Friday, September 11, 2009

Trial BM K1 SBP 09

SEKOLAH BERASRAMA PENUH/ KLUSTER
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERCUBAAN SPM 2009
BAHASA MELAYU KERTAS 1
-------------------------------------------------------------------------

.................................................Bahagian A
................................................[30 markah]
.................................[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat ilustrasi di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mempelajari sejarah negara. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

-------------------------------------------------------------------------

....................................... ........Bahagian B
...............................................[100 markah]
..........................[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.


1. Sediakan payung sebelum hujan sering kali menjadi prinsip mereka yang gemar akan pelaburan. Sebagai pegawai bank, anda diminta menyampaikan ceramah tentang kepentingan pelaburan masa depan.

Tulis teks ceramah itu selengkapnya.


2. Terdapat pelbagai strategi untuk mengatasi masalah remaja. Pelbagai pihak khususnya ibu bapa haruslah prihatin dalam memastikan remaja sentiasa cemerlang dalam setiap aspek.

Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja masa ini.


3. Pendidikan industri ialah pendidikan yang menjurus kepada bidang teknologi untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang perindustrian.

Tulis rencana berkaitan dengan kesan pendidikan tersebut kepada masyarakat.


4. Penularan penyakit berjangkit seperti Influenza HIN1 memberikan impak kepada seluruh warga dunia. Kerjasama negara di seluruh dunia amat perlu dalam menangani krisis penyakit berjangkit ini.

Ulas peranan Malaysia dalam membasmi penyakit berbahaya ini.


5. Orang Daik memacu kuda,
Kuda dipacu deras sekali;
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan nilai murni dalam masyarakat hari ini.

.......................................KERTAS SOALAN TAMAT