NOVEL MENITI IMPIAN
A. SINOPSIS
1. Sinopsis Keseluruhan:
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.
2. Sinopsis mengikut bab:
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Firdaus tersedar daripada pengsan
dan mendapati Azlinadan Johari berada di sisinya.
Rakan-rakan Firdaus datang untuk menziarahinya. Akhirnya,Firdaus menerima
nasihat yang diberikan oleh Johari.
B. TEMA
Novel ini membawa tema
masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus
seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah
untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang
anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
C. PERSOALAN:
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan
dalam novel ini, antaranya:
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang
cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja
merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya
apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada
Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.
Contoh: Azlina seorang perempuan
berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh
basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang
yang tinggi dan penyabar.
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh soalan:
Bincangkan persoalan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari iaitu Destinasi Impian.
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd
Ismail bin Sarbini terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya, ialah jiwa remaja yang mudah memberontak. Firdaus seorang anak muda
yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya Firdaus selalu
sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.
Selain itu, keberanian mengharungi rintangan
juga salah satu persoalan dalam novel ini. Azlina seorang perempuan
berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh
basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang
yang tinggi dan penyabar.
Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah
sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan
kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh.
Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
D. WATAK DAN PERWATAKAN
i. Firdaus (watak utama)
o -Tingkah laku
agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia
seorang anak lelaki dalam keluarganya.
o -Seorang yang
gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar - Firdaus
beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan rancangan mereka untuk
berbasikal ke Morib.
o - Selalu
dimanjakan - Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya
memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan
sebelum memiliki Firdaus.
o -Pendendam -
Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak membantu Azlina yang
tercedera.
2. Azlina (watak sampingan)
o -Olahragawati
Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah
Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan.
o -Suka
mengejek Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus
untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia
mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.
o -Seorang yang
kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah
mengayuh selama empat jam setengah.
o -Suka akan
cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke
Morib.
Contoh soalan watak utama
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd
Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini ialah Firdaus.
Firdaus merupakan seorang yang bertingkah laku
agak keperempuanan. Dia seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia
seorang anak lelaki dalam keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di
rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang
ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan.
Firdaus dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan
sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum
memiliki Firdaus.
Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam,
Firdaus mendendami adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang
tercedera.
Contoh soalan watak sampingan / kegemaran
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin
Sarbini watak sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia
merupakan seorang atlet sukan. Azlina merupakan olahragawati Sekolah
Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Dia seorang
yang suka mengejek Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang
Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana
dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki. Bukan itu sahaja,
dia juga seorang yang kuat semangat. Azlina yang kelihatan cergas dan gembira
walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah. Akhirnya dia seorang
yang suka akan cabaran. Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk
berbasikal ke Morib.
· 1. Cinta
akan bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup
memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang
mempunyai kesalahan bahasa.
· 2. Keberanian
– Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.
· 3. Keprihatinan
– Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat
terjatuh dari basikalnya.
· 4. Bertanggungjawab
– Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan
pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
· 5. Semangat
setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib
bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
Contoh Soalan Nilai :
Berdasarkan novel,
Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai yang
dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya ialah
nilai cinta akan bahasa kebangsaan. Azlina cinta akan bahasa kebangsaan.
Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda
yang mempunyai kesalahan bahasa.
Seterusnya, nilai kedua
ialah nilai bertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk
mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
Nilai lain dalam movel
ini ialah nilai semangat setia kawan. Rakan-rakan Firdaus sanggup
mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya
menghabiskan kayuhannya.
o -Kita
janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.
o -Kita
janganlah menghina sesama sendiri.
o -Kita
hendaklah berani menyahut cabaran.
o -Kita
haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
o -Kita
janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
o -Kita
janganlah bercakap bohong.
Contoh soalan pengajaran:
Berdasarkan novel,
Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran
dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya ialah kita
hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun,
pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50
kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.
Selain itu, kita haruslah
insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus akhirnya menyesal apabila
sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan
bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf
dari kesalahannya.
Pengajaran lain dalam
novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain.
Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau
cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.
By: MNS SMK ALAM DAMAI 2022