Monday, June 22, 2009

Jawapan Latihan Rumusan 1

Rencana tersebut membincangkan masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara Malaysia pada abad ke-21.


Di antara cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia ialah harga hasil pertanian yang tidak stabil menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Persaingan dengan negara pengeluar hasil pertanian lain juga turut menjadi cabaran negara. Pada masa yang sama, pasaran hasil industri negara adalah kecil dan terhad. Selain itu, kenaikan harga petroleum turut menjejaskan syarikat tempatan di Malaysia. Hal ini ditambah pula oleh sekatan pengekspotan barangan Malaysia oleh negara besar. Malaysia juga menghadapi cabaran kerana jumlah pelabur asing yang semakin berkurangan.


Justeru, bagi menangani masalah ini, kerajaan telah mencari pasaran baru di negara-negara timur yang lain. Kualiti hasil keluaran industri negara turut ditingkatkan. kerajaan juga mengadakan promosi hasil keluaran industri tempatan secara besar-besaran.


Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama bagi mengatasi cabaran-cabaran ekonomi negara agar dapat bersaing pada peringkat global.
...............