A. Sinopsis:
Hana seorang pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Universiti College Cardiff. Di sana Hana berkawan baik dengan Kris dan Kristal. Kris dan Kristal sering membawa Hana berjalan-jalan di tempat-tempat menarik di England. Hana tinggal bersama-sama Kris dan ibunya. Walaupun mereka berkawan baik , Hana tetap menjaga tatasusilanya sebagai orang Islam. Tidak lama kemudian Hana mendapatkan sebuah apartment dan tinggal bersama-sama pelajar Malaysia. Kristal berasa cemburu melihat Kris memberikan perhatian terhadap Hana. Hana memberitahu Kris dia telah bertunang dengan seorang guru. Kris kecewa lalu mengikut ibunya ke Jerman Barat. Kristal yang kecewa kerana cintanya ditolak oleh Kris mengambil keputusan membunuh diri. Suatu hari, Hana dikejutnya oleh satu suara memberi salam di hadapan apartmentnya dan dilihatnya Kris berada di depan pintunya.
B. Tema:
Kekentalan prinsip hidup dan keimanan pelajar yang menuntut di luar negara beserta hubungan persahabatan tiga orang sahabat yang berlainan bangsa. Contohnya, Hana datang dari Malaysia dan bertemu dengan Kris serta Kristal yang berbangsa Inggeris.
C. Persoalan:
- Perasaan cinta tanpa mengenal batasan bangsa dan agama. Contohnya Kris mencintai Hana yang berlainan agama.
- Mencari ilmu pengetahuan adalah suatu kewajipan.Contohnya Hana sanggup bersendirian di United Kingdom untuk menuntut ilmu walaupun berjauhan dengan keluarga.
- Pertembungan nilai timur dan barat. Contohnya Kris dan Kristal yang berbudaya barat suka berfoya-foya sedangkan Hana yang berbudaya timur lebih kelihatan sopan.
- Cinta yang tidak berbalas. Contohnya cinta Kristal terhadap Kris tidak berbalas sehingga dia membunuh diri.
-Kehidupan di perantauan yang mengundang pelbagai masalah dan pengalaman. Contohnya Hana menghadapi pelbagai cabaran ketika berada di perantauan.
D. Watak dan Perwatakan:
i. Hana (Aku/Hana Hashim)
- pelajar Malaysia yang belajar di Universiti College Cardiff
- Beragama Islam/Melayu
- Berpegang teguh kepada ajaran Islam
- Berhemah tinggi
-telah ditunangkan dengan seorang guru di Malaysia.
ii. Kris
- Pemuda Inggeris
- Berambut ikal/matanya berwarna hazel
- Fasih berbahasa Melayu
- Suka menolong
- Peramah dan mesra
-mencintai Hana sepenuh hati.
iii. Kristal
- Gadis berciri remaja barat
- Tinggi lampai/bermata biru dan berambut blond
- Bebas dalam pergaulan
- Mudah berputus asamembunuh diri kerana cinta tidak berbalas
E. Latar:
- Universiti College Cardiff – Tempat Hana menuntut.
- Barry Island – Tiga sahabat bertandang pada suatu hari.
- Apartment Hana – Hana menyewa bersama 3 rakannya.
- Rumah Mrs. Doogan (ibu Kris) – Hana tinggal untuk sementara.
ii. Latar Masa
- Bulan Disember(malam) – Kris mengajak Hana ke rumah Joey untuk makan malam
- Tempoh hampir tiga tahun Hana di Cardiff
iii. Latar Masyarakat
- Masyarakat yang mementingkan nilai disiplin yang tinggi - Hana
- Masyarakat yang peramah/suka membantu dan prihatin – keluarga Mr Doogan
- Masyarakat yang mudah bergaul dan tidak mementingkan batasan social – Kristal
-Masyarakat Inggeris – Kris dan Kristal
-Masyarakat pelajar – tiga sahabat
F. Nilai:
-Ketegasan – Hana menolak segala rayuan Kris serta pengaruh barat oleh Kris.
-Berdikari – Hana hidup seorang diri di perantauan serta berjauhan dari keluarga.
-Kasih sayang – Kris amat menyayangi Hana hingga sanggup berubah.
- Patuh kepada ajaran agama – Hana tidak mudah terpengaruh dengan budaya Barat
- Kegigihan – mengejar ilmu di luar negara
- Setiakawan – Hana,Kristal dan Kris bersahabat baik dan sentiasa tolong menolong
- Berhemah tinggi – Hana menjaga tatasusila sebagai seorang muslim
G. Pengajaran:
- Kita hendaklah menjaga diri dan pandai berdikari ketika di perantauan - Hana
- Kita perlu bertindak dengan rasional dan tidak mengikut perasaan – Hana / Kristal tidak rasional.
- Sebagai sahabat, kita mestilah saling membantu – 3 sahabat
- Kita mestilah berhati-hati dalam menjalinkan hubungan sesama rakan – Hana bijak bergaul.
- Kita mesti mempertahankan budaya dan pegangan agama walau di mana berada – Hana
- Kita mesti pandai menyesuaikan diri ke tika di perantauan – Hana pandai bergaul dengan baik di rumah Mrs Doogan
.............................................................................................................................................................
CERPEN: DI SISI RINDA
A. Sinopsis:
Jumari Jipan menjaga seorang kanak-kanak kecil bernama Deliah atau lebih mesra di panggil Nen. Semua ahli keluarga Nen meninggal dunia kerana terkena bom. Nen kemudianya dibela oleh datuknya Ripin. Setelah Ripin meninggal dunia kerana terkena bom, Jumari Jipanlah yang bertanggungjawab memeliharanya. Jumari Jipan menghadiahkan Nen seekor kucing siam yang diberi nama Rinda dan dengan kucing itulah Nen berkawan. Nen seorang pengkhayal dan sering bercakap-cakap sendirian atau dengan kucingnya. Nen sering berkhayal tentang keris pusaka datuknya. Suatu hari Jumari membawa Nen ke tempat bekas tentera Rejimen Melayu yang telah ditinggalkan. Jumari Jipan menemui sebilah keris dan nen percaya itulah keris pusaka datuknya. Tiba-tiba mereka bertemu seorang askar Jepun ingin mencarikan pasangan untuk kucingnya. Dia ternampak Rinda lalu mengejarnya. Nen dan Rinda berlari ke jeti atas arahan Jumari Jipan. Tembakan askar Jepun itu terkena pada seorang kawannya sendiri. Jumari Jipan, Nen dan Rinda sampai di jeti. Jumari Jipan menyatakan keris yang ditemuinya itu telah hilang. Mereka berjaya melarikan diri dengan menaiki bot yang disembunyikan Jumari.
B. Tema:
Penderitaan dan kesengsaraan dalam meneruskan kehidupan dalam zaman peperangan. Contohnya kehidupan Rinda susah dan menjadi yatim piatu kerana ibu bapanya mati dalam peperangan dengan Jepun.
C. Persoalan:
-Tanggungjawab menjaga anak yang yatim piatu yang telah diamanahkan. – Contohnya Jumari sentiasa menjaga deliah iaitu cucu rakannya, Ripin.
-Kasih sayang sesama makhluk. Contohnya Deliah dan Jumari amat sayang akan kucingnya, Renda dan membawanya ke mana-mana sahaja mereka pergi.
-Persahabatan yang ikhlas. Contohnya persahabatan Jumari dengan Ripin berkekalan walaupun Ripin berkahwin dengan gadis yang dicintainya.
-Kepercayaan kepada cerita dogeng dan mitos. Contohnya keris dalam mimpi Nen benar-benar wujud dan memberi alamat sesuatu akan berlaku serta mampu menyelamatkan mereka daripada kesusahan.
-Kebijaksanaan menyelamatkan diri daripada musuh. Contohnya Jumari bijak menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh Jepun.
C. Watak dan Perwatakan:
i. Jumari Jipan (Tuk Juma)
-Datuk angkat Deliah – cucu rakannya, Ripin.
-Sahabat baik Ripin – belajar silat bersama-sama.
-Penyayang – sayang akan Deliah.
-Bersimpati – simpati nasib Deliah yang yatim piatu.
-Bertanggungjawab – sentiasa menjaga keselamatan Deliah seperti diamanahkan.
ii. Deliah
-Anak yatim piatu – ibu bapa mati terkena bom Jepun
-Gadis kecil yang cantik - Berkulit putih/rambut kerinting/kening lebat/hidung mancung sedikit
-Cucu Ripin
-Sangat lincah
-Suka bercakap sendirian - Penyayang pada Rinda(kucing Siam)
D. Latar:
- Dalam bot – Jumari membawa Deliah dengan bot ke tempat bekas askar Rejimen Melayu.
- Di tepi muara – Deliah ingin mengikut Jumari menaiki bot
- Belukar senduduk- tempat askar Jepun mencari pasangan kucingnya.
- Bekas khemah tentera rejimen Melayu – Jumari menemui keris Ripin.
ii. Latar Masa
- Zaman pendudukan Jepun- kehidupan masyarakat dalam kesukaran dan ketakutan
- Awal subuh – serangan bom yang menyebabkan Ripin terkorban
- Senja – semasa Jumari Jipan merenung ke laut dan mengimbas kenangan lalu
iii. Latar Masyarakat
- Golongan penjajah yang rakus – Jepun mengebom dan membunuh
- Masyarakat yang menjadi mangsa peperangan – kehidupan dalam ketakutan/ Deliah yatim piatu
- Masyarakat yang sangup memikul tanggungjawab- Jumari menjaga Deliah
- Tentera Jepun – bertindak ganas membunuh rakyat
E. Nilai:
- Kasih sayang – Tuk Juma memelihara Deliah dengan penuh kasih dan tanggungjawab
- Belas kasihan – Jumari Jipan bersimpati terhadap Deliah yang yatim piatu
- Keberanian – mengharungi laut yang penuh cabaran
- Amanah – Jumari menjaga Deliah bagi melaksanakan amanah Ripin.
- Tanggungjawab – Jumari menjaga keselamatan Deliah terjamin.
- kebijaksanaan – Jumari menggunakan tipu helah menyelamatkan diri daripada Jepun.
F. Pengajaran:
- Kita mestilah bersimpati dan membantu anak yatim piatu- contohnya Jumari menjaga Deliah.
- Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup – Jumari tabah menghadapi kesukaran semasa Jepun.
- Kita patutlah ikhlas dalam menjalinkan persahabatan – persahabatan Jumari dengan Ripin berkekalan.
- Kita mestilah kasih sesama makhluk- Deliah menyayangi kucingnya, Rinda.
- Kita mesti menjalankan amanah yang diberi kepada kita – Jumari menjalankan amanah Ripin supaya menjaga Rinda.
- Kita mesti saling menyayangi sesama manusia – Jumari amat menyayangi Deliah.
................................................................................................................................................................
CERPEN : MARIAH
A. Sinopsis:
Bapa Mariah menjadi kurang siuman apabila tidak dapat menerima kematian anak lelakinya. Keadaannya menjadi lebih buruk lagi apabila ibu Mariah pula meninggal dunia. Mariah yang kini belajar dalam tingkatan enam tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana terpaksa berkerja membantu Mak Usu Lijah menjual makanan demi meneruskan kehidupannya. Mariah malu melihat keadaan bapanya yang mengemis meminta simpati orang lalu lalang.Dia juga tidak mampu membayar yuran dan membeli buku rujukan. Cikgu Tini cuba membantu Mariah menyelesaikan masalahnya. Tidak lama kemudian Mariah mendapat tahu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya lalu meningggal dunia. Kemudian, Borhan muncul untuk membantu Mariah. Borhan berjanji akan membiayai perbelanjaan persekolahan Mariah dan mengambil Mariah sebagai isterinya.
B. Tema:
Kegigihan dan ketabahan seorang anak gadis menghadapi cabaran hidup dan konflik jiwa. Contohnya Mariah menghadapi masalah dan pelajarannya merosot kerana bapanya sakit dan menjadi pengemis.
C. Persoalan:
- Persahabatan sejati – Edah sanggup bersama Mariah sama ada pada waktu susah atau senang.
- Sikap ayah yang tidak bertanggungjawab – Bapa Mariah mencari jalan mudah menjadi pengemis.
- Guru yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap pelajarnya – Cikgu Tini berusaha membantu menyelesaikan masalah Mariah.
- Perlunya berkongsi masalah dengan orang lain supaya dapat dibantu – contohnya Mariah berkongsi masalahnya dengan Cikgu Tini.
- Bantuan seseorang yang bersifat ikhlas – Borhan membantu Mariah segala belanja persekolahannya dan berjanji menjadikannya isteri.
D. Watak dan Perwatakan:
i. Mariah
- Anak yatim
- Pelajar tingkatan 6 – tiada ibu dan ayahnya mati kemalangan.
- Tabah/Sabar – tidak menunjukkan masalahnya kepada orang lain.
- Mementingkan keluarga dan maruah – tidak ceritakan masalah bapanya
- Penyayang – sayang akan bapanya
ii. Pak Cik Bakar
- Ayah Mariah
- Tidak teguh pegangan agama – menjadi pengemis dan tidak menerima ketentuan Tuhan tentang kematian anak lelakinya.
- Mudah kecewa – kecewa kematian anak lelakinya
- Suka minum hingga mabuk
- Keras hati – tidak mahu berhenti minum dan mengemis
- Tidak bertanggungjawab – tidak mencari nafkah untuk Mariah bersekolah
iii. Cikgu Tini
- Guru kaunseling
- Lemah lembut
- Mudah bersimpati
- Mementingkan pelajaran pelajarnya – risau akan kemerosotan Mariah dan mencari sebabnya.
- Bertanggungjawab – membantu Mariah menyelesaikan yuran sekolahnya dan membelikan buku.
E. Latar:
- Sekolah Mariah – Mariah berbual dengan Edah
- Bilik kaunseling – Cikgu Tini bertanya punca pelajaran Mariah merosot
- Kedai Mak Usu Lijah
- Hospital – Mariah melihat bapanya mati kemalangan
ii. Latar Masa
- Waktu malam – Mak Usu Lijah memberi Mariah sepuluh ringgit menutup kedai jam 10.00 malam.
- Bulan Ramadan – ibu Mariah meninggal dunia
iii. Latar Masyarakat
- Masyarakat yang bersimpati dan prihatin atas kesusahan orang – Cikgu Tini / Borhan
- Masyarakat yang kurang iman dan tidak bertanggungjawab – Pak Cik Bakar minum arak
- Masyarakat yang mementingkan pendidikan- Cikgu Tini pentingkan pelajaran muridnya.
-Masyarakat pelajar – Mariah dan Edah
F. Nilai :
- Kasih sayang – Mariah sayang akan ayahnya
- Tabah – Tini tabah mengejar ilmu walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang melanda hidupnya
- Tegas – Cikgu Tini memastikan anak muridnya berjaya dalam palajaran
- Prihatin/Tolong menolong – Borhan/Mak usu Lijah membantu Mariah
- Bertanggungjawab – Borhan bertanggungjawab kerana membantu persekolahan Mariah
-Simpati – Cikgu Tini simpati dengan nasib Mariah dan bapanya yang hidup miskin
G. Pengajaran:
- Kita mestilah menolong orang yang ditimpa kesusahan – Borhan membantu persekolahan Mariah
- Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup – Mariah tabah menghadapi masalah bapanya yang sakit
- Kita mestilah hormat kepada ibu bapa - Mariah amat menyayangi bapanya
- Manusia hendaklah mensyukuri kurniaan Tuhan – Pak Cik Bakar tidak bersyukur dengan ketentuan tuhan akibat kematian anak lelakinya.
- Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan – Cikgu Tini sebagai kaunselor membantu mengatasi masalah Mariah.
..............................................................................................................................................................
CERPEN: SEBUTIR PASIR DI KAKI
A. Sinopsis:
Fuad yang baru balik dari Singapura terkejut kerana geran keluarganya telah diambil oleh Datuk Sukar. Fuad merasakan tindakan Datuk Sukar itu suatu penipuan kerana memperdayakan ibunya yang buta huruf. Selepas solat Maghrib, Fuad bergegas ke rumah Datuk Sukar. Tiba di dana Fuad disambut baik oleh Datin Sipah dan kekasihnya Junainah. Jam sepuluh malam Datuk Sukar sampai di rumah. Datin Sipah terus meminta suaminya memberikan penjelaskan tentang geran tanah pusaka milik keluarga Fuad. Datuk Sukar enggan memberikan geran tanah itu dengan alasan untuk membangunkan tanah pusaka tersebut. Fuad pula tidak berganjak daripada pendiriannya tidak mahu menerima tawaran Datuk Sukar yang sebanyak 280 ribu bagi tanah yang cuma 0.8 hektar itu. Akhirnya, terjadi konflik antara Datuk Sukar dengan Fuad. Datuk Sukar memberhentikan Fuad daripada bekerja dengannya dan melarang Fuad menjalinkan hubungan dengan Junainah. Fuad tidak peduli dengan ugutan tersebut lalu berjalan pulang sambil mengenggam geran tanah pusaka milik keluarganya. Sejurus kemudian, Datuk Sukar jatuh pengsan.
B. Tema:
Perjuangan mempertahankan hak dan maruah. Contohnya Fuad berjuang mahu mendapatkan geran tanah ibunya yang diambil oleh Datuk Sukar secara penipuan.
C. Persoalan:
- Sikap mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain – Datuk sukar ambil geran tanah daripada ibu Fuad yang tidak memiliki pengetahuan.
- Hubungan cinta antara dua darjat - Fuad mencintai Junainah iaitu anak Datuk Sukar yang kaya.
- Keberanian menegakkan kebenaran – Fuad mengambil geran tanah ibunya daripada Datuk sukar walaupun diugut.
- Pihak luar yang mengambil kesempatan terhadap orang kampung – Peniaga dari Hong Kong mempengaruhi Datuk Sukar supaya mengambil tanah orang kampung.
D. Watak dan Perwatakan:
i. Fuad
- 27 tahun
- Berkulit hitam manis
- Tegas/Keras hati – mahukan geran tanah ibunya daripada Datuk Sukar walaupun diugut.
- Berani – tidak takut akan ugutan Datuk Sukar
- Bertanggungjawab – Fuad bertanggungjawab mempertahankan hak keluarganya
- Lekas marah/panas baran – marah apabila ibunya tidak membenarkan geran itu diambil kerana ibunya takut.
ii. Datuk Sukar
- 50 tahun
- Bertubuh gempal
- Ayah kepada Junainah dan suami kepada Datin Sipah
- Orang kaya yang berpengaruh – orang kampung percaya kepadanya
- Pandai menggunakan tipu muslihat – mempengaruhi orang kampung supaya menjual tanah
- pentingkan kekayaan sendiri tanpa memikirkan bangsa dan negaranya – ikut kata peniaga Hong Kong
F. Latar:
- Rumah Fuad – bual dengan ibunya tentang geran tanah yang diambil Datuk Sukar.
- Rumah Datuk Sukar – Fuad datang mengambil geran tanah ibunya
ii. Latar Masa
- Waktu Maghrib – Fuad bersolat Maghrib sebelum ke rumah Datuk Sukar
- Waktu malam – Fuad naik beca ke rumah Datuk Sukar
- Kira-kira jam 11.00 malam ketika Fuad bertemu Datuk Sukar
iii. Latar Masyarakat
- Golongan miskin/buta huruf yang dianiayai oleh golongan kaya – ibu Fuad ditipu dan serahkan geran tanah.
- Masyarakat yang mementingkan maruah dan tanah pusaka – Fuad tidak mahu tanahnya tergadai.
- Masyarakat yang tidak mementingkan kemewahan dan harta kekayaan – Fuad berkeras tidak mahu tanahnya dijual walaupun harganya mahal
- Masyarakat yang mementingkan diri sendiri – Datuk Sukar menipu orang kampung demi kekayaan sendiri.
G. Nilai:
- Keberanian – Fuad berani dan tegas dalam tindakannya menuntut geran tanah ibunya
- Bertanggungjawab – Fuad bertanggungjawab terhadap harta pusaka milik keluarganya
- Jujur dan rendah diri – sikap Datin Sipah dan Junainah ketika melayan kedatangan Fuad
- Kasih sayang – Fuad sayang akan ibu dan Junainah serta harta pusaka bapanya.
- Ketegasan – Fuad tegas mahukan geran ibunya walaupun ditawarkan wang yang lumayan.
- Kesabaran – Fuad sabar menanti kepulangan Datuk Sukar.
H. Pengajaran:
- Kita hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap keluarga - Fuad
- Kita harus berani mempertahankan hak kita - Fuad
- Kita mestilah ikhlas dalam menjalinan persahabatan – Hubungan Fuad dengan Junainah ikhlas.
- Kita perlu menghindari sikap mementingkan diri sendiri – Datuk sukar menipu geran orang kampung kerana tamak akan kekayaan.
- Kita mesti menyayangi harta pusaka yang diwariskan oleh orang terdahulu – Fuad tidak mahu jual tanah walaupun ditawarkan harga tinggi.
......................................................................................................................................................