Monday, February 11, 2013

TEKNIK PLOT DAN PERINGKAT PLOT NOVEL PAPA


PERINGKAT PLOT/ JALAN CERITA:

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan
Pada suatu petang, ketika Intan Julia berada di dapur dengan Mak cik Noraini, dia memerhatikan kemesraan yang ditunjukkan oleh mama dan papanya yang ketika itu berada di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Dia berasa kagum akan kemesraan antara mama dengan papanya yang tetap kekal walaupun mereka telah lama berumahtangga. Walau bagaimanapun, apabila melihat keterbukaan mama dan papanya dalam menunjukkan kemesraan mereka, dia berasa kurang senang .

(ii) Perkembangan
Ibu Julia telah mengandung anak kedua. Hal ini membimbangkan orang-orang yang rapat dengan ibunya kerana ibunya pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan anak pertama. Namun begitu, mamanya tetap berhasrat untuk meneruskan kandungannya bagi menunjukkan kasihnya kepada papa. Akhirnya, mama melahirkan anak kembar siam. Anak mereka diberi nama Ahmad dan Muhammad. Walau bagaimanapun, anak kembar ini meninggal dunia dan mama koma. Julia mula rapat dengan Rasylan, iaitu teman sekolahnya. Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak disenangi papa. Selepas SPM, Julia dan Rasylan berjaya mendapat tempat di matrikulasi UIA. Di samping itu, papa Julia pula mula rapat dengan pelajarnya yang bernama Aisyah. Aisyah cuba mendekati Julia dengan sering bertanyakan khabar dan mengajaknya bermain tenis. Akhirnya, papa menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aisyah. Julia menentang hasrat papanya. Konflik berlaku hingga papa menamparnya. Tetapi selepas papanya berbincang dari hati ke hati dengan Julia, akhirnya Julia bersetuju.

(iii) Konflik
a. Intan Maliana pernah mengalami kesulitan ketika melahirkan Intan Julia namun begitu dia sanggup berkorban untuk mengandung semula dan melahirkan anak kedua setelah anak pertamanya berusia 16 tahun.
b. Julia dilarang daripada berkawan dengan Rasylan kerana papa Julia tidak mengetahui latar belakang keturunan Rasylan.
c.  Julia khuatir kasih sayang papanya akan berkurangan jika papanya berkahwin dengan Aisyah.
d. Jeffri pula ingin berkahwin lagi tetapi sanggup membatalkan niatnya jika Julia membantah hasratnya.

(iv) Klimaks
Klimaks novel ini bermula pada suatu malam selepas Julia bersembahyang jemaah dengan papanya. Mama yang sudah lama koma akhirnya sedar dan mula membuka matanya serta mencuba untuk bercakap. Pada ketika itu, semua ahli keluarganya ada di sisi. Walau bagaimanapun, setelah melihat Aisyah, raut wajahnya berubah. Papa menjelaskan perkara yang sebenar, mama berasa kecewa dan menangis. Sejurus selepas itu, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir.

(v) Peleraian
Kematian mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya, papanya menangis.





TEKNIK PLOT/ TEKNIK PENULISAN

1. Pemerian
Contohnya: Petang itu cuaca sungguh nyaman. Angin bertiup beralun lembut dan amat menyegarkan. Dengan rambutku yang ikal dan panjang memcecah bahu dan diikat ekor kuda, dengan berseluar panjang dan berkemja T, aku yang tadinya berbaring sebentar di atas tilam empuk bilikku turun dari tingkat atas menuju ke ruang dapur di tingkat bawah.

2. Dialog
Contohnya, “Lia...,” sambil memegang tangan perempuan yang terbaring. ”Ini Aisyah, isteri abang, adik Lia juga!” Lalu dia mencapai tangan Mak Cik Aisyah dan menghulurkan kapadanya.

3. Imbas Kembali
Contohnya, Mak Cik Noraini akan kisah papa Julia bertugas sebagai guru.

4. Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa Intan Maliana perlu menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.

5. Monolog Dalaman
Contoh: Aku hanya memandang keluar tingkap kereta, ke jalan raya dan melihat kereta yang banyak lalu lalang. Aku meletakkan diriku di tempat mama sekarang, apa yang bakal dirasainya kalau dia tahu semua ini?