Friday, October 16, 2020

BAHASA MELAYU - RUMUSAN

 

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 AL-FARABI & AL-GHAZALI

TAJUK   : RUMUSAN

TARIKH : 19 OKTOBER 2020 (MINGGU PKPD)

MASA   : 9.00 – 11.30 PAGI

 

Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang langkah untuk meningkatkan pendapatan dan kekangan yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

 

      Kesan daripada masalah jangkitan Covid-19 amatlah besar. Selain menyebabkan kematian melebihi sejuta mangsa di seluruh dunia, fenomena ini turut menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan apabila kerajaan di seluruh memperkenalkan undang-undang menyekat pergerakan penduduk dan menghentikan sektor ekonomi masing-masing. Namun begitu, dalam kesukaran menghadapi jangkitan Covid-19 ini, sebenarnya masih terdapat pelbagai ruang kepada orang ramai untuk menambahkan pendapatan mereka asalkan tidak jemu berusaha.

      Di negara kita, ramai remaja dan golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan mula melibatkan diri dengan perniagaan atas talian. Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang b esar malah tidak memerlukan ruang kedai untuk mengusahakannya. Pelbagai barangan boleh dijual seperti pakaian, alat kegunaan harian, perelatan elektrik dan sebagainya. Ramai juga yang menjadi penghantar barang-barang yang memberikan pendapatan cukup lumayan. Seorang penghantar makanan atau barangan syarikat peniaga atas talian umpamanya mampu memperoleh pendapatan hingga mencecah 4 angka dalam sebulan. Hal ini menjadi fenomena baru kepada mereka yang mencari pekerjaan.

       Bagi sesetengah pelajar pula, kesukaran mendapatkan pekerjaan pada waktu ini boleh digunakan untuk memingkatkan kelulusan dan latihan masing-masing supaya permintaan majikan terhadap mereka akan meningkat dan pendapatan yang diperoleh semakin tinggi. Ada juga di antara pekerja yang mula mencari pengalaman yang lebih banyak untuk memastikan mereka lebih mahir dalam pekerjaan dan membolehkan mereka mengaut pendapatan lumayan pada masa hadapan. Memang benar, dalam kesukaran yang melanda pada hari ini, sebenarnya terbuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan pendapatan pada masa hadapan.

      Selain itu, akibat pembuangan kerja oleh majikan akibat masalah ekonomi ini, ramai di antara mereka bergiat dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Penjual nasi lemak, pisang goring atau minuman umpamanya, walaupun dilihat begitu “simple” tetapi sebenarnya mampu memberi pulangan yang cukup besar, Seorang peniaga pisang goreng di Kuala Lumpur umpamanya mampu mengaut keuntungan ratusan ringgit dalam sehari. Hal ini agak sukar sekiranya mereka makan gaji dengan majikan lama. Bagi mereka yang bijak, waktu inilah mereka boleh melaburkan pendapatan mereka di dalam saham atau bank agar mendapat keuntungan berganda pada masa depan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan masing-masing.

       Di kawasan luar bandar, ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan mula bergiat dalam bidang pertanian secara moden bagi mendapatkan hasil yang lumayan. Dengan bantuan dan sokongan kerajaan, industri pertanian menjadi lebih mudah dan pasaran hasil pertanian mampu menyumbang pendapatan kepada para petani. Jelasnya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

 

 

Lengkapkan perenggan jawapan  rumusan di bawah di dalam buku latihan:

(JAWAPAN)

                Rumusan membincangkan __________________________________ dan _____________

____________________________ di_____________________________________.


                Antara langkah untuk meningkatkan pendapatan orang ramai adalah dengan ____________________________________________________ dan __________________________

_____________________________ . Selain itu, pendapatan boleh ditingkatkan dengan cara 

_________________________________________________ serta ____________________________

_____________________. Pada masa yang sama, orang ramai boleh ________________________ 

 untuk meningkatkan pendapatan mereka. Mereka juga boleh _____________________________.

  

                Antara kekangan yang dihadapi untuk meningkatkan pendapatan mereka ialah 

________________________________________________________________. Kekangan yang lain 

termasuklah ____________________________________________________________.

  

                Kesimpulannya, ___________________________harus____________________________

agar _____________________________________.