JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
A. SINOPSIS
Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati
untuk di bawa pulang ke Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli
kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan
buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah
disediakan dan diperuntukan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit
wang kecemasan untuk dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu
pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di
Istanbul. Aku serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga
barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga
barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang
sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan
abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan
kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari.
Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu
namun Aku tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna
kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang
murah berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya
masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan
sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai
jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa
dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus
asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat
untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun,
kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan
teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga
yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket
kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket
pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk
tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan
tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus
dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan
Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis
menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika
beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan
berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku,
Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai
dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga
AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga
menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai
dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat
sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit
dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit.
Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan
menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang
mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang
terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.
B. TEMA
..........Pengalaman
seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket
kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual
jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang
dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.
C. PERSOALAN
1. Perasaan
kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.
Contoh:- Aku
berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana
kulitnya.
2. Sikap
berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku
melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati
pekedai Turki itu.
3. Kewajaran
memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai
Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan
layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
4. Kepandaian
sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:-
Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.
5. Kebijaksanaan
dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku
telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk
dibawa pulang ke Malaysia.
D. PLOT
1. Permulaan
Aku mengikuti
rombongan Passage Tours and Travel ke negara Turki. Dengan berbekalkan AS$400 yang bersamaan dengan
RM1,800.00, dia telah menyenaraikan barang-baang yang ingin dibeli. Antaranya,
cenderamata untuk keluarga, untuk saudara-mara, kawan pejabat dan kenalan
rapat, untuk pensyarah-pensyarahnya yang banyak membimbingnya semasa
melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan untuk dirinya sendiri, memadai
membeli beberapa buah buku terbitan Turki.
2. Perkembangan
Aku mengisahkan
bagaimana dia terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul pada hari kelima
lawatannya ke Turki. Dia tidak berniat langsung untuk membeli jaket tersebut.
Ahli rombongan dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak
lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapannya di Hotel Senator. Sebelum
sampai di Istanbul, Aku telah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa,
Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, Aku telah
mendapatkan cenderamata yang popular dan unik.
3. Klimaks
Aku disapa oleh
seorang lelaki berbaju T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan dari
sebuah kedai jaket kulit. Aku tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada
sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat untuk
membelinya tetapi tidak berani kerana tidak mengetahui harganya dan takut akan
ditipu oleh penjualnya. Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket
kulit itu dan mencuba sehelai jaket kulit berwarna hitam, namun dia tidak
berniat untuk jaket tersebut kerana harga yang ditawarkan diluar kemampuannya.
Akhirnya berlaku perbalahan antara Aku dan pekedai Turki itu. Aku berasa
tersentak dengan sikap pekedai Turki yang menghinanya dan aku juga berasa
terkilan kerana tertipu dengan layanan mersa yang telah diberikan oleh
pekedai Turki itu.
4. Peleraian
Sewaktu beratur
untuk menaiki feri ke Selat Bhosporus, seorang lelaki tua telah meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di atas lengannya. Shahmeem menunjukkan
minat untuk membeli jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun
apabila dicubanya, jaket itu bersaiz kecil lalu menjualkannya kepada Aku dengan
mengurangkan AS$20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Aku
memandang jaket kulit kijang itu, lalu membayangkan kegembiraan kepada lelaki
tua yang berjaya menjual jaket kepada Shahmeem, kegembiraan Shahmeem yang
berjaya menjualkannya kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat
menghangatkan badannya sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.
Akhirnya kegembiraannya itu ingin dikongsi dengan orang lain iaitu dengan
berhasrat menjual jaket tersebut di kedai pakaian terpakai dan wang yang
diperoleh didermakan kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda
muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh
kemodenan.
E. TEKNIK PLOT
1. Imbas
Muka
Contoh: Aku
tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ..
2. Imbas
Kembali
Contoh: Entah
mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi
balik kerja.
3. Saspens
Contoh: Perbalahan
antara aku dan pekedai Turki membuatkan aku ingin melangkah keluar tetapi
dihalang oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.
4. Monolog
Contoh: Aku
terpaku seketika. Apakah jawapan
yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat menggembirakan Shahmeem?
5. Dialog
Contoh: “Dah
beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah.
“Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga AS$150 sat jaket,” terang Haji Helmi sambil menunjukkan beg plastiknya.
F. WATAK
DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Aku ( Mas ):
Seseorang yang :-
1. Gemar
membaca.
Aku gemar membaca
kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual
buku.
2. Baik
dan murah hati.
Aku begitu
bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang
menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.
3. Berbudi
bahasa.
Aku dengan sebaik
mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket
kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
4. Tidak
boros berbelanja.
Aku tidak
terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang
itu.
5. Sayang
akan haiwan.
Aku begitu
menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang
hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus
pemodenan.
6. Bersederhana
apabila berbelanja.
Aku telah membuat
senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah
diperuntukan.
Watak Sampingan
1. Pekedai Turki:
Pemuda
berkulit putih
Mempunyai
kumis. (misai)
Fasih
berbahasa inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi
dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
Peramah
dan mesra
Pekedai Turki
kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di kedainya.
Tidak
berputus asa
Pekedai Turki
tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.
Pandai
mengambil hati
Pekedai Turki
sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.
Cepat
marah
Pekedai Turki
cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya walaupuan
telah mencubanya.
2. Polis Turki:
Lelaki
dewasa
Bertubuh
tegap
Berbaju
T dan berseluar panjang
Berwajah
serius –
Polis Turki
kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang
remaja yang menjual barangan pasaran gelap.
3. Shahmeem:
Kawan
kepada Aku
Mudah
terpengaruh
Shahmeem
terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran gelap tanpa
mengetahui ukuran saiznya.
Murah
hati
Shahmeem bermurah
hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran gelap
kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.
G. LATAR
1. Latar tempat.
a. Hotel
Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
b. Grand
Bazaar – Pusat membeli belah.
c. Kedai
menjual jaket kulit – tempat
di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam
di rak cermin. Tempat
Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna
kuning keemasan. Tempat
Aku mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi membelinya kerana dia tidak
mempunyai wang yang mencukupi.
d. Pigeon
Valley – Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
e. Gunung
Bolu – Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang
buta.
f. Masjid
Ulu – bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
g. Masjid
Biru – tempat Aku menunaikan solat jamak.
h. Egyptian
Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
i. Terminal
feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua
di pasaran gelap dengan harga AS$120.
2. Latar masa
a. Malam
– Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan
mengelilingi kota bersejarah.
b. Siang
– Aku
, Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit. Semasa
aku dan rakan-rakannya sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat
Bhosporus.
3. Latar masyarakat
a. Masyarakat
elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
b. Masyarakat
yang bekerjaya untuk menampung kehidupan seharian.
Encik Yuksel
bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan
kulit.
c. Masyarakat
yang tidak berkemampuan.
Wanita tua yang
menjual makanan burung, remaja kurus dan lelaki tua yang menjual barangan
pasaran gelap, dan pengemis –pengemis seperti pengait benang yang diberi
sedekah oleh Aku, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua
yang cacat anggotanya.
d. Masyarakat
yang suka melancong.
Aku serta 30
orang ahli rombongan telah melawat negara Turki.
e. Masyarakat
yang suka akan kemewahan.
Haji Helmi dan
isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna
kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
f. Masyarakat
yang tidak menyayangi haiwan.
Seekor atau lebih
daripada seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang
menjadi lambang pendewaan dan pemujaan diri.
H. GAYA BAHASA
1. Kata
ganda -
cenderamata
untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa
membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;
Aku
bercadang untuk membelikan professor Siti Zainon, Dr Shaiful Bahri dan Dr
Rosnah sesuatu yang boleh dijadikan kenang-kenangan.
Matanya
bercahaya-cahaya.
2. Bahasa
Asing –
a) bahasa inggeris (“Hello lady!
…. “ , “Please… “ )
b) bahasa
Arab. – Assalamualaikum, solat jamak, al- mathurat
3. Sinkope
– ‘Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita tengok kat Grand
Bazaar semalam. Murah ke?”
I. NILAI
1. Kegigihan
– pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya
agar membeli barangan kulitnya.
2. Keprihatinan
– Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk
dijadikan jaket.
3. Berjimat
cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa
pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
4. Keikhlasan
– Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,
kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
J. PENGAJARAN
1. Kita
haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian maupun
semasa melancong ke luar negara.
Contoh :-
Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim,
masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
2. Kita
hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf
kehidupan seseorang.
Contoh :- Aku
begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita
tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira serta
ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak
bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
3. Kita
wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang
diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai
Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan
layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan
harapan pelanggannya itu membeli barangannya.
4. Kira
patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak
pupus.
Contoh : Aku
begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk
memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang
mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi
korban arus pemodenan.
SLIDE JACKET KULIT DARI ISTANBUL
TERIMA KASIH