NOTA NOVEL MENITI IMPIAN:
Zahar seorang pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita
yang tinggi. Impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke ITM selepas menduduki
peperiksaan SPM musnah. Hal ini berlaku demikian kerana dia demam sewaktu
peperiksaan berlangsung. Kemiskinan menyebabkan Zahar tidak berpeluang untuk
belajar semula. Zahar terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu dua orang
adiknya yang masih bersekolah. Bapa Zahar telah meninggal dunia, sementara
ibunya hanya mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang bagi
menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tanggungjawab sebagai anak sulung memaksa
Zahar melupakan impiannya untuk ke menara gading seketika. Tindakannya itu
telah disalahertikan oleh kawan baiknya, Suhaili. Suhaili menganggap Zahar
sebagai manusia yang gagal kerana tidak berjaya ke ITM walaupun semasa di
sekolah mereka telah berjanji bersama-sama untuk ke ITM.
Impian Zahar untuk ke IKM terlaksana. Permohonannya untuk mengikuti kursus Pertukangan Perabot telah berjaya. Dia ingin berkongsi kegembiraan bersama kawan baiknya, Suhaili yang telah pun berada di tahun akhir di ITM. Suhaili memandang rendah terhadap kejayaan Zahar. Bagi Suhaili, IKM tidak akan menjanjikan masa depan yang baik untuk Zahar. Suhaili beranggapan bahawa IKM hanya melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya merempat. Zahar menyimpan azam untuk membuktikan bahawa lepasan IKM juga dapat mencipta kejayaan pada masa depan. Kesedihan Zahar semakin terasa apabila melihat Suhaili memasuki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tampan.
Tema
Semangat dan kesungguhan pelatih IKM dalam usaha
untuk mencapai kejayaan.
Persoalan
(a) Kasih sayang dalam keluarga.
(b) Cinta dalam kalangan remaja.
(c) Rela berkorban demi keluarga.
(d) Ketabahan dalam menghadapi kesusahan hidup.
(e) Kemiskinan penduduk kampung yang tinggal di
kawasan pedalaman.
(f) Hubungan yang mesra antara kaum.
(g) Kepentingan pelajaran dalam kehidupan.
(h) Sikap rajin membawa kejayaan.
Watak dan
Perwatakan
Zahar
(a) Anak sulung kepada Mak Kiah.
(b) Mempunyai dua orang adik lelaki, iaitu Halim
dan Zakri.
(c) Ayahnya telah meninggal dunia.
(d) Seorang yang gigih dan rajin.
(e) Bercita-cita tinggi.
(f) Tidak mudah berputus asa.
(g) Bertanggungjawab.
(h) Penyayang.
(i) Setia.
(j) Taat akan perintah agama.
(k) Beradab dan berbudi pekerti mulia.
(l) Seorang yang berprinsip.
Pak Yusuf
(a) Bapa saudara Zahar, adik kepada emak Zahar,
Mak Kiah.
(b) Mempunyai isteri bernama Mak Temah dan dua
orang anak yang masih menuntut di universiti.
(c) Memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot.
(d) Seorang yang lemah lembut dan bertimbang
rasa.
(e) Berumur dalam lingkungan 60-an dan masih
kuat bekerja.
(f) Seorang yang prihatin.
(g) Baik hati.
(h) Pemurah.
Mak Kiah
(a) Emak kepada Zahar.
(b) Sudah kematian suami.
(c) Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zahar,
Halim, dan Zakri.
(d) Sudah tua dan sering sakit.
(e) Mengambil upah menoreh getah dan menganyam
tikar mengkuang.
(f) Seorang yang penyayang.
(g) Mementingkan pelajaran anak-anaknya.
Mak Temah
(a) Isteri kepada Pak Yusuf.
(b) Badannya agak berisi.
(c) Rajin memasak.
(d) Patuh kepada suami.
(e) Sentiasa memberi dorongan kepada Zahar untuk
berjaya.
Suhaili
(a) Bekas teman sekelas Zahar.
(b) Anak kepada Pak Karim, Ketua Kampung Caruk
Petitih.
(c) Bekas pelajar di ITM.
(d) Pernah bekerja di sebuah kilang di Petaling
Jaya dan kemudian menjadi Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang perabot di
Kamunting, Perak.
(e) Merupakan seorang yang cantik, pendiam,
tetapi mesra dengan orang yang mengenalinya.
(f) Pernah menjadi buah hati Zahar.
(g) Ego.
(h) Mementingkan pelajaran.
(i) Sedar akan kesalahannya.
Norimi
(a) Berasal dari Johor.
(b) Sama-sama menyertai kursus di IKM bersama
Zahar.
(c) Seorang yang lemah lembut, cantik, dan
menarik.
(d) Mengambil jurusan seni bina di IKM.
(e) Menjalin hubungan yang istimewa dengan
Zahar.
(f) Berbudi pekerti mulia.
(g) Seorang yang rajin dan cemerlang dalam
peperiksaan sewaktu di IKM
Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan –
Zahar terpaksa melupakan hasratnya untuk belajar di tingkatan enam kerana
masalah kewangan. Bapanya sudah meninggal dunia. Emaknya pula sudah tua dan
sering sakit. Dua orang adiknya masih bersekolah. Bagi membantu meringankan
beban emaknya, Zahar menolong bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel pertukangan
perabot. Walaupun demikian, Zahar tetap menyimpan azam untuk berjaya pada masa
depan.
(a) Pemerian.
Contohnya, pengarang telah memerihalkan
keadaan Zahar yang sedang bersiap-siap untuk menghadiri program suai kenal pada
hari pertama dia mendaftarkan diri di IKM.
(b) Dialog.
Contohnya, perbualan Zahar
dengan Pak Yusuf.
(c) Imbas kembali.
Contohnya, Zahar teringat
pertemuannya dengan Suhaili di City Point, Alor Setar.
(d) Kejutan.
Contohnya, Zahar menolak
tawaran Suhaili yang mahu menolongnya mendapatkan pekerjaan tetap di kilang perabot
Usaha Bersatu Sendirian Berhad.
(e) Saspens.
Contohnya, pembaca
tertanya-tanya perkara yang akan dilakukan oleh Suhaili apabila mengetahui
Zahar sedang menjalani latihan praktikal di kilang tempatnya bekerja.
(f) Monolog dalaman.
Contohnya, Zahar berkata
dalam hatinya bahawa kata-kata Pak Yusuf itu benar tetapi Pak Yusuf tidak tahu
betapa lukanya hati Zahar.
Latar
Latar Tempat
(a) Kampung Caruk Petitih, Sik, Kedah.
(b) Bengkel perabot Pak Yusuf.
(c) Masjid.
(d) Rumah Zahar.
(e) Rumah Pak Karim.
(f) City Point.
(g) IKM Sungai Petani.
(h) Bengkel pertukangan perabot di IKM.
(i) Padang bola sepak di IKM Alor Setar.
(j) Padang bola sepak di IKM Sungai Petani.
(k) Kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian
Berhad.
(l) Bilik pejabat Suhaili.
Latar Masa
(a) Waktu siang.
(b) Waktu malam.
(c) Hari Selasa.
(d) Masa lampau.
(e) Enam bulan.
(f) Tiga minggu.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat kampung yang hidup miskin.
(b) Masyarakat yang menjalankan kegiatan
perniagaan.
(c) Masyarakat yang penyayang.
(d) Masyarakat yang mempunyai keazaman yang
tinggi.
(e) Masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam
suasana harmoni.
(f) Masyarakat yang pemurah.
(g) Masyarakat yang berdikari dan rajin
berusaha.
(h) Masyarakat yang mempunyai cita-cita untuk
berjaya.
(i) Masyarakat yang ego.
(j) Masyarakat yang mengamalkan ajaran agama.
Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa daerah.
Contohnya, mencerlungkan;
gontai.
(b) Bahasa Inggeris.
Contohnya, No
problem chief; tension; traffic jam; girlfriend.
(c) Metafora.
Contohnya, bara keazaman;
tunggul nostalgia; obor semangat; kotak fikiran.
(d) Personifikasi.
Contohnya:
(i) Petang
yang semakin muram
(ii) Debaran
memukul dada
(iii) Lidah api
sedang menjelir memamah punggung kawah
(iv) Warna senja
mulai memamah suasana.
(e) Hiperbola.
Contohnya; Nadanya menikam
jantung; Segugus debaran menggoncang dadanya; Perdu hati
Zahar bagaikan bergayut dengan sebeban debaran.
(f) Sinkope.
Contohnya, nak; tak.
(g) Peribahasa.
Contohnya, macam isi dengan
kuku; berat mulut; berat tulang.
(h) Simile.
Contohnya, bagaikan tidak
mahu mengalah; lidahnya seperti dikelukan; bagaikan mengundang
kembali kenangan masa lampau; bagai api membakar
semangat.
i) Repetasi (pengulangan kata)
Contohnya, zahar berusaha dengan gigih dan Bakar berusaha dengan
gigih.
Nilai
(a) Kerajinan. Contohnya, Pak Yusuf rajin
mengusahakan bengkel perabotnya walaupun usianya telah mencecah 60-an.
(b) Kerjasama. Contohnya, rakan-rakan Zahar
bekerjasama membina bengkel perabot Meniti Impian.
(c) Ketabahan. Contohnya, Zahar tabah meneruskan
cita-citanya walaupun hidupnya dihimpit kemiskinan.
(d) Kesetiaan. Contohnya, Zahar tetap setia
kepada Norimi, walaupun Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula.
(e) Kesyukuran. Mak Kiah bersyukur kerana Zahar
berjaya mencapai impiannya untuk belajar di IKM.
(f) Hormat-menghormati. Contohnya, pelatih junior menghormati
pelatih senior walaupun mereka telah ditegur secara keras
sewaktu minggu orientasi.
(g) Mengenang budi. Contohnya, Zahar mengenang
budi Pak Yusuf yang telah banyak membantunya selama ini.
(h) Kesabaran. Contohnya, Zahar bersabar apabila
dihina oleh Suhaili.
(i) Jimat cermat. Contohnya, Zahar berjimat
cermat dalam menggunakan wang elaun berjumlah RM200.00 yang diterimanya pada
setiap bulan.
Pengajaran
(a) Kita tidak seharusnya menghina orang yang
lebih rendah daripada kita. Contohnya, Suhaili menghina Zahar sewaktu Zahar
memberitahu Suhaili tentang niatnya untuk menyambung pelajaran di IKM.
(b) Kita hendaklah berjimat cermat dan tidak
boros berbelanja. Contohnya Zahar berjimat cermat menggunakan wang elaunnya.
(c) Kita hendaklah setia dalam perhubungan.
Contohnya, Zahar setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba berbaik-baik
dengannya semula.
(d) Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai
cita-cita. Contohnya, Zahar gigih berusaha untuk membuka bengkel perabot di
kampungnya.
e) kita hendaklah bersimpati dengan orang lain. Contohnya Pak Yusof simpati dengan nasib Zahar dan membantu Zahar mendaftar di IKM.
NOTA ANAK ALAM REMAJA
Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
Persoalan
(a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan
kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.
(b) Pemberian hadiah dapat menggembirakan hati
seseorang.
(c) Anak-anak sentiasa cemas dan risau sewaktu
ketiadaan ibu bapa di rumah.
Bentuk
dan Ciri-ciri Pantun
(a) Terdiri daripada tujuh rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata
sebaris.
(e) Terdiri daripada sembilan hingga sepuluh
suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.
Unsur
Gaya Bahasa
(a) Imej alam. Contohnya, itik; kumpai; ayam
kinantan; ranting; rumput.
(b) Peribahasa. Contohnya, besar hati.
(c) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang
jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
(d) Asonansi. Contohnya, Tidak terkatakan besar
hati
(perulangan vokal a).
(e) Aliterasi. Contohnya, Hanyut batang berlilit
kumpai
(perulangan konsonan b).
(f) Rima akhirnya sama, iaitu abab kecuali
rangkap kedua rima akhirnya aaaa.
Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Tanggungjawab.
(c) Baik hati.
(d) Hormat-menghormati.
Pengajaran
(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap
keselamatan anak-anak.
(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk
mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
(d) Kita haruslah menghormati ibu bapa.
________________________________________________________
B. Banjir di Mata Emak
Sinopsis
Watak
“saya” hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak
Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan itu ialah anaknya, Nana.
Mak Piah memberitahu “Nana” (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan
disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah
berterima kasih kepada “Nana” kerana menelefon untuk bertanyakan khabarnya.
Malangnya, abang Nana yang tinggal berdekatan tidak menjenguk Mak Piah langsung
dan tidak menghiraukan keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut.
Belum sempat “saya” hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Sudah empat hari empat malam hujan turun. “Saya” cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tapi tiada jawapan. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Mak Piah seorang sahaja yang tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. “Saya“ membuat andaian bahawa mungkin Mak Piah sedang menunggu kedatangan anak lelakinya. Namun begitu, menurut Mak Piah, anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Apatah lagi, pulang untuk menjenguk ibunya itu.
“Saya” mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab panggilan “saya”. Mak Piah meminta “saya” yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya baik-baik.
“Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira.
Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Daripada Mak Piah, “saya” mendapat tahu bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya. “Saya” bertanyakan sebab Mak Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa banjir dahulu dia berpindah juga ke pusat pemindahan tetapi dia berasa susah. Hal ini berlaku demikian kerana dia kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk “saya” lantas mengucapkan terima kasih.
“Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. Selepas makan, “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang dibawanya ke dalam peti sejuk.
“Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan salam kepada anak perempuannya, Nana. “Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Rupa-rupanya Mak Piah telah meninggal dunia. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirim makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana amat menyesal.
Tema
Kehilangan sesuatu yang bermakna meninggalkan
kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.
Persoalan
(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian
daripada anak-anak.
(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.
(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.
(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
(e) Rasa simpati yang wujud dalam diri
seseorang.
Watak dan
Perwatakan
“Saya”
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Mudah bersimpati.
(e) Baik hati.
(f) Terlalu merindui ibunya.
(g) Mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(h) Sanggup berbohong kerana hendak melihat Mak
Piah bahagia.
Mak Piah
(a) Hidup seorang diri di rumah usang di sebuah
kampung.
(b) Mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan
Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang ibu yang penyayang.
(e) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(f) Kurang pendengaran.
(g) Sangat merindui anak-anaknya.
Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Takut akan suami.
(c) Tidak bertanggungjawab.
Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab. Contohnya, Ya Allah; zuhur;
assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah.
(b) Metafora. Contohnya, lembah kepiluan;
bungkusan takdir; lautan fikir.
(c) Simile. Contohnya, Ataukah agaknya dia
bimbangkan bil telefon “anak” ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar
kami?
(d) Personifikasi. Contohnya, banjir kali ini
menelan dua nyawa; getar suaranya menggegarkan perasaan.
(e) Peribahasa. Contohnya, isi hati.
(f) Sinkope. Contohnya, Tak apa
Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan
temankan Mak Piah.
(g) Repetisi. Contohnya, Saya yakin sungguh.
Benar-benar yakin!
Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Keprihatinan.
(c) Baik hati.
(d) Simpati.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu
bapa kita.
(b) Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu
bapa terhadap kita.
(c) Kita hendaklah mengamalkan sikap
perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.
(d) Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang,
terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri.
(e) Kita mestilah berpendirian tegas dalam
hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.
_________________________________
Nota Cerpen Menuai Emas
Sinopsis
Alif
terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata
bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah,
mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan
menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna
syukur, sabar, dan reda.
Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada Alif. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.
Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai baginya. Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerjakampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif.
Emak Alif menangis. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan melepaskan dua petak sawah tersebut jika itulah kemahuan emaknya. Emak Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif melepaskan dua petak tanah tersebut. Alif bertekad untuk mempertahankan dua petak sawah berkenaan walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan tanaman padi juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu, Alif terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung tugas mereka.
Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Dua petak sawah Alif bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika Alif tidak mahu melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan bermasalah. Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas dalam-dalam di tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa puas dan bersyukur kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang mahu dibawanya.
Alif teringat akan perbualannya dengan seorang pegawai pertanian. Pegawai pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Katakata motivasi pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi.
Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Segala pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi.
Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.
Tema
Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman
padi.
Persoalan
(a) Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek
perumahan.
(b) Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika
diusahakan dengan betul dapat mendatangkan kemajuan ekonomi.
(c) Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi
dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.
(d) Lulusan universiti tidak semestinya bekerja
makan gaji.
(e) Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah
tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi.
(f) Muafakat membawa berkat.
Watak dan
Perwatakan
Alif
(a) Anak kepada Mak Wan.
(b) Lulusan universiti dalam bidang ekonomi.
(c) Seorang anak muda yang berwawasan tinggi.
(d) Seorang yang sabar, reda, dan senantiasa
bersyukur.
(e) Berani menghadapi cabaran.
(f) Yakin akan kebolehan diri.
(g) Seorang anak yang menghormati ibu bapa.
(h) Terlalu sayang akan emak dan ayahnya.
(i) Seorang yang positif dan optimistik.
(j) Seorang petani moden.
Mak Wan
(a) Ibu kepada Alif.
(b) Seorang yang penyabar.
(c) Tegas.
(d) Teguh pendirian.
(e) Sayang akan tanah milik keluarganya.
(f) Sensitif.
Tuk Ketua
(a) Penyabar.
(b) Berhemah tinggi.
(c) Tenang ketika menghadapi masalah.
(d) Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik.
(e) Sentiasa menyokong hasrat murni Alif.
Abang Man
(a) Seorang yang agresif.
(b) Tidak berhemah.
(c) Gemar menggunakan kata-kata kesat.
(d) Bersikap terburu-buru.
(e) Tidak berfikiran jauh.
Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab.
Contohnya: (i)
Alhamdulillah
(ii) Insya-Allah.
(b) Metafora.
Contohnya: (i)
pita ingatan
(ii) pisau kata-kata.
(c) Simile.
Contohnya: (i)
Kuningnya seperti emas
(ii) hati yang terasa
seperti mahu luruh.
(d) Personifikasi.
Contohnya: (i)
Petak-petak yang telah menyajikan uji semangat leluhurnya
(ii) Wajah Abang Man
datang mendadak menyerang benak.
(e) Peribahasa.
Contohnya: (i)
tersenyum-senyum kambing
(ii) kata putus
(iii) naik angin.
(f) Sinkope
Contohnya: (i)
Dia seorang saja yang tak beri kata putus
(ii) Anak Mak Wan
seorang saja yang tolak tuah.
Nilai
(a) Keyakinan.
(b) Ketabahan.
(c) Kegigihan.
(d) Keberanian.
(e) Kerjasama.
(f) Hemah tinggi.
(g) Berdikari.
(h) Kesyukuran.
(i) Kepemimpinan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri
sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.
(b) Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala
dugaan untuk memperoleh kejayaan.
(c) Kita hendaklah gigih berusaha untuk
mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.
(d) Kita mestilah berani mempertahankan hak
milik keluarga terutamanya dalam hal tanah.
(e) Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan
semangat kepada golongan yang ingin memajukan sesuatu bidang.
(f) Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas
segala nikmat kurniaan Tuhan kepada kita.
(g) Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah
supaya memperoleh manfaat daripadanya.
Sinopsis
Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan.
Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya
membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper. Dia telah
dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang
berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih.
Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya tersebut. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Pendakwa raya menyatakan bahawa seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu.
Nenek tersebut tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah. Malah, nenek tua itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bahawa pernyataan tersebut benar. Bulat bin Leper tetap tidak mahu mengaku. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang seolah-olah cuba menekan anak guamnya. Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang berangan. Kulit pisang itu dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak.
Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, tindakan membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik Bulat bin Leper. Malah, Bulat bin Leper telah menunjukkan contoh yang baik.
Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga kulit pisang tersebut tercampak ke jalan raya. Oleh sebab kambing tersebut terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinarpinar. Kambing itu tidak nampak kulit pisang sehingga kulit pisang itu terkais ke atas jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Yang bersalah ialah kambing yang kurus itu. Oleh itu, kambing tersebutlah yang perlu dihukum bukannya Bulat bin Leper. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat.
Pendakwa raya pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakwa raya. Peguam bela menyatakan bahawa setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan empunya kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.
Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah kecuali hakim ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa Raya memberi penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan Bahasa Inggeris seperti yang tercatat dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World.
Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan di dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya.
Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.
Tema
Keadilan dan kebenaran
ketika membuat sesuatu keputusan.
Persoalan
(a) Kemiskinan menghalang
seseorang itu mengambil peguam untuk membela dirinya.
(b) Keadilan mesti
ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.
(c) Kehidupan golongan
yang terlibat dengan kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama
seperti kehidupan orang biasa.
(d) Isu bahasa Melayu di
mahkamah.
(e) Denda akan dikenakan
terhadap pihak yang bersalah.
Watak dan Perwatakan
Hakim
(a) Golongan intelektual.
(b) Pandai bergurau.
(c) Adil dan saksama.
(d) Amanah dalam
menjalankan tugas.
Pendakwa raya
(a) Golongan intelektual.
(b) Tegas dengan
hujahnya.
(c) Menjalankan tugasnya
dengan penuh tanggungjawab.
Peguam bela
(a) Tegas.
(b) Menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab.
(c) Sanggup berkhidmat
secara percuma untuk orang susah.
(d) Yakin ketika
berhujah.
Tertuduh I (Bulat bin Leper)
(a) Orang miskin.
(b) Dituduh membunuh
nenek tua.
(c) Berani berdepan
dengan pendakwa raya.
(d) Seorang yang
bertanggungjawab.
Tertuduh II (Akikino-komokotoko)
(a) Dipanggil Akinomoto.
(b) Dituduh mencuri beruk
subsidi milik kerajaan Malaysia.
(c) Tidak fasih berbahasa
Melayu.
(d) Prihatin terhadap
keadaan beruk yang telah dicurinya itu.
Latar
Latar Tempat
(a) Mahkamah.
(b) Taman Putih.
(c) Stor JKK Ulu Dungun.
Latar Masa
(a) Waktu pagi.
(b) 10 Januari
1988.
(c) 20 Mac 1988.
(d) 1 minit.
(e) 2 minit.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat
intelektual.
(b) Masyarakat yang hidup
miskin.
(c) Masyarakat yang baik
hati.
(d) Masyarakat yang
prihatin terhadap haiwan.
Unsur Gaya Bahasa
(a) Penggunaan bahasa
Inggeris. Contohnya, The Advance Dictionary of the Modern English for
the Malaysians World.
(b) Peribahasa.
Contohnya, Malang tak berbau.
(c) Sinkope. Contohnya,
Oh, itu tak jadi masalah; tapi sikit saja, tau.
Nilai
(a) Keadilan.
(b) Tanggungjawab.
(c) Ketegasan.
(d) Keyakinan.
(e) Rasional.
(f) Simpati.
(g) Keberanian.
(h) Keprihatinan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah tegas
dalam menjalankan sesuatu tugas.
(b) Kita mestilah
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
(c) Kita hendaklah
bersimpati terhadap golongan miskin.
(d) Kita hendaklah
bersikap rasional ketika menjalankan tugas.
(e) Kita mestilah
menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam urusan rasmi.
(f) Kita mestilah berani
kerana benar.
____________________________________
Nota Prosa Tradisional: Pelanduk Mengajar
Memerang
Sinopsis
Pada zaman Nabi Allah
Sulaiman semua haiwan ditakdirkan oleh Allah dapat berkata-kata. Nabi Allah
Sulaiman mempunyai lima menteri yang terdiri daripada manusia, jin yang bernama
Ifrit, unggas, landak, dan pelanduk. Antara kelima-lima menteri itu, Syah Alam
di Rimba, iaitu pelanduklah yang paling masyhur kebijaksanaannya.
Pada suatu hari, Syah Alam
di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba
sampai di sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada tujuh ekor
anak memerang di dalam lubang itu. Anakanak memerang itu keluar dari lubang
lalu bermain-main.
Syah Alam di Rimba bertanyakan tempat mak dan
bapa anak-anak memerang itu pergi. Anak memerang menyatakan bahawa mak dan
bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan. Oleh itu, Syah Alam di
Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan penganiayaan terhadap ikanikan
di rimba itu. Syah Alam di Rimba runsing memikirkan aduan ikan-ikan itu kepada
Nabi Allah Sulaiman. Syah Alam di Rimba mahu membuat pakatan dengan memerang.
Tidak berapa lama kemudian, burung bubut berbunyi secara bersahut-sahutan.
Apabila mendengar bunyi itu Syah Alam
di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam
di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga semuanya mati.
Setelah hari petang, mak dan
bapa memerang pulang ke lubang tersebut. Mak dan bapa memerang melihat semua
anak memerang sudah mati. Mak dan bapa memerang mengetahui Syah Alam di
Rimbalah yang melakukan perkara tersebut kerana terdapat kesan tapak kakinya di
situ. Pada malam itu, mak dan bapa memerang berbincang. Mak dan bapa memerang
membuat keputusan untuk
memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah
Sulaiman.
Pada keesokan harinya, mak
dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Mak dan bapa
memerang mengadukan perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap
anak-anaknya. Setelah baginda mendengar aduan tersebut, baginda berasa hairan
akan kelakuan Syah Alam di Rimba. Oleh itu, baginda mahu mengadakan
perbicaraan. Baginda meminta Sang Belatuk
memanggil semua haiwan yang terlibat, iaitu
haiwan-haiwan yang menyebabkan kematian anak-anak memerang itu. Haiwan-haiwan
tersebut ialah Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi,
Sang Udang, dan Sang Sebarau. Semua haiwan tersebut bercerita tentang
perkaraperkara
yang telah berlaku dengan jujur.
Setelah Nabi Allah Sulaiman
mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda memerintahkan Sang Memerang
bercakap benar. Dengan takut, Sang Memerang mengakui kesalahannya. Nabi Allah
Sulaiman memutuskan bahawa Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Kematian
anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang sendiri.
Tema
Balasan terhadap golongan yang menganiayai
golongan lain.
Persoalan
(a) Sikap tamak, iaitu mahu mendapatkan sesuatu
dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain.
(b) Aduan dibuat kepada yang pihak yang berkuasa.
(c) Pengadilan memerlukan saksi.
(d) Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
(e) Bercakap benar di hadapan pemerintah.
(f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan
pemerintah.
(g) Mengakui kesalahan yang telah dilakukan.
Watak dan
Perwatakan
Pelanduk
atau Syah Alam di Rimba
(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk
menjadi menteri.
(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur
kebijaksanaannya.
(c) Pandai bersilat.
(d) Prihatin akan masalah yang dialami oleh
rakyatnya.
(e) Taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah
Sulaiman.
(f) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah
Sulaiman.
Sang
Memerang
(a) Mempunyai tujuh orang anak.
(b) Menjadikan ikan sebagai makanan.
(c) Tamak terutamanya dalam hal makanan.
(d) Ibu dan bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak.
(e) Mementingkan diri sendiri.
(f) Taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman.
(g) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan
terhadap anak-anak Sang Sebarau.
Nabi
Allah Sulaiman
(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri
daripada manusia, jin, dan haiwan.
(b) Melantik lima menteri dalam urusan
pemerintahan baginda.
(c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang
dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu
keputusan.
(e) Pemerintah yang adil.
(f) Tegas dalam membuat keputusan.
Latar
Latar Tempat
(a) Hutan rimba.
(b) Dalam lubang.
(c) Kota istana.
(d) Lubuk.
Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
(b) Waktu siang.
(c) Waktu petang.
(d) Waktu malam.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat haiwan yang tinggal di rimba.
(b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
(c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap
pemerintah.
(d) Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.
(e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk
menjaga keselamatan pemerintah.
(f) Masyarakat yang cepat bertindak.
(g) Masyarakat yang mengakui kesilapan diri.
(h) Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan
masalah.
Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab. Contohnya, Allah
Subhanahuwataala; kudrat-Nya; fasal.
(b) Bahasa istana. Contohnya, patik; bersemayam;
singgahsana; baginda; bertitah; tuanku; beta.
(c) Bahasa klasik. Contohnya, Sebermula; Hatta;
ayapan; pacal.
(d) Sinkope. Contohnya, Sang Biawak membawa
pedang tercabut saja berlari-lari.
(e) Repetisi. Contohnya, Kepada fikiran patik
tentulah Duli yang Maha Mulia kedatangan musuh yang besar, patik pun bersiaplah
akan perisai patik.
Nilai
(a) Keberanian.
(b) Keadilan.
(c) Kejujuran.
(d) Kebijaksanaan.
(e) Keprihatinan.
(f) Tanggungjawab.
(g) Kepatuhan.
(h) Keinsafan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin
akan masalah rakyat.
(b) Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang
bertanggungjawab.
(c) Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk
menghadapi ancaman musuh.
(d) Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan
setiap arahan pemerintah.
(e) Sebagai pemerintah, kita mestilah bijak
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
(f) Kita mestilah bercakap jujur apabila kita
dihadapkan ke muka pengadilan.
(g) Sebagai pemerintah, kita hendaklah membuat
keputusan dengan adil.
(h) Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang
telah kita lakukan.