Friday, December 11, 2009

INDUSTRI TEMPATAN DAN CABARANNYA


MALAYSIA DAN PERKEMBANGAN PERNIAGAAN INDUSTRI MAKANAN

Malaysia merupakan sebuah negara baru dalam dunia industri jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang telah berabad-abad lamanya bergelumang dengan ekonomi jenis ini. Umumnya, penyertaan Malaysia dalam sektor perindustrian dapat dilihat secara serius bermula dari tahun 1980-an iaitu pada masa pentadbiran bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir. penekanan perniagaan yang disertai oleh Malaysia bukan terhad pada industri elektronik, perusahaan berat, petroleum dan sebagainya tetapi turut meliputi industri makanan.

Antara sebuah syarikat yang turut sama dalam membangunkan industri ini ialah Syarikat Golden Hope Food Beverages iaitu anak syarikat Sime Darby yang merupakan sebuah syarikat ternama di Malaysia sejak dahulu lagi. Antara hasil keluaran Golden Hopes ialah hasil pemprosesan makanan daripada buah-buahan tempatan seperti mangga dan jambu batu. Hal ini termasuklah menghasilkan minuman jus daripada buah jambu batu merah. Dengan keluasan ladang jambu batu merah di Perak yang melebihi 1200 ekar, syarikat Golden Hope Food Beverage telah menghasilkan minuman berjus yang berkualiti iaitu Jus Pink Guava.

Perkara yang menariknya, Jus Pink Guava yang dipasarkan oleh Syarikat Matahari Sdn Bhd yang bertempat di Ipoh ini ialah tidak menggunakan sebarang bahan pengawet mahupun barangan campuran. Perlu dinyatakan di sini bahawa jambu batu merah mempunyai jumlah vitamin C sebanyak lima kali ganda lebih tinggi berbanding dengan oren. Jus Pink Guava ini juga amat bermanfaat bagi membantu orang ramai yang menghadapi masalah kulit, gigi, gusi, darah tinggi dan sebagainya.

Bagi meluaskan pasaran jus Pink Guava ini, Syarikat Matahari Sdn Bhd telah menawarkan pakej paling istimewa kepada orang ramai. Antaranya ialah pembeli yang membeli jus Pink Guava yang bernilai RM152.00 (12 kotak dengan ukuran 1 litter bagi setiap kotak), mereka akan memperoleh pulangan "sunrise pool" sebanyak RM19 530.00. Konsep perniagaan secara "sharing profit" ini merupakan satu bentu k galakan kepada orang ramai untuk menggunakan kaedah "makan makanan berkhasiat" di samping mengurangkan penggantungan orang ramai terhadap minuman yang bergula dan bergas. Perlu diingatkan bahawa pengambilan minuman bergula dan bergas adalah faktor utama menyebabkan masalah obesiti dan penyakit kencing manis.

Pakej menarik yang ditawarkan oleh syarikat Matahari Sdn Bhd ini menjadi pendahulu bentuk pemasaran bahan makanan berkualiti di negara kita. Selain menghadiahkan simpanan dalam jumlah di atas, syarikat Matahari juga menyediakan intensif kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi penaja dan penjual minuman jus Pink Guava ini. Bonus yang ditawarkan cukup lumayan dan mampu dijadikan salah satu sumber pendapatan tetap setiap masa.

Bagi pembeli yang membeli tiga kotak tambahan, selain mendapat hadiah berjumlah sebanyak RM58 590.00, pembeli juga akan mendapat hadiah "world pool" berjumlah lebih daripada RM39000. Bayangkanlah, hanya dengan membeli sebanyak 4 kotak jus Pink Guava, sebenarnya kita telah membuat simpanan masa depan melebihi RM117 000.00. Menurut "stokist" di salah sebuah kawasan di Kuala Lumpur, pemberian bonus ini diperoleh melalui kaedah "auto pilot" yang dilakukan oleh pihak syarikat matahari Sdn Bhd.

Berdasarkan keuntungan yang bakal diperoleh oleh para pembeli, konsep perniagaan ini amat wajar disertai oleh orang ramai tanpa mengikut kaum. Bagi masyarakat Islam pula, jus Pink Guava ini tidak perlu diragui kehalalannya kerana telah mendapat pengesahan daripada pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Menarik juga kerana setiap pembelian yang dibuat akan didaftarkan oleh pihak syarikat bagi tujuan pemberian bonus ini. Tid ak kiralah sama ada pembeli tersebut peniaga pasar malam, peniaga makanan, peniaga minuman, restoran ,orang dewasa, warga tua mahupun kanak-kanak yang telah memiliki kad pengenalan diri.

Umumnya, setiap pembelian berjumlah paling minimum RM152.00 bakal menerima jumlah bayaran bonus RM19 530. Bagi mereka yang berminat untuk membeli jus Pink Guava ini atau menjadi penaja serta penjual, mereka boleh berhubung terus melalui pengedar berkaitan di talian 07-8702817.
.