Friday, September 11, 2009

Trial BM K1 - JOHOR 09

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009
BAHASA MELAYU KERTAS 1
-------------------------------------
.
Soalah A : Rumusan
[ 30 markah ]
Masa dicadangkan : 45 minit
.
Gambarajah di bawah menunjukkan ciri-ciri penjagaan kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menjaga kesihatan dalam kalangan masyarakat. Panjang huraian anda hendaklah di antara 200 hingga 250 patah perkataan.
.

-------------------------------------------------------------------------------
.
Bahagian B
[ 100 markah ]
Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit
.
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
.
1. Dunia remaja sering terdedah pada pelbagai gejala sosial.
.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.
.
.
2. Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan penentu kejayaan akademik anak-anak.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
.
.
3. Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan masyarakat kini.
.
Sebagai pegawai kesihatan, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk " Kesan-kesan Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan Terhadap Kesihatan" kepada masyarakat di tempat anda.
.
Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.
.
.
4. Kenaikan paras air laut, kejadian banjir besar dan kemarau yang berpanjangan merupakan bencana alam yang berlaku hampir di seluruh dunia akibat perubahan iklim.
.
Jelaskan tindakan masyarakat dunia dalam menghadapi bencana alam tersebut.
.
5. Generasi muda hari ini kurang berminat membaca karya sastera tempatan sedangkan karya tersebut banyak mendatangkan manfaat.
Nyatakan faedah-faedah mempelajari karya sastera kepada generasi muda.
.
.
KERTAS SOALAN TAMAT
.