BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 AL-GHAZALI & AL-FARABI
TARIKH: 16 OKTOBER 2020 (PKPD)
TAJUK: TATABAHASA
SUB TAJUK: AYAT SONGSANG
A. SUSUNAN AYAT
SONGSANG
i. Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. 
ii. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat
biasa. (subjek + predikat) . 
iii. Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan
bertujuan  memberikan penegasan kepada
predikat.
B. JENIS AYAT SONGSANG:
1. Pendepanan seluruh predikat.
Contoh:
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
2. Proses pendepanan berlaku
juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Contoh:
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan
songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi
susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi
subjeknya ‘Dia’)
3. Pendepanan sebahagian
daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
i.  Pendepanan kata kerja:
Contoh:
Ramli / bekerja setiap hari. (susunan ayat biasa)
Bekerja setiap hari /Ramli. (susunan ayat songsang)
ii.  Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Contoh:
Zaleha / membaca buku. (susunan ayat biasa)
Membaca buku / Zaleha. (susunan ayat songsang)
iii.  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Contoh:
Murid-murid itu /masih
makan. (susunan ayat biasa)
Masih makan /murid-murid
itu. (susunan ayat songsang)
b)  Pendepanan Frasa Adjektif
 i.  Pendepanan
kata adjektif sahaja.
Contoh:
Ramli rajin. (susunan ayat biasa)
Rajin Ramli. (susunan ayat songsang)
ii.  Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
Contoh:
Rumah Kak Zue /masih teguh.
(susunan ayat biasa)
Masih teguh / rumah Kak Zue.
(susunan ayat songsang)
iii. Pendepanan kata adjektif
dengan kata penguat.
Contoh:
Encik Zaidi /sangat segak.
(susunan ayat biasa)
Sangat segak /Encik Zaidi.
(susunan ayat songsang)
iv. Pendepanan kata adjektif,
kata bantu dengan kata penguat
Contoh:
Haji Nasser /masih segak amat.
(susunan ayat biasa)
Masih segak amat /haji
Nasser. (susunan ayat songsang)
c)  Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Frasa sendi nama sebagai
predikat.
Contoh:
Rantai emas itu /untuk ibu.
(susunan ayat biasa)
Untuk ibu /rantai emas itu.
(susunan ayat songsang)
ii. Frasa sendi nama sebagai
keterangan dalam predikat.
Contoh:
Penonton-penonton merempuh masuk /ke
dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan/
penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)
| 
   C. FORMULA AYAT SONGSANG.   Ayat biasa: Dia / membeli buku di
  kedai itu. Cara Songsangan
  Ayat:                  Nomborkan penggalan ayat. 
   FORMULA: Ayat Biasa : 1+2+3 Ayat songsang: i.       
  2+3+1 ii.      
  2+1+3 iii.     
  3+1+2 iv.    
  3+2+1   Ayat
  Biasa: (1+2+3) 
   Contoh ayat songsang (i) - 2+3+1 
   Contoh ayat songsang (ii) - 2+1+3 
   Contoh ayat songsang (iii) – 3 + 1 + 2 
   Contoh ayat songsang (iv) - 3+2+1 
  | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ayat biasa:
Dia membeli buku di kedai itu.
Ayat songsang:
i. Membeli buku di kedai itu dia.
ii. Membeli buku dia di kedai itu.
iii. Di kedai itu dia membeli buku.
iv. Di kedai itu membeli buku dia.
BERSAMBUNG