.............
Kumpulan virus dan sel H1N1
............
............Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam ditaburkan. Hal ini adalah untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari situ tentu akan ada iklan – tukartiub - RM15 atau RM25. Mengapa? Kerana keuntungannya cukup besar!
............Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak, sering kali minyak dicurahkankan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu. Bayarannya RM300. Mudah bukan?
............Contoh yang saya beri tadi adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan kaum kapitalis, perkara yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.
............Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warganegara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Selepas rencana ini saya habis menulisnya, mungkin jumlah mangsa NH1N1 sudah bertambah menjadi 32 orang!
............Apa sebenarnya semua ini? Mengapa cikgu mengaitkan H1N1 dengan perniagaan kapitalis? Mengapa cikgu kaitkan dengan keuntungan?
............Begini. Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kamboja.
............Persidangan ini ialah persidangan para pemikir Amerika untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperialis Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang.
............Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan bahawa:
- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
- Melahirkan musuh sebagai strateji politik
............Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan 'genocide' dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Di sini juga bermulanya fenomena yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – 'bioterrorism'. Teknoloji biologi akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.
............Pada tahun 1970 telah keluar satu memo - 'National Security Memo No: 200'. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. 'Memo No: 200' ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.
............Kenyataan ini merupakan sebahagian daripada memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:
‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological system begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.
International relation - population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’
............Dalam bahasa yang mudah, Henry Kessinger melihat manusia miskin serta penduduk miskin kota sebagai 'sampah' yang perlu di kawal dan dibersihkan. Hal ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu diwarwarkan di negara kita ini.
............Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini ada kait-mengait di antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek daripada Jabatan Pertahanan Amerika.
............Semua lembaga dan makmal ini adalah merupakan lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka adalah untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan bagi mendapat untung.
............Syarikat ubat bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.
............Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan di sini bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.
............Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikal mereka bocor, bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub motorsikal tetapi mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :
1 – mengurangkan penduduk dunia
2 – menjual ubat-ubatan
............Tidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila cikgu?
............Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana 'depleted uranium' (DU) sedang digunakan dalam peperangan di Iraq dan di Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dicipta oleh syarikat persenjataan Amerika Syarikat telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja baik dari kereta perisai hingga tembok-tembok tebal.
............'Depleted Uranium' atau DU ini daripada cerita yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru mereka berkata uranium begini tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini sebenarnya bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan bahawa DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha dahsyat kepada umat manusia.
............DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan di Afghanistan – di mana ibu atau ayah mereka telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubat-ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.
............Ini pandangan karut daripada cikgu? Bukankah DU juga terkena kepada tentera mereka juga? Masakan USA ingin membunuh tenteranya sendiri?
............Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang 'Desert Storm' menentang Iraq serta Afganistan dan sedang menghadapi penyakit yang dipanggil 'Gulf Syndrom'. Penyakit ini adalah merupakan penyakit baru di mana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir tahun 1980-an dahulu, para veteran 'Desert Storm' di United Kingdom telah menuntut agar 'Golf Syndrom' ditakrif sebagai penyakit. Hal ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.
............Para veteran tersebut, satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat, sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan! Kaum kapitalis ini tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntungan besar. Malah hal ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Inilah juga dasar yang sedang dijalankan mengikut 'Memo No: 200' yang disarankan oleh Henry Kessinger.
............Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Justeru, tidak hairanlah jika virus H1N1 dicipta bagi mengurangkan jumlah manusia dan pada masa yang sama meningkatkan permintaan mereka untuk mendapatkan vaksin pencegah H1N1. Begitulah!.Hal ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengodam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.
............Juga hampir ke semua soldadu yang pergi berperang itu ialah anak-anak muda dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka. Jadi, manusia miskin atau penduduk miskin kota boleh dikurangkan jumlahnya dengan penciptaan virus baru ini. Virus H1N1. Mudah bukan?
............Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Anak-anak orang kaya pergi ke universiti Havard dan Yale. Hidup mereka berakhir dengan membuat harta di Wall Street atau menjadi CEO syarikat multinasional. Malah Bush sendiri telah mengelat daripada pergi ke Perang Vietnam.
............Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal. Tujuannya sama. Untuk perniagaan yang menguntungkan bagi kelompok kapitalis.
............Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.
............Jika kurang yakin tentang apa yang cuba saya nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca - ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua bahan ilmiah ini amat senang untuk ditemui di internet.
............Pada ketika ini telah diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Hal ini juga adalah pengiklanan besar daripada kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.
............Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut kerana ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.
............Dalam sistem ekonomi sosialis, ubat-ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis, perubatan adalah untuk semua warga dan bukan untuk yang kaya sahaja.
............Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan seperti yang kini dilakukan oleh golongan kapitalis. Kematian adalah keuntungan besar bagi kapitalis.

Fikirkanlah....
...