Friday, February 2, 2018

KOMSAS TINGKATAN 4 - SAJAK GELANGGANG

KOMSAS TINGKATAN  4 - GELANGGANG

A. TEMA:
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.

B. MAKSUD SETIAP RANGKAP
Rangkap pertama
Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya.

Rangkap kedua
Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.

Rangkap ketiga
Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.

Rangkap keempat
Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.

Rangkap kelima
Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.

C. PERSOALAN
1.  Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata. 
2. Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar. 
3. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

D. BENTUK SAJAK
- Terdiri daripada lima rangkap
- Terdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkap
- Terdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu baris
- Terdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu baris
- Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
- Rangkap pertama : abccd
- Rangkap kedua : abcdefgh
- Rangkap ketiga : abcadef
- Rangkap keempat : ab
- Rangkap kelima : abcde

E. GAYA BAHASA 
1. anafora
Contoh :
kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat 
2. hiperbola
Contoh :
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata 
3. inversi
Contoh :
jangan sekali bermain apikelak membinasakan diri sendiri
kita pelihara gelanggang inidengan kejap sepenuh hati
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah 
4. personifikasi
Contoh :
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini 
5. kata ganda
Contoh :
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
suara-suaramomokan sumbang memperlekehkan menyentuh

F. NILAI
1. Nilai keberanian
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar. 
2. Nilai perpaduan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar. 
3. Nilai tanggungjawab
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

G. PENGAJARAN 
1. Kita mestilah bersatu padu
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar. 
2. Kita mestilah berani bertindak
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani  berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
3. Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.


SLIDE SAJAK GELANGGANG

GELANGGANG
ONN MALINI

MAKSUD
RANGKAP

Rangkap pertama
Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang
ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu ...

• Rangkap ketiga
Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani
melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi
mempe...

• Rangkap kelima
Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia
bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk...

PERSOALAN

1.Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan
kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan
kemerdekaan negar...

BENTUK

1. Terdiri daripada lima rangkap
2. Terdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkap
3. Terdiri daripada satu hi...

GAYA BAHASA

1. anafora
Contoh :
kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir ...

NILAI

1. Nilai keberanian
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin
negara kita harus berani berani berjuang untuk
menangkis ...

PENGAJARAN

1. Kita mestilah bersatu padu
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah
terbukti dapat memelihara...

SEKIAN,TERIMA
KASIH
:P


LAKONAN / TAYANGAN SAJAK GELANGGANG