Hikayat Anggun
Cik Tunggal
A. Sinopsis:
Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal
bernama Dendang Panjang sedang berlabuh. Tiba-tiba sebuah lancang kuning
berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya kepada pemilik
lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang berada
dalam lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya .
Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar
dengan kelancangan Si Kembang Cina telah mengisytiharkan perang terhadap
kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam. Berlakulah tembak menembak di antara Raja
Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam (Tuan Puteri). Dalam insiden itu, Tuan
Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja Anggun Cik Tunggal yang
langsung tidak usul periksa. Dalam
keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalin pakaiannya dan menunjukkan
identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu tunangan Raja
Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan
malu lalu lari ke biliknya sambil berselubung.
Tunangannya,
Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas tindakan Raja
Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah
dilupakan Raja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya
melembutkan hati Tuan Puteri. Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk
belayar pulang. Setelah tiga hari tiga
malam, kapal Seludang Mayang berlabuh di
pelabuhan negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilan meriam. Sesampai di
istana, Tuan Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran kepada
ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal.
B.Tema:
Sikap terburu-buru dan tidak usul
periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini, Raja Anggun Cik Tunggal
berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana tidak tahu kapal
lancing kuning itu milik tunangnya.
C.
Persoalan:
1.
Persoalan perasaan kasih sayang sesama
manusia.
Tuan
Puteri yang sanggup belayar untuk bertemu dengan tunangannya, Raja Anggun Cik
Tunggal.
2.
Persoalan keberanian menegakkan
keadilan.
Tuan Puteri yang
membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.
3.
Persoalan keperluan memujuk setelah
melakukan kesilapan dalam sesuatu tindakan.
Raja
Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Ganariah setelah menyedari
kesilapannya yang menyerang lancang kuning milik tunangannya.
D.
Watak dan Perwatakan:
Watak
Utama
Raja
Anggun Cik Tunggal
Ø Terburu-buru
dalam tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal siasat yang
mendalam.
Ø Pandai
memujuk orang lain. Baginda memujuk tunangnya,Tuan Puteri Gondan Gandariah yang
jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa.
Ø Begitu
sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah.
Ø Tunangan
kepada Tuan Puteri Gondan Ganariah.
Tuan
Puteri Gondan Gandariah
Ø Nakhoda
lancang kuning yang dibedil.
Ø Menggunakan
beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam.
Ø Berani
kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal dan hampir
terkorban.
Ø Puteri
kepada Raja Laksamana
Ø Baginda
merupakan tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal.
Ø Bijak
menggunakan senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan tembakan
yang hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal.
Ø Seorang
yang mudah jauh hati atau merajuk.
Ø Bersifat
lembut hati dan mudah dipujuk walaupun telah melalui insiden yang berbahaya.
Raja
Laksamana
Ø Ayahanda
kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Ø Pemerintah
negeri Tiku Benua.
Ø Orang
suruhan dalam kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Ø Yakin,
buktinya menjawab tujuan lancing kuning milik nakhodanya dengan berani kepada
Bujang Selamat.
Latar Tempat
Ø Di
atas kapal Dendang Panjang.
Di
sini Raja Anggun Cik Tunggal bergurau dengan Tuan Puteri Intan Dikarang. Di sini juga berlaku peristiwa tembak
menembak yang membuta tuli dan hampir-hampir meragut nyawa Raja Anggun Cik
Tunggal dan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Ø Di
atas kapal Seludang Mayang.
Kapal
ini milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. Di sini berlakunya peristiwa tembak
menembak yang hampir mengorbankan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Ø Di
pelabuhan.
Di
situlah kapal Dendang Panjang dan Seludang Mayang berlabuh secara bertentangan.
Ø Negeri
Tiku Benua.
Merupakan
negeri asal Tuan Puteri Gondan Gandariah. Rajanya bernama Raja Laksamana.
Lancang kuning Seludang Mayang belayar menuju ke negeri ini selepas Tuan Puteri
Gondan Gandariah berjaya dipujuk oleh
Raja Anggun Cik Tunggal.
Ø Negeri
Bandan.
Negeri
ini merupakan tempat yang ingin ditujui oleh kapal Seludang Mayang milik Tuan
Puteri Gondan Gandariah.
Ø Tiga
hari tiga malam.
Tempoh
masa ini diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik ke negeri Tiku Benua.
Ø Latar
masyarakatnya mementingkan budi bahasa.
Sebagai
contoh, Bujang Selamat bertanyakan pemilik lancang kuning mengapa berlabuh
secara bertentangan dengan kapal Dendang Panjang.
Ø Latar
masyarakat yang memiliki keberanian.
Si
Kembang Cina berani menjawab panggilan Bujang Selamat walaupun dia seorang
wanita.
Ø Latar
masyarakatnya yang terlalu mudah dicabar.
Raja
Anggun Cik Tunggal mudah tercabar apabila Si Kembang Cina sambil bercekak
pinggang berani menjawab pertanyaan Bujang Selamat.
Ø Latar
masyarakatnya yang pandai memujuk.
Raja
Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati selepas
kejadian tembak-menembak. Baginda berupaya meyakinkan Tuan Puteri Agar tidak
meragukan kasih sayangnya.
Ø Latar
masyarakatnya yang kurang usul periksa.
Hal ini ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik
Tunggal yang terus saja menyerang Seludang Mayang dengan tidak usul periksa
apakah niat dan tujuannya berlabuh di hadapan Dendang Panjang miliknya.
Ø Latar
masyarakat yang tidak mahu beralah.
Hal ini berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal
yang langsung tidak mahu beralah dalam peristiwa tembak-menembak walaupun
dengan tunangannya sendiri.
1.
Nilai kasih sayang
Sebagai
contoh Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah kerana
baginda sayangkan tunangnya itu walaupun berlaku salah faham dan
tembak-menembak sebelum itu.
2.
Nilai kepatuhan
Bujang
Selamat patuh pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya memeriksa kapal yang
berlabuh di hadapan kapal mereka.
3.
Nilai berani
Hal
ini ditunjukkan oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak pinggang membalas
pertanyaan Bujang Selamat yang dianggapnya mencabar.
4.
NIlai ketabahan
Contoh,
Tuan Puteri Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan dengan Raja Anggun Cik
Tunggal walaupun nyaris terkorban.
F: Pengajaran:
1.
Kita hendaklah memeriksa sesuatu
perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan.
2.
Kita hendaklah banyak bersabar.
3.
Kita mestilah patuh kepada perintah
ketua.
4.
Kita perlulah meningkatkan budi bahasa
dalam komunikasi supaya tidak menimbulkan salah faham.
5.
Kita hendaklah menyedari kesilapan
dengan memohon maaf.
(Diubah suai daripada bahan PPK)