan di atas?
(2 markah)

- melihat atau memerhatikan kelengkapan rumah yang serba ringkas/ ala kadar.

ii) Sekiranya anda Cikgu Jo, apakah yang dapat anda lakukan untuk meningkatkan taraf hidup Daneng? (3 markah)

- mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- memohon kerjasama PIBG untuk mengadakan pungutan derma di sekolah.
- memberikan modal kepada mereka untuk menjalankan perniagaan
- Membantu Daneng dari segi pelajaran .


iii) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam cerpen ini?
(4 markah)

- Dua nilai kemanusiaan dalam petikan
- nilai simpati,buktinya isi rumah Daneng yang serba kekurangan.
- nilai kerajinan, buktinya ayah daneng berusaha mencari ikan dan Petai di hutan.
- Dua nilai kemanusiaan dalam cerpen
- Nilai kegigihan, buktinya Daneng belajar belajar bersungguh-sungguh.
- Nilai bertanggungjawab, buktinya Cikgu Jo berusaha untuk pergi ke rumah Daneng untuk memujuk Daneng kembali menyambung persekolahannya.


..........................................................................................................................................................................
Soalan 5


(Cerpen Lambaian Malar Hijau)


Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dari jauh, Jo dapat melihat tubuh Daneng yang berotot kental melompat dari sebuah batu besar ke sebuah batu besar yang lain di pinggiran perkampungan asli itu. Anak muda itu kelihatan begitu asyik berbuat demikian, seperti seekor rerama yang terbang bebas. Jo mematikan langkah, memerhati gelagat remaja itu.
Patutkah aku mengganggu ketenteramannya? Merampas kebebasannya? Memaksanya melakukan apa yang aku fikirkan betul? Fikiran Jo mula bercambah: Ketidakpastian mula mengetuk pintu hatinya. Tidak! Tidak! Aku mesti melaksanakan tugas! Apa yang aku fikirkan betul, memanglah benar dan kebenaran itu perlu menjadi kenyataan, bentak hatinya.
Kicauan unggas yang pelbagai menusuk cuping telinganya. Kerihan lotong dan
kera, kericauan siulan pipit dan tiung, dengungan kumbang-kumbang hutan, dan depusan angin menghidupkan alam raya. Begitu mengasyikkan! Irama rimba yang merdu memukau dirinya yang berasal dari daerah satelit.
“Oh, betapa nikmat suara alam yang menghadiahkan ketenteraman kepada insan!” getusnya perlahan.
“ Selamat datang, cikgu!” ucap Daneng. Kalimatnya diselimuti perasaan ketidaksenangan yang timbul tenggelam. Senyumannya memaparkan barisan giginya yang kukuh dan kekuningan.
Jo tersentak. “Apa khabar?” tercetus suaranya.
“Baik. Cikgu baik?”
“Tentu, kalau tidak takkan sampai ke mari. Engkau terima pesanan daripada Isyak?”
“Ya, tetapi tidak sangka cikgu lebih awal…,” ucapnya.


(i) Apakah yang dilihat oleh Jo di pinggiran perkampungan asli itu? (3 markah)

- melihat tubuh Daneng yang kental
- melihat Daneng melompat dari sebuah batu ke sebuah batu yang lain.
- Daneng asyik melompat tanpa menyedari ada orang lain yang memerhatikan gelagatnya.


(ii) Pada pandangan anda, mengapakah fikiran Jo mula bercambah dan ketidakpastian hadir dalam jiwanya? (3 markah)

- dapat melihat kegembiraan hidup di perkampungan orang asli.
- melihat bahawa Daneng perlu berpindah dari perkampungan asli yang tiada kemajuan pendidikan.
- Daneng berhak hidup sebagai penduduk tetap di perkampungan asli itu.

(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen ini dan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. (3 markah)
- latar masyarakat dalam petikan
Masyarakat orang asli-Daneng dan keluarganya masih tinggal di dalam hutan.
- latar masyarakat dalam cerpen
Masyarakat warga sekolah – rakan sekolah Daneng yang bernama Isyak.
Masyarakat yang prihatin – Cikgu Jo memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya.

..........................................................................................................................................................................
Soalan 6

(Cerpen Lambaian Malar Hijau)


Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Daneng menghela nafas panjang. Peristiwa dua puluh lima tahun dahulu itu seakan-akan baharu berlaku sehari dua yang lalu. Dia mengalihkan pandangannya ke araah lelaki tua yang tersandar pada batu besar yang pernah menjadi singgahsana zaman remajanya dahulu.
“Keputusan Datuk Daneng 25 tahun dahulu telah mengubah dunia. Saya cukup bangga dengan kejayaan datuk,” ucap Jo sambil mengelap manik-manik peluh di dahinya yang sudah berkedut itu.
“Cikgu, tolong jangan “berdatuk” dengan saya, siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya Daneng, anak rimba,” ucap Daneng dengan penuh rasa hormat. Dia merenung wajah gurunya yang sudah diukir garis-garis usia. Suaranya juga agak lemah. Tetapi di sebalik lelaki tua itu, semangat Cikgu Jo masih kental dan kuat. Itulah yang dikagumi Daneng.
“Jasamu akan dikenang sepanjang zaman. Oh, Daneng! Usahamu itu tidak sia-sia. Datuk Daneng telah dapat menyelamatkan belantara ini. Malaysia telah diiktiraf sebagai Negara yang memiliki hutan tropika terbanyak di dunia pada tahun 2020 ini. Negara memiliki lebih daripada 20 juta hektar hutan. Rancanganmu itu telah dapat memulihara, memelihara, dan menambahkan kawasan hutan di Negara kita,” ucap Cikgu Jo sambil merenung lelaki dewasa yang berusia hampir separuh abad itu.
“Engkau telah mendapat Hadiah Nobel, Daneng. Hati tua ini, dilanda ombak kegembiraan mengingati segala kejayaanmu itu. Bukankah kerajaan Brazil juga menjemputmu ke sana untuk membantu memulihkan keadaan hutan Lembangan Amazon?”
Daneng mengangguk. Dia merenung wajah cengkung Cikgu Jo. Air jernih memenuhi kolam matanya.


i) Jelaskan jasa-jasa Daneng kepada negara dan dunia. (3 markah)

- berusaha memulihara dan memelihara hutan hujan tropika di Malaysia.
- memberi kesan kepada pembangunan ekosistem di dunia.
- memulihkan keadaan di Lembangan Amazon


ii) Pada pendapat anda, apakah jasa-jasa Cikgu Jo kepada Daneng? (4 markah)
-mendidik Daneng dengan baik dan dedikasi sehingga berjaya.
- berjaya memujuk dan menasihati Daneng agar meneruskan pelajarannya.
- memberikan dorongan dan semangat lepada Daneng sehingga berjaya dalam hidupnya.

iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang diketengahkan dalam petikan di atas dan satu nilai kemanusiaan lain berdasarkan seluruh cerpen itu. (3 markah)

- nilai kemanusiaan dalam petikan-
nilai mengenang jasa,Walaupun Daneng bergelar Datuk, beliau maĆ­z menghormati Cikgu Jo.
Nilai merendah diri-Daneng mengatakan siapalah dia tanpa Cikgu Jo.

- nilai kemanusiaan dalam cerpen
nilai sayang alam sekitar, Daneng Amat sayang dan cinta akan keindahan alam sekitar sehingga beliau sukar meninggalkan hutan belantara.


iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan usaha Daneng itu? Berikan ulasan anda.
(3 markah)

- dapat mengekalkan keindahan alam fauna dan flora di bumi ini.
- keseimbanagan ekosistem terjalin
- mempertahankan warisan nenek moyangnya di hutan belantara
- dapat mengekalkan tempat tinggal nenek moyang Daneng turun-temurun.

..........................................................................................................................................................................
Soalan 7


(Virus Zel untuk Abah)


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

Mama!
“Zel,ma tak pernah halang Zel daripada berjumpa abah.Itu abah Zel.Tetap begitu untuk selamanya.Jangan Zel fikir yang bukan-bukan antara ma dan abah.Itu urusan kami. Apa yang penting,ma hendak lihat hubungan Zel dengan abah,hubungan Zel dengan mama masih seperti dulu.”
Mama!
Aku pernah mendakap mama erat lantas mengucup tangan sejuk mama apabila kata-kata itu menghanyutkan aku ke alam keharuan. Rasanya aku ingin sentiasa dalam pelukan keibuan mama yang tersangat kurasakan darjah perlindungannya. Siapakah aku tanpa mama? Di manakah aku tanpa mama? Bagaimanakah aku tanpa mama?
“Kita harus buktikan kepada semua orang yang kita boleh terus survive tanpa lelaki dalam hidup .Ma bukan hendak mempengaruhi Zel agar menafikan akan kewujudan lelaki dalam hidup Zel.Buktinya mama tak pernah larang Zel daripada berjumpa abah.Tapi dalam keadaan yang menghimpit dan kita terasa dihimpit oleh peristiwa yang berlaku,kita wajar bersikap optimistik:Kita mesti kuat demi untuk hidup,untuk terus berjaya.”


(i) Apakah nasihat mama kepada Zel? (3markah)

-Nasihat Mama untuk Zel ialah
Mama tidak mahu Zel berfikiran buruk atau prasangka terhadap hubungan mama dengan abahnya.
Mama mahu melihat hubungan Zel dengan abahnya seperti dahulu
Mama menasihati Zel supaya bersikap optimis


(ii) Pada pendapat anda,bagaimanakah hubungan Zel dengan abahnya dapat dirapatkan? (3 markah)

Pada pendapat saya hubungan Zel dengan abahnya dapat dirapatkan dengan cara
- Mereka hendaklah sering berjumpa atau menziarahi
- Mereka hendaklah meraikan hari-hari istimewa bersama seperti hari jadi
- Bapanya perlu memberi perhatian yang lebih kepada Zel - Zel dan abah hendaklah sering berhubung.
- Menggunakan abang Awie sebagai orang tengah.


(iii) Jelaskan satu perwatakan Mama berdasarkan petikan di atas dan dua lagi perwatakan yang terdapat dalam cerpen ini? (3 markah)

Perwatakan yang terdapat dalam petikan
- Mama seorang bersikap terbuka. Buktinya,dia mengizinkan Zel untuk bertemu abahnya.
- Berdikari – tidak bergantung kepada suaminya.
- Berani – menghadapi cabaran
- Penyayang – Zel ingin sentiasa berada dalam pelukan Mama.

Perwatakan yang terdapat dalam cerpen
- Mama seorang yang gigih – dia mampu menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.
- Mama seorang yang berpandangan jauh – mama menghantar Zel belajar ke luar negara untuk menimba ilmu/membuka kedai computer.berpegang teguh kepada agama,walaupun sibuk dengan kerjaya,mama bertudung litup dan mengekalkan ciri wanita muslim.

......................................................................................................................................................................

Soalan 8


( Viruz Zel Untuk Abah )


Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku menggenggam erat kelima-lima jari kanan. Kuhentak meja, melepaskan geram. Ah, segala-galanya sungguh kejam! Mengapa semuanya itu harus menimpa aku yang tidak berdaya? Aku yang kerap mendengus apabila menerima hempapan konkrit rumit. Sejurus itu kata-kata seorang teman yang setia menyua harapan dan ketenteraman luhur yang tidak terhingga menyinggah.
“ Allah hanya akan menguji hamba-Nya mengikut kekuatan akal dan imannya .Tidak diberatkan dengan apa yang berada di luar daya hamba-Nya. Insya-Allah ada hikmah yang tersirat yang sebenarnya kita sendiri tidak menyedarinya. Percayalah. “

Sebentar itu aku kian melihat menilai dan mentafsir bicara sahabat terbaik yang kini sedang menuntut di Kaherah. Tetapi sebentar itu aku mendengus lagi Ah ,sesiapa sahaja boleh mengucapkannya!Aku yang menelan jadamnya.Aku !
- Abah tak pernah cuba faham perasaan Zel !
- Jangan cakap begitu, Zel. Zel silap…..
- Oh abah , Zel memang selalu silap . Zel memang anak abah yang selalu tak pernah betul. Tapi abah sejak dulu tak pernah cuba untuk mengerti , memahami tentang diri Zel. Tentang keinginan Zel. Tentang harapan Zel. Tentang masa depan Zel.


(i) Apakah maksud Zel apabila dia berkata , Aku yang menelan jadamnya berdasarkan petikan? (3 markah)

Maksud Zel apabila dia berkata “Aku yang menelan jadamnya,Zel yang terpaksa menanggung kepahitan hidup
- Zel yang menempuhi segala musibahnya.


(ii) Apakah ujian terhadap Zel seperti yang disebutkan oleh sahabatnya dalam
petikan di atas? (3 markah)

-Ibu dan ayah Zel bercerai ketika usia Zel masih mentah,iaitu ketika Zel berusia 10 tahun
-Ayahnya telah berkahwin semula selepas bercerai dengan mama dan mempunyai keluarga baru
-Tambahan pula,Zel mempunyai tiga orang saudara tiri yang tidak memahami dirinya dan bersikap kebudak-budakan


(iii) Huraikan dua nilai murni yang terpancar dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut (3 markah)

Dua nilai murni dalam petikan cerpen :
- Nilai setia kawan.Buktinya menerusi rakan baik Zel,Win yang berusaha menyedarkan Zel yang ingin membalas dendam terhadap ayahnya sendiri
- Nilai yakin akan takdir Tuhan juga turut terpapar. Buktinya sahabat Zel,Win sering mengingatkan Zel supaya yakin bahawa segala dugaan Allah terhadap dirinya disertakan dengan hikmahnya tersendiri.

Nilai dalam cerpen
- nilai kasih sayang .Buktinya,Mama amat menyayangi anaknya Zel dan dia sentiasa memberi dorongan dan .semangat apabila Zel berhadapan dengan masalah
Nilai bertanggungjawab – mama membenarkan Zel bertemu abahnya.
Nilai kegigihan – mama Zel membosankan Zel seorang diri.


.........................................................................................................................................................................
Soalan 9


( Virus Zel untuk Abah)


“Komputer Powerbook 165c ini mempunyai reputasi sebagai komputer yang jauh lebih bertenaga daripada kebanyakan komputer desktop utama di pasaran .Zel tahu powerbook ini boleh menampung sehingga 14 megabyte RAM untuk Zel bekerja dengan pelbagai penggunaan pada satu masa”, terang mama yang sedang sibuk menilik-nilik katalog yang terlampir .Dalam usianya mencecah 45 tahun ,aku sesungguhnya bangga mempunyai seorang mama yang berkebolehan dalam bidang komputer . Mama bukan sekadar menjadi pengedar peralatan komputer tetapi bijak tentang apa sahaja dalam dunia komputer.

“ Mama kau itu advanced. Patutlah abah kau rasa inferior.” Pernah Win berbisik begitu apabila kami terserempak dengan ma di ruang legar pusat membeli- belah di bandar. Ketika itu ma sedang sibuk mengadakan pameran komputer Powerbook terbarunya.

“Apa maksud kau ?” Aku menarik lengan Win , mengajaknya keluar dari ruang legar menerusi pintu automatic.
“ Yalah,lelaki mana yang tak rasa tercabar apabila lihat wanita berjaya begitu, lebih-lebih lagi wanita itu isterinya.”


(i) Apakah maksud rangkai kata sibuk menilik-nilik katalog yang terlampir? (3 markah)
Maksud sibuk menilik-nilik katalog yang terlampir ialah sedang asyik meneliti risalah yang dipaparkan


(ii) Jika anda seorang ayah, apakah tanggungjawab sebagai ketua keluarga? (3 markah)
Jika saya seorang ayah Zel,tanggungjawab sebagai ketua keluarga :
- memberi pendidikan dunia (akademik) dan akhirat(keagamaan) kepada anak-anak.
- memberi perhatian dan kasih saying yang sama rata.
- selalu mengajak anak-anak berbual/berbincang tentang masalah mereka.
- mengetahui siapa rakan-rakan anak mereka.
- memastikan anak-anak ke mana pergi jika keluar rumah.


(iii) Berikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen ini ? (3 markah)

Dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah
- kita tidak harus berasa terlalu rendah diri.
Contoh:Bapa Zel tidak perlu berasa rendah diri.
- kita hendaklah sentiasa berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi..
Contohnya, Zel perlu tabah dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Daripada Cerpen:
- Kita hendaklah menjadi ibu/ayah yang bertanggungjawab. Buktinya mama membesarkan Zel walaupun seorang diri.
- Kita hendaklah menghormati ibu/ayah . Zel menghormati ayahnya walaupun tidak tinggal bersama.


..........................................................................................................................................................................