Jawapan Latihan 1
1. bagaikan kera mendapat bunga
-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.
4. menegakkan benang yang basah
-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
-dalam keadaan berbahaya.
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh di kepuk.
8. matinya semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
-kasih-sayang yang tidak berkekalan.
-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan Latihan 2
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya.
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia kematian isterinya pula.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, diluah mati bapak
-dalam keadaan serba salah.
-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka bercerai kerana ditelan mati emak, diluah mati bapa.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.
-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
-orang yang tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
-membuat kerja dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu mendengarnya.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
----------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan Latihan 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
-usaha gigih yang berterusan.
-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
-mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanya pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
-barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
(Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)
8. bagai mendapat durian runtuh
-mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau sebuah kereta baru.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.
......................................................................................................