Thursday, October 15, 2020

TATABAHASA- AYAT SONGSANG

 

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 AL-GHAZALI & AL-FARABI

TARIKH: 16 OKTOBER 2020 (PKPD)

TAJUK: TATABAHASA

SUB TAJUK: AYAT SONGSANG

 

A. SUSUNAN AYAT SONGSANG

i. Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat.

ii. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) .

iii. Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.

 

B. JENIS AYAT SONGSANG:

 

1. Pendepanan seluruh predikat.

Contoh:

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)

Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

 

2. Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)

Contoh:

Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)

Dialah / ibu saya. (susunan songsang)

Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

 

3. Pendepanan sebahagian daripada predikat.

 

(a) Pendepanan Frasa Kerja

i.  Pendepanan kata kerja:

Contoh:

Ramli / bekerja setiap hari. (susunan ayat biasa)

Bekerja setiap hari /Ramli. (susunan ayat songsang)

 

ii.  Pendepanan frasa kerja dengan objek.

Contoh:

Zaleha / membaca buku. (susunan ayat biasa)

Membaca buku / Zaleha. (susunan ayat songsang)

 

iii.  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

Contoh:

Murid-murid itu /masih makan. (susunan ayat biasa)

Masih makan /murid-murid itu. (susunan ayat songsang)

 

b)  Pendepanan Frasa Adjektif

 i.  Pendepanan kata adjektif sahaja.

Contoh:

Ramli rajin. (susunan ayat biasa)

Rajin Ramli. (susunan ayat songsang)

 

ii.  Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.

Contoh:

Rumah Kak Zue /masih teguh. (susunan ayat biasa)

Masih teguh / rumah Kak Zue. (susunan ayat songsang)

 

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.

Contoh:

Encik Zaidi /sangat segak. (susunan ayat biasa)

Sangat segak /Encik Zaidi. (susunan ayat songsang)

 

iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat

Contoh:

Haji Nasser /masih segak amat. (susunan ayat biasa)

Masih segak amat /haji Nasser. (susunan ayat songsang)

 

c)  Pendepanan Frasa Sendi Nama

 

i. Frasa sendi nama sebagai predikat.

Contoh:

Rantai emas itu /untuk ibu. (susunan ayat biasa)

Untuk ibu /rantai emas itu. (susunan ayat songsang)

 

ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

Contoh:

Penonton-penonton merempuh masuk /ke dalam dewan. (susunan biasa)

Ke dalam dewan/ penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

 

C. FORMULA AYAT SONGSANG.

 

Ayat biasa:

Dia / membeli buku di kedai itu.

Cara Songsangan Ayat:                 

Nomborkan penggalan ayat.

1

2

3

Dia

membeli

buku

di kedai itu.

Ganti nama ketiga

Frasa Kerja Transitif

Objek

Frasa Keterangan

Subjek

Predikat

 

FORMULA:

Ayat Biasa : 1+2+3

Ayat songsang:

i.        2+3+1

ii.       2+1+3

iii.      3+1+2

iv.     3+2+1

 

Ayat Biasa: (1+2+3)

1

2

3

Dia

membeli buku

di kedai itu.

 

Contoh ayat songsang (i) - 2+3+1

2

3

1

Membeli buku

di kedai itu

dia

 

Contoh ayat songsang (ii) - 2+1+3

2

1

3

Membeli buku

dia

di kedai itu

 

Contoh ayat songsang (iii) – 3 + 1 + 2

3

1

2

Di kedai itu

dia

membeli buku

 

Contoh ayat songsang (iv) - 3+2+1

3

2

1

Di kedai itu

membeli buku

dia

 

Ayat biasa:

Dia membeli buku di kedai itu.

 

Ayat songsang:

i. Membeli buku di kedai itu dia.

ii. Membeli buku dia di kedai itu.

iii. Di kedai itu dia membeli buku.

iv. Di kedai itu membeli buku dia.

 

 

BERSAMBUNG

                                                            (Sumber: Cikgu Aisyah MRSM Balik Pulau)