...................JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
...................PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009
...........................BAHASA MELAYU KERTAS 2
................__________________________________
....................................Soalan 1: Rumusan
............................................[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan kegiatan kokurikulum dan kekangan-kekangan dalam pelaksanaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
.
.
............Kegiatan kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelengkap bagi kurikulum di sekolah. Kegiatan ini adalah penting dalam mewujudkan perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan social serta jasmani para pelajar. Sebenarnya kegiatan kokurikulum telah lama dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia tetapi pengamalannya masih tidak mencapai matlamat yang sepenuhnya. Hal ini memaksa pihak kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah positif bagi menjamin aktiviti kokurikulum dapat diuruskan dengan sempurna dan berkesan. Antaranya dengan menerbitkan buku panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah, melantik pegawai khas di pejabat pelajaran daerah dan negeri serta mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah-sekolah.
.
............Guru-guru yang memegang amanah hendaklah memberi komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan kokurikulum kerana kegiatan ini bukan sahaja mewujudkan interaksi dan memperkukuh integrasi dalam kalangan pelajar malah dapat meningkatkan minat dan kemahiran pelajar serta memperkembang bakat pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang disertai. Di samping itu, ibu bapa dan masyarakat oula perlu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah untuk merealisasikan agenda pendidikan ini demi membantu pelajar-pelajar dalam proses pengukuhan dan pengayaan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah serta peluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
.
.............Kegiatan kokurikulum juga amat membantu dalam peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni selari dengan hasrat Rukun Negara. Selaras dengan aktiviti kokurikulum yang merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang, kegiatan ini Berjaya mewujudkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar. Hubungan kerjasama dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dapat dipererat. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan malahan menyemarakkan semangat memasyarakatkan sekolah.
.
............Apabila menyertai kegiatan kokurikulum ini, sebenarnya pelajar telah menambah nilai terhadap harga diri. Mungkin dalam kalangan pelajar ada yang tidak menyedari bahawa nilai tambah ini merupakan sesuatu yang sangat bernilai. Malah akhir-akhir ini kegiatan kokurikulum menyumbangkan sepuluh peratus markah dalam proses pengambilan pelajar ke institute pengajian tinggi awam (IPTA). Sesungguhnya agenda pendidikan negara yang mementingkan kesepaduan kokurikulum dan kurikulum perlu diteruskan demi membentuk modal insane yang berkualiti pada masa hadapan. Dengan kata lain, kita akan dapat menghasilkan modal insane yang berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal ini telah dibuktikan dalam catatan sejarah bahawa pemimpin tersohor negara lahir daripada kalangan mereka yang aktif berpersatuan semasa zaman remajanya.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Matlamat Kokurikulum Tidak Boleh Dipandang Ringan” oleh Idris Ahmad, Pendidik, Bil 13-2007.
------------------------------------------------------------------------------
.
.
............................Soalan 2(a): Petikan Umum
.......................................[ 9 markah ]
.
Berdasarkan petikan soalan 1 di atas, jawab soslan-soalan berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
.
(i) Berikan maksud rangkai kata “elemen sokongan”. [ 2 markah ]
(ii) Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan kegiatan kokurikulum terlaksana dengan berkesan? [ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menarik minat para pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah? [ 4 markah ]

............................Soalan 2(b): Petikan Drama
...........................................[ 9 markah ]
.
Baca petikan di bawah dengan teliti, dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PUTRA: Selagi aku mengenali kau siapa, aku pasti dapat melihat segala gerak gayamu, meskipun mataku tertutup.
.
SRISEGALA: Baiklah orang buta! Katakan saja kalau benar Masayumu di sini, datangnya tidak pernah kujemput. Dan tidak pula aku menyuruh ia pergi. Kau bertanyalah kepada hatinya sendiri.
.
PUTRA: Masayu! Akulah suamimu. Pulanglah ke rumah kita.
.
SRISEGALA: (Bengis atau bosan) Masayu! Katakan sendiri pada si buta ini. Apakah benar cintamu padanya sepanas matahari atau sesegar embun pagi?
.
PUTRA: Katakanlah Masayu! Aku telah sedia tahu hatimu. Sudah sekian lama kita bersama. Kau yang selalu meniupkan api semangat membara di dadaku, supaya aku bangkit dan memulakan perjuangan meruntuhkan sebuah gunung. Katakanlah di hadapan manusia yang ramai itu. Biar mereka menjadi saksi. Betapa besarnya cinta kasihmu padaku.
.
Masayu bangun perlahan dan turun merapati Putra. Tangannya meraba wajah Putra. Kemudian wajah itu direnungnya kosong. Dia naik semula tapi masih memendang Putra.
.
MASAYU: Kau siapa? Tak pernah kudengar namamu. Tak pernah kulihat wajahmu. Aku tak kenal padamu!
.
PUTRA: (Menjerit) Masayu!
.
Tuta utama memukul gong sekali. Putra sujud kaku di lantai.
Muzik: Sayu menyayat hati seketika.
.
.
Dipetik daripada Drama Kerusi, Hatta Azad Khan dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka.
.
.
(i) Siapakah Masayu dalam petikan di atas? [ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Masayu sudah tidak lagi mengenali suaminya? [ 3 markah ]
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam drama tersebut. [ 4 markah ]

........................Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik
.......................................[ 8 markah ]
.
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
.
.
............Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya. Maka kata bayan itu, “Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal ini, melainkan engkau jualkannya aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai anak cucumu! Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu ilmu tabib. Akulah mengubati dia.”
.
............Setelah didengar oleh budak itu, maka dibawanya bayan itu kepada raja itu. Apabila tiba ia pada orang penunggu pintu raja, maka kata budak itu, “Hai penunggu pintu, tuan hamba persembahkanlah kepada raja bahawa adalah hamba berjual seekor burung bayan, tahu ia akan ilmu tabib! Maka harganya empat ribu dinar.
.
............Maka oleh penunggu pintu itu dipersembahkannya kepada raja. Maka titah raja, “Bawalah ia masuk.”
.
............Setelah sudah budak itu masuk, maka titah raja, “Hai kanak-kanak, hendak dijual burungmu itu? Berapa harganya?”
.
.
Dipetik daripada Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya, dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.
.
.
(i) Apakah kelebihan burung bayan? [ 2 markah ]
(ii) Nyatakan cadangan bayan setelah ditangkap oleh budak itu? [ 3 markah ]
(iii) Setiap manusia menghadapi masalah dalam kehidupannya. Apakah yang perlu anda lakukan jika anda menghadapi sebarang masalah? [ 3 markah ]

...............................Soalan 2(d): Petikan Puisi
.......................................... .[ 9 markah ]
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawablah soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
.
.
JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
.
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka pasrah di hati.
.
Ketidaksabaran membengkan
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.
..
Demikianlah etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini
.
jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

Zam Ismail, dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.
.
.
(i) Apakah maksud rangkai kata memacu menghimpun kekuatan? [ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya? [ 4 markah ]
(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [ 3 markah ]
.
------------------------------------------------------------------------------
.
..........Soalan 3: Pengetahuan dan kemahiran Bahasa
.........................................[ 30 markah ]
...................................Jawab semua soalan
.
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
.
(i) antarabangsa
(ii) kakitangan
(iii) setiausaha
(iv) tandatangan
(v) tanggungjawab
(vi) warganegara…………………………………………………..[ 6 markah ]

(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
.
(i) Usaha memelihara alam sekitar perlu dilaksanakan oleh masyarakat secara bersungguh-sungguh.
(ii) Nota-nota sejarah itu telah diulang kaji oleh Imran sejak seminggu yang lalu.
(iii) Segala kerja perlu awak siapkan sebelum pergi bercuti pada minggu hadapan.
…………………………………………………………………………….[ 6 markah ]
------------------------------------------------------------------------------
.
(c) Dalam petikan terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
.
.
Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak-kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja di samping dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini, remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalisma………[ 6 markah ]
------------------------------------------------------------------------------
.
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atauistilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
.
(i) Kemerdekaan yang dinikmati oleh kita sekaran ialah hasil pemberian nenek moyang dan para pejuang bangsa.
(ii) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melukiskan masa hadapan anak-anak dan memastikan mereka terhindar dari gejala sosial.
(iii) Tujuan Konvensyen Patriotisme Remaja diadakan ialah untuk meningkatkan kualiti modal insan agar mempunyai rasa sayang dan cinta akan negara…………………[ 6 markah ]
-------------------------------------------------------------------------------
.
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
.
.
Dalam keadaan dunia yang sedang menghadapi kemelut ekonomi, masyarakat diingatkan supaya sentiasa mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat. Mereka hendaklah berjimat dalam membelanjakan wang dan berjimat menggunakan sesuatu barangan supaya tidak menghadapi kesusahan. Mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan walaupun sedikit tetapi berterusan pada setiap bulan. Simpanan ini penting untuk kegunaan pada masa kesempitan.
…………………………………………………………………………….[ 6 markah ]
------------------------------------------------------------------------------
.
...................................Soalan 4: Novel
......................................[ 15 markah ]
.
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
.
(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Mohammad
.
.
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan kesan yang telah anda alami selepas membaca novel tersebut. [ 7 markah ]
.
(b) Huraikan peristiwa yang membuktikan nilai kerjasama dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [ 8 markah ]
.
.
.
.....................................KERTAS SOALAN TAMAT
.
.