Friday, October 16, 2020

TATABAHASA - AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

 

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 AL-GHAZALI & 4 AL-FARABI

TARIKH : 20 OKTOBER 2020 (MINGGU PKPD)

MASA   : 8.30 – 10.00 PAGI

TAJUK   : TATABAHASA (AYAT MUDAH/ TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK)

 

Baca petikan di bawah dan senaraikan 5 ayat majmuk yang terdapat dalam petikan tersebut.

 

          Hari ini hari minggu. Ramai penduduk kampung pergi ke pantai. Mereka ingin melihat matahari terbit. Keadaan di pantai itu sangat sibuk kerana orang ramai datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Hari masih gelap. Mereka duduk di tepi pantai sambal bernual-bual serta menjamu selera yang dibawa.

              Jam menunjukkan pukul 7.10 pagi. Matahari mula menampakkan sinarnya. Cahaya merah dan kuning di hadapan pantai menyebabkan suasana menjadi indah serta damai. Suara jeritan kanak-kanak dan ibu bapa menyebabkan keadaan menjadi amat meriah. Ramai pengunjung yang mengambil gambar untuk dijadikan kenangan dalam hidup mereka.

             Lebih kurang pukul 9.00 pagi matahari mula naik tinggi dan menyebabkan kawasan pantai menjadi penas. Prang ramai mulai beransur-ansur pulang dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Pantai itu menjadi sunyi semula. Esok masih akan tiba. Pengunjung akan datang dan pergi.

 LATIHAN 1:

Senaraikan 5 ayat majmuk yang terdapat dalam petikan di atas di dalam buku latihan tatabahasa anda:

1.________________________________________________________________________________

2.________________________________________________________________________________

3.________________________________________________________________________________

4.________________________________________________________________________________

5.________________________________________________________________________________

 LATIHAN 2:

Sambungkan ayat-ayat tunggal yang diberi di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja.

Soalan 1 :

Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit.

Jawapan:

Ayat 1:___________________________________________________________________________

Ayat 2:___________________________________________________________________________

Ayat 3:___________________________________________________________________________


 Soalan 2 :

Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat dengan mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong.

Jawapan:

Ayat 1:___________________________________________________________________________

Ayat 2:___________________________________________________________________________

Ayat 3:___________________________________________________________________________


 Soalan 3 :

Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.                                                                                                                                                                                   

Jawapan:

Ayat 1:___________________________________________________________________________

Ayat 2:___________________________________________________________________________

Ayat 3:___________________________________________________________________________