Wednesday, June 23, 2021

SINOPSIS, TEMA, PERSOALAN, WATAK DAN PERWATAKAN, LATAR, PLOT, BAHASA, NILAI DAN PERSOALAN NOVEL TIRANI TINGKATAN 5

SINOPSIS, TEMA, PERSOALAN, WATAK DAN PERWATAKAN, LATAR, PLOT, BAHASA, NILAI DAN PERSOALAN NOVEL TIRANI 

TINGKATAN 5


SINOPSIS RINGKAS:

Novel Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Waheeda yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya yang pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas namanya sendiri dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Untuk menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet telah melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu sehingga menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Setelah wajahnya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.

          Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Walau bagaimanapun harapannya tidak menjadi kenyataan  kerana apa yang diperolehnya itu telah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak mampu memikulnya.

          Dalam novel Tirani ini, cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga dia mengalami sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.  Akhirnya Waheeda  bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu tirani.

 

TEMA

Tema novel ini ialah kecantikan fizikal seseorang hanya bersifat sementara tetapi ilmu pengetahuan yang dimiliki mampu melindungi kelemahan diri

-Contohnya, Waheeda yang bijak dan gigih berusaha dalam memajukan perniagaannya, telah melakukan pembedahan rekonstruksi hidung bagi menjadikan dirinya cantik kerana hidungnya pesek, tambahan pula hidungnya itu digigit oleh seekor monyet. Pembedahan itu menjadikan hidung Waheeda mancung dan dia kelihatan berwibawa. Namun begitu, kecantikannya itu menyebabkan dirinya dibebani pelbagai tugas dan harapan. Meskipun dia mempunyai pengetahuan dan motivasi diri yang tinggi, Waheeda tidak berupaya untuk memikul semua tugas tersebut sepenuhnya. Malahan, dia gagal dalam rumah tangga kerana suaminya yang cemburu meragui status anak mereka kerana wajah bayi itu tidak mewarisi kecantikan Waheeda.


PERSOALAN:

1. Persoalan kasih sayang ibu kepada anaknya.

Raidah sangat sayang akan anaknya, iaitu Waheeda. Buktinya, dia tidak jemu-jemu memujuk Waheeda ketika anaknya itu balik dari sekolah dengan marah-marah atau meraung kerana diejek oleh rakan-rakannya.

2. Persoalan amalan kerjasama akan menghasilkan kejayaan.

Contohnya, Waheeda dan semua kakitangan Tajau Emas mengamalkan budaya bekerjasama bagi memajukan perniagaan Tajau Emas dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan rancangan.

3. Persoalan menyanjung adal dan budaya warisan nenek moyang.

Contohnya, Raidah mementingkan adat dan budaya warisan nenek moyangnya dalam kehidupan sehari-harian.

4. Persoalan sikap cemburu dan panas baran membawa penyesalan.

Contohnya, Zahid beranggapan bahawa kemalangan jalan raya yang dialaminya sehingga menyebabkan kakinya cacat merupakan balasan Tuhan atas perbuatannya menceraikan Waheeda yang tidak bersalah disebabkan rasa cemburu dan panas barannya.

5. Persoalan keberanian menempuh cabaran dalam kerjaya.

Contohnya, Waheeda berani menempuh setiap cabaran yang dihadapinya dalam menguruskan perniagaan Tajau Emas di Sarawak dan Aya-Sajinah di Cameron Highlands.

6. Persoalan hubungan persahabatan yang erat.

Contohnya, Waheeda dan Bazilah menjalinkan hubungan persahabatan yang rapat ketika menuntut di Universiti Teknologi Malaysia. Persahabatan itu bertambah erat apabila Waheeda menumpang sementara di rumah yang didiami oleh Bazilah di Singapura ketika mendapatkan rawatan pembedahan plastik di sana.


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Waheeda Nurlyana

1. Seorang yang gigih

-Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas, Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

-Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

-Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Seorang yang penyayang:

-Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Seorang  yang berani:

-Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Seorang yang bijak bertindak:

-Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

-Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

5. Seorang yang tegas :

-Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

-Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Seorang yang tabah :

-Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan  perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya

-Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Seorang yang sabar :

-Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yang menginap di chalet mereka.

8. Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa:

-Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

-Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Seorang yang menghargai hubungan persahabatan :

-Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

-Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

10. Seorang yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan:

-Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

 

Watak Sampingan

1. Zahid

a. Zahid ialah anak sulung Datuk Yasser dan Datin Hazirah. Dia mempunyai dua orang adik.

b. Dia juga suami Waheeda dan ayah Izzati.

c. Dia kacak. Dia berketurunan Arab daripada sebelah bapanya.

d. Zahid berpendidikan tinggi. Buktinya, dia berkelulusan sarjana undang-undang dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat.

e. Dia mencintai alam sekitar. Buktinya, dia menikmati pemandangan pada waktu pagi di sekitar Chalet Tajau Emas dengan perasaan syukur, gembira, dan tenang.

f. Zahid kuat cemburu. Buktinya, dia cemburu dan marah apabila melihat kemesraan Waheeda dengan Dr. Rushdi sehingga hampir menumbuk doktor tersebut.

g. Dia juga mudah berprasangka buruk. Buktinya, dia menyangka Waheeda sudah berubah hati apabila Waheeda tidak dapat pulang pada hari pertunangan mereka.

h. Dia suami yang tidak bertanggungjawab. Buktinya, dia langsung tidak melawat Waheeda dan anak mereka yang baru lahir di hospital.

i. Zahid juga emosional. Buktinya, dia terburu-buru menceraikan Waheeda.

j. Pada akhir cerita, Zahid insaf dan berani mengakui kesalahannya. Buktinya, dia menemui Waheeda dan Izzati untuk mengakui kesalahannya serta meminta maaf.


 2. Raidah

a. Raidah ialah ibu Waheeda dan Ghazi serta isteri Fadhil. Dia juga ibu mentua Fatimah dan Zahid serta nenek Izzati.

b. Dia pandai mernasak, terutama masakan masyarakat Sarawak. Buktinya, dia pandai memasak bubur pedas, pansuh manok, ketupat lepas, dan nasi dagang berserta sambal tumis sotong. Keenakan masakannya dipuji oleh Zahid.

c. Dia penyayang. Buktinya, dia sanggup menemani Waheeda menjalani pembedahan di Singapura.

d. Dia prihatin akan masalah anak-anaknya. Buktinya, dia memujuk Waheeda yang menangis dan menjerit apabila pulang dari sekolah kerana diejek oleh kawan-kawannya.

e. Raidah juga berpegang kuat pada adat masyarakatnya selagi adat tersebut tidak bertentangan dengan ajaran agama. Buktinya, dia membuat ketupat lepas untuk disedekahkan ke masjid supaya pembedahan yang dijalani oleh Waheeda dipermudah oleh Tuhan.


 3. Datuk Yasser

a. Datuk Yasser ialah suami Datin Hazirah dan bapa Zahid. Beliau juga bapa mentua Waheeda dan datuk Izzati.

b. Usianya 50-an, memakai cermin mata tebal, dan berbadan montel. Beliau berketurunan Arab.

c. Datuk Yasser usahawan bumiputera yang gigih membangunkan perniagaannya. Buktinya, beliau mengusahakan syarikat pengangkutan, iaitu Bahterangkut, kemudian membangunkan Hotel Seri Gading.

d. Beliau berpengetahuan luas dan bijak. Hal ini demikian kerana beliau gemar membaca, terutama rencana ekonomi.

e. Beliau penyayang. Buktinya, beliau sanggup bercuti bersama-sama Zahid di Singapura apabila Zahid pulang dari Amerika Syarikat untuk meluangkan masa bersama-sama anaknya itu.

f. Beliau matang dan tenang dalam bertindak. Buktinya, beliau tenang dan tabah ketika menerima khabar tentang Waheeda yang tidak pulang pada hari pertunangan dengan Zahid.

g. Beliau berpandangan jauh. Buktinya, beliau mengemukakan idea supaya Seri Gading dan Tajau Emas bergabung sebagai sebuah syarikat supaya kedua-dua syarikat menjadi lebih maju.

h. Datuk Yasser juga berfikiran terbuka. Buktinya, dia dapat menerima alasan Waheeda yang tidak mahu menggabungkan Tajau Emas dengan syarikatnya.

 

PLOT

BINAAN PLOT

1. Pengenalan

Pengenalan kepada watak Waheeda yang melayari laman sesawang berkaitan kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah.Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.

2. Perkembangan

Monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu.  Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka  Waheeda. Waheeda dibawa  ke hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.Waheeda ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang akan menguruskan proses pembedahan mata da n hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

3. Perumitan

Halloway dan Dr Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya. Waheeda leka berbual dengan Halloway dan Dr. Rushdi  disebabkan mereka sudah lama tidak bertemu sekali lagi mendatangkan rasa cemburu kepada suaminya , Zahid. Malam itu berlaku krisis antara Zahid dan Waheeda sehingga Zahid mengambil keputusan untuk tidak pulang ke bilik tidurnya. Raidah dapat merasakan sikap menantunya semakin menjauhkan diri daripada isterinya, Waheeda dan seluruh ahli keluarganya. Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eklusif Hospital pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.

4. Klimaks

Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain dan meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.

5. Peleraian

Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Selepas 20 tahun, Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid.

 

TEKNIK PLOT

1.Imbas kembali –  (Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami)

-Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.

-Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia  dan Ghazi  berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan  bahawa insan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.

2. Imbas muka – (Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.)

-Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

-Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.

-Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.

3. Suspen -   (peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu daalm kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.)

-Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka  Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa  Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

-Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.

-Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca tertanya-tanya, adakah  rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu.

-Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.

-Peristiwa Zahid pertama kali Zahid  melihat anak mereka Izaati. Pembaca tertanya-tanya, apakah penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati adalah anak kandung memandangkan anak itu tidak mempunya ciri-ciri persamaan dengannya.

4. Kejutan  – (Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga oleh pembaca / watak.)

-Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

-Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di Singapura. Pembaca terkejut  ibu Waheeda , datang ke Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.

-Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin ditemunya.

-Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan tindakan Zahid mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid telahmenuduh Waheeda bersubahat dengan pakar DNA.

-Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan suami. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka waheeda mengalami tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang bukan-bukan.

5. Monolog – (kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada orang lain atau dirinya sendiri.)

-Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. -Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga.

-Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli- belah.

-Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi hari ini bukan main ligat macam gasing.

 

LATAR

LATAR MASYARAKAT

1 Masyarakat yang gigih dalam menempuh cabaran dugaan.

-Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

-Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

-Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan

-Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

-Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

-Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.

-Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Masyarakat yang berani mengambil risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

-Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Masyarakat yang bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah.

-Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

-Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

-Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

5. Masyarakat yang tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.

-Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

-Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Masyarakat  yang tabah menghadapi dalam kehidupan khususnya dalam rumah tangga.

-Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan  perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya

-Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Masyarakat yang sabar menghadapi tuduhan tanpa usul periksa.

-Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yang menginap di chalet mereka.

8. Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa.

-Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

-Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

-Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Masyarakat yang insaf terhadap kesilapan masa lalu.

-Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

10. Masyarakat yang menghargai hubungan persahabatan.

-Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

-Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

-Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

11. Masyarakat yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan.

-Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

 

LATAR TEMPAT

1. Rumah Fadhil. Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nurlyana serta cucunya, Izzati tinggal.

2. Rumah Bazilah, di Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.

3. Rumah Haji Abdul Aziz Imran, Damansara Heights. Tempat pertemuan dan perbincangan antara Haji Abdul Aziz dengan Waheeda dan Ghazi berkaitan dengan penjualan Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands.

4. Hospital Kuching. Tempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan pada muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet Belanda.

5. Silicon Medical Center (SMC) di Singapura. Tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

6. Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Tempat Waheeda mendapatkan rawatan lanjut dan khidmat kaunseling daripada Dr. Qamariah berkaitan dengan masalah kemurungan yang dialaminya selepas kegagalan dalam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid.

7. Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

8. Hotel Flamingo de La Rossa/Flamingo Resort. Tempat pertemuan pertama kali antara Waheeda dengan Zahid.

9. Chalet Iwana-Iwani, Cameron Highlands. Tempat Lais membawa Waheeda dan Ghazi melihat secara lebih dekat lokasi dan premis Iwana-Iwani sebelum mereka bersetuju untuk membeli chalet tersebut.

10. Restoran Iwana. Tempat Zahid terpandang kelibat bekas isterinya, Waheeda Nurlyana setelah hampir 20 tahun mereka tidak berhubung.

 

LATAR MASA

1. Waktu siang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka di tepi anjung hadapan berlaku pada waktu siang.

2. Waktu awal pagi. Contohnya, peristiwa Waheeda yang baru sedarkan diri setelah ditidurkan dengan ubat bius yang disuntik ke dalam tubuhnya berlaku pada waktu awal pagi. Ketika itu, Waheeda telah meminta air minuman kerana dia berasa sangat haus.

3. Waktu pagi. Contohnya, peristiwa Fatimah yang mengeja sambil membetulkan sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan "coconut" dengan dipanggilnya "konatkonat" berlaku pada waktu pagi.

4. Waktu tengah hari. Contohnya, peristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut periuk kera oleh masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.

5. Waktu petang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang duduk sambil menikmati minum petang di Restoran Genki Sushi yang terletak di Aras 4, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

6. Waktu malam. Contohnya, Peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu

 

GAYA BAHASA

1. Bahasa Inggeris

All Yahoo! Health, Shopping Mall, Weeping willow , Gentleman , Baby , Business , Coffee house, Erectile Dysfunction

2. Bahasa Arab

Al-Fatihah , Subhanallah , Wallahuaklam bissawab , Insya-Allah , Assalamualaikum, Bismillah

3. Bahasa Melayu Sarawak

Kerisit kerumun, tekul, bertekul, ditekul, mereya , jembuk, nasi temuan.

4. Peribahasa

Peribahasa yang digunakan ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan.

5. Simpulan bahasa

-Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung…

-…panjang lebar pula lontaran buah fikirannya…

-Waheeda digamit seronok berkawan dengan ulat buku…

-Kaum yang degil dan keras kepala ialah kaumAragon”…

6. Perumpamaan, pepatah dan bidalan

-Waheeda semakin terasa ada udang di sebalik batu.

-“Ikan di laut, asatn di darat, dalam periuk bertemu juga”…

-Waheeda dan Bazilah tidak keringgusi dibuatnya…

-Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Waheeda…

-Bijak, bijak, mengangkat bakul sendiri

-‘Jauh di mata, namun dekat di hati, ‘gesit Waheeda..

 7. Simile

(Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain menggunakan kata bandingan - seperti , bagai , bak , laksana , umpama , macam dan ibarat)

-…berlari ke rumah macam pelesit.

-Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.

-Serta-merta timbullah gambaran dirinya seperti mumia Mesir kuno yang sedang berada di perbaringan untuk pameran

-…Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.

-“Orang dulu-dulu memuji hidung bak seludang mayang, pipi bak pauh dilayang, memang banyak kiasnya Raidah… )

-Kecantikan ibarat barangan yang mudah remuk

8. Personafikasi

(Pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek atau benda.)

-Tiba-tiba pandangannya menyambar wajah Fatimah yang muncul dari balik dinding kaca.

-Rasa kesal mulai mengasak benak.

-Ciuman ibu berdecit singgah di pipi.

-Udara sejnk dan nyaman meramas kulit yang dibaluti blaus nipis.

-…,pokok itu nampak sayu dan melankolik sekali,…

-Cengkerik yang berbenti menyanyi seketika kembali mengalunkan  irama dalam simfoni orkestra malam yang mungkin bersenandung sehingga pagi.

9. Metafora

(Perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan sebagainya.)

-…, dari suak dahi ke tebing dagunya.

-Beralun-alun wap keluar dari mulut buluh yang disumbat dengan pucuk ubi kayu…

-Waheeda melangkah laju setelah tiketnya dikoyak, bcrjalan menelusuri jambatan udara untuk terus masuk ke perut pesawat.

-… dia lelah berjaya keluar daripada rantai konvensional,…

-Terowong minda mengundang tafsiran saraf daripada renungan mata Zahid.

A-wan kumulus yang berarak dari barat tiba-tiba menutup wajab bulan.

Lama Raidah termenung di tubir katilnva memikir,…

10. Hiperbola

(Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan)

-Dura berpuing-puing di cepu kepala setelah menyelami hati nurani sepupunva.

-Hujan gerimis hilang di lautan senyap.

-Terasa bangat dadanya oleh dengupan jantung yang menendang- nendang rongganya.

-Kesan ubat penahan sakit yang meloyakan merobek-robek dadanya.

-Mereka sedang menyiapkan sarapan pagi bagi semua penghuni inap desanya sebelum matahari menyergah burni dengan kenyitan sinarnya yang tiada tara mesranya itu.

11. Paradoks

(Paradoks merupakan gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat.Paradoks juga memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.)

-Walaupun miskin barta tetapi orang Melayu memang kaya ketawa.

-Hati Waheeda dijentik sayu, namun semakin tabah setelah menerima sokongan keluarga sebagai doa dan harapan untuk dia keluar dari bilik itu dengan selamat.

-Waheeda cuba mengekel walaupun hati dijentik kesedihan oleb kejauh an yang memaksa.

-Seseorang akan hanya tabu akan nikmat sib at apabila berada dalam keadaan sakit,…

-Natijahnya sama seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

 

NILAI

1. Nilai Kegigihan

-Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

-Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

-Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Nilai kasih sayang

-Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

-Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

-Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.

-Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Nilai Keberanian

-Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Nilai Kebijaksanaan

-Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

-Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

-Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

5. Nilai Ketegasan

-Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

-Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Nilai Ketabahan

-Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan  perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya

-Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Nilai kesabaran

-Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Nilai Menghargai

-Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

-Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

-Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Nilai Keinsafan

-Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

10. Nilai Setiakawan

-Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

-Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

-Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

11. Nilai Bersyukur

-Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

 

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan

-Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

-Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

-Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.

-Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

-Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

-Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.

-Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Kita hendaklah berani menghadapi risiko  dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

-Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Kita hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah  yang dihadapi.

-Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

-Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

-Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

5. Kita hendaklah tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.

-Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

-Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Kita hendaklah tabah berhadapan dengan masalah dalam kehidupan seharian.

-Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan  perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya

-Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Kita hendaklah sabar dalam menghadapi dugaan agar dapat meneruskan hidup dengan tenang.

-Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Kita hendaklah menghargai budaya dan warisan bangsa supaya tidak ditelan zaman.

-Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

-Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

-Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Kita hendaklah mengakui kesalahan yang telah dilakukan untuk memulihkan kekeruhan dalam sesuatu hubungan.

-Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

10. Kita hendaklah menghargai hubungan persahabatan yang terjalin agar ukhuwah berpanjangan.

-Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

-Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

-Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

11. Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan agar tidak mudah berasa rendah diri.

-Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.