Friday, July 3, 2009

Koleksi Soalan Drama SPM 2009

Latihan Drama SPM 1

(Serunai Malam)

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAFIAH : Hai, mak tak ingat? Hari ini konvokesyen.
IBU : Kombesesen tu apa?
SAFIAH : (Berpaling semula memandang hampa keluar, menjawab perlahan, muram) Dia dapat degree hari ini.
IBU : (Terkejut) Oooo, ya, aku lupa! (Teringat sesuatu, gugup) Kalau begitu ayah dan mak Umar sampai ke mari tengah hari ini. Eh, aku lupa! (Bangkit dan berjalan selangkah ke pintu, tetapi berhenti dan memanggil) Jah! Jaah!
JAH : (Dari jauh) Yaaaa!
(Ibu Safiah tergesa-gesa mengemas meja, menyusun majalah-majalah yang berserak, membetul-betulkan kerusi dan kusyen, ditolong oleh Safiah dengan kekok dan separuh minat.
IBU : Kenapa kau tak ingatkan aku tadi, Piah!
SAFIAH : Piah ingat ,mak tak lupa.
JAH : (Berdiri seketika di pintu berjalan selangkah dua sambil mengesat tangannya yang basah pada baju kurungnya yang disingsing dan diikatkan di pinggang) Mak encik panggil saya?
IBU : Masak nasi lebih sikit, Jah. Mak dan ayah Umar nak datang. (Masih sibuk mengemas) Eh, Umar makan di sini, Piah?
SAFIAH : Katanya begitu.
IBU : Masak banyak-banyak Jah, entah-entah kawan-kawan Umar datang sama.
SAFIAH : (Menoleh sedikit tersenyum seolah-olah terkenang sesuatu, suaranya jernih sedikit) Kepala kurau tu masak asam pedas, Jah.
IBU : Ya, Jah. Budak-budak universiti tu tak jumpa asam pedas di kantin asramanya.

(i) Bagaimanakah sikap yang ditunjukkan oleh ibu Safiah terhadap tetamu yang bakal tiba di rumahnya?
[2 markah]
• mengemas meja, menyusun majalah-majalah yang berserak,membetul-betulkan kerusi serta kusyen.
• meminta Jah memasak nasi lebih.

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah ibu Safiah begitu bersungguh-sungguh ingin menyambut kedatangan tetamunya?
[3 markah]
• ayah dan emak Umar bakal menjadi mentua Safiah.
• Umar juga merupakan tunang anaknya iaitu Safiah dan bakal menjadi menantunya.
• ayah dan ibu Umar akan tiba pada waktu tengah hari dan patut dijamu dengan hidangan tengah
hari.


(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan drama di atas dan dua nilai murni lain yang terdapat dalam drama ini.
[4 markah]
Nilai dalam petikan:
• Menghormati tetamu. Contoh: Ibu Safiah mengemas-ngemas kawasan di ruang tamu rumahnya yang berserak sebagai mengalu-alukan kedatangan tetamunya.
• Murah hati. Contohnya: Ibu Safiah meminta Jah memasak nasi lebih untuk hidangan tengah hari.
Nilai dalam drama:
• Semangat nasionalisme.Contoh:Umar lebih suka menjadi guru dan mendidik anak bangsanya sendiri di tanahairnya sendiri.
• Tetap pendirian. Contoh:Umar tetap dengan pendiriannya ingin menjadi guru.
.............................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 2

(Serunai Malam)

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

SAFIAH : (Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tapi bersemangat semula) Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak payah masuk universiti pun you boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak orang yang boleh jadi guru, tak payah pandai cakap Inggeris pun boleh jadi guru.
UMAR : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri.I suka jadi guru dan kita pun memang kekurangan guru.
SAFIAH : (Tak sabar) You ni nasionalis sangat...........
UMAR : (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasionalis, cuba you, tengok. Tiap tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi berapa orang guru yang bertambah? Berapa orang mahasiswa-mahasiswa yang mahu jadi guru?
SAFIAH : (Cepat geram) You terlalu statis!
UMAR : (Berpaling dari Safiah, perlahan tapi pahit) You terlalu ingin nak main salji sahaja, mahu duduk di London atau Amerika.(membisu beberapa lama)
SAFIAH : (Terdiam memandang Umar , kemudian membongkok ke hadapan, kemudian menyentuh sedikit tangan Umar, dan berkata dengan nada baru, logik dan lembut) I tahu you nak berkhidmat dalam negeri, I tahu you bercita-cita nak berjasa kepada bangsa. I hargai. Tapi I bercakap sebagai tunang you, yang ikut sama memikirkan masa depan kita..... Dan di luar negeri pun you dapat berkhidmat dengan bangsa, you boleh memperkenalkan negeri kita di luar negeri........


(i) Apakah pandangan Safiah terhadap profesion perguruan? [2 markah]
• menganggap seseorang itu tetap dapat menjadi guru walaupun tidak memasuki universiti.
• Menganggap bahawa ramai yang menjadi guru kerana tidak memerlukan kefasihan berbahasa
• Inggeris.


(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Umar begitu bersungguh-sungguh hendak menjadi guru? [3 markah]
• Dia ingin mendidik bangsa melayu yang kebanyakannya masih kekurangan ilmu.
• Menganggap profesion guru sebagai tugas yang mulia.
• Umar ingin membangunkan masyarakat dan negaranya sendiri.
• Umar menganggap jika menjadi guru, dia berpeluang mengajar di kawasan kampung.


(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam drama ini. [4 markah]
Dalam petikan:
• kita hendaklah jangan mementingkan diri sendiri. Contoh: Safiah tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja semata-mata ingin berseronok menetap di luar negara.
• kita hendaklah menghargai cita-cita orang lain. Contoh: Safiah harus menghargai cita-cita Umar untuk menjadi guru dengan memberi sokongan kepadanya.
Dalam drama:
• kita hendaklah bersikap merendah diri. Contoh: Limah yang sentiasa merendah diri walaupun dia, isteri kepada seorang pegawai tinggi kerajaan.
• kita hendaklah bersikap tegas dengan sesuatu pendirian yang baik. Contoh: Umar yang tetap mempertahankan pendiriannya yang mahu menjadi guru, walaupun tunangnya mendesak berkali-kali agar melupakan hasratnya itu.
.................................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 3

(Serunai Malam)

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

MAJID : Tadi aku tengok...(diam tidak meneruskan cakapnya).
UMAR : (Hairan) Ayah tengok apa?
MAJID : (Sedikit ragu) Piah.
UMAR : (Bertambah hairan) Piah? Kenapa ayah?
MAJID : Selalu dia begitu?
UMAR : (Ingin tahu) Apa ayah?
MAJID : Dia pakai seluar.
UMAR : (Mengerti) Sesekali kalau hari Sabtu atau minggu. Nak ringkas.
MAJID : Nak ringkas tu betullah. Tapi kutengok macam sarung nangka.
UMAR : Mmmmm! (Tak tahu menjawab)
MAJID : Kalau Lebai Dolah tengok......pengsan agaknya.(senyum lucu)
UMAR : (Ikut senyum) Sekarang ni...(tidak meneruskan cuba mengalih perbualan) ayah balik besok, ya?
MAJID : Pukul berapa majlis kau tu?
UMAR : (Melihat jam tangannya) Pukul dua belas empat puluh.
MAJID : Aku tanya pukul berapa majlis kau tu?
UMAR : Ooo, konvokesyen? Pukul dua setengah. Tetapi pukul dua kita mesti ada di sana.
MAJID : (Bangkit berdiri) Kalau gitu biarlah ayah sembahyang dulu. Dah masuk Zuhur ni.(Keluar)


(i) Apakah maksud frasa macam sarung nangka yang terdapat dalam petikan drama di atas?
[2 markah]

• Merujuk kepada seluar jean yang dipakai Safiah terlalu ketat.


(ii) Pada pandangan anda, mengapakah Majid mempersoalkan pakaian Safiah kepada Umar? [ 3 markah]
• Pakaian itu agak kurang sopan pada pandangan Majid.
• Safiah merupakan bakal isteri Umar dan mengharapkan Umar menegur cara Safiah berpakaian.
• Majid seorang yang berpegang kuat kepada agama.


(iii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang terdapat dalam drama Serunai Malam. [4 markah]
Dalam petikan:
• Persoalan mentaati agama. Contoh: Majid tidak lupa menunaikan fardu Zuhur walau di mana sahaja berada.
• Persoalan masyarakat kota yang masih dipengaruhi pemikiran barat. Contoh: Safiah yang berpakaian cara barat iaitu memakai seluar kean ketat.
Dalam drama:
• Persoalan perasan cinta orang muda. Contoh: Walaupun berbeza pendapat tentang kerjaya, Safiah tetap menurut kehendak Umar untuk menjadi guru kerana cintanya terhadap Umar.
• Persoalan semangat nasionalisme. Contoh: walaupun Umar berkelulusan universiti, dia tetap ingin menjadi guru mendidik anak bangsa dan bertugas di pedalaman.

.........................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 4

(Serunai Malam)

Baca Petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

UMAR : ( Dengan kening berkerut ) Jadi pak cik pun mahu I masuk MCS?
SAFIAH : Ya. (Mengadap penuh pada Umar; penuh minat ) Please, Mar, cuba you fakir balik. You
Hanya menjadi guru. Paling banyak you duduk di Kementerian Pelajaran. Itu sahaja.
UMAR : ( Tenang, tegas ) I dah fakir habis-habis, Piah. I suka jadi guru. Kalau boleh, duduk di Kementerian Pelajaran pun I tak mahu.
SAFIAH : ( Mengeluh, terdiam seketika, kemudian berkata lagi dengan harapan baru ) Kalau tak mahu masuk MCS, kenapa you tak masuk Foreign Service ?
UMAR : Foreign Services ? Buat apa?
SAFIAH : Ha, itulah susahnya kalau fikiran you asyik ke guru sahaja! Nak jadi guru, nak jadi guru, sampai you tak mahu tempat lain. Father I bilang, kalaqu masuk Foreign Services ada can ke luar negeri. ( Memandang Umar, sedikit keanak-anakan ) You tak suka ke luar negeri?
UMAR : Ini bukan soal suka tak suka ke luar negeri Piah. Kalau jadi guru pun bukan tak mungkin I ke luar negeri.
SAFIAH : Ke luar negeri sebulan dua melawat-lawat sahaja, buat apa?
UMAR : Habis apa maksud you ?
SAFIAH : I mahu duduk di luar negeri , bekerja di luar negeri. ( Memandang ke kejauhan, matanya penuh impian, bangga dan bergaya ) Di Paris, di London, di ….
UMAR : ( Sinis ) Di United States, Hollywood….


(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah pandangan Safiah terhadap sikap Umar ?( 2 markah )
• Umar tidak bercita-cita tinggi kerana hanya mahu menjadi guru
• Umar tidak berpeluang ke luar negeri jika hanya menjadi guru
• Umar tidak akan berjawatan tinggi jika menjadi guru hanya di Kementerian Pelajaran
 ( pilih mana-mana dua jawapan )


(ii) Pada pandangan anda, apakah kelebihan sesoarang yang bekerja di luar negara?( 3 markah)
• berpeluang untuk melancon dan melawat tempat-tempat menarik
• dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman
• mempelajari adapt resam / budaya bangsa asing
• dapat mengenali pelbagai bangsa asing dan lebih ramai rakan
 ( lain-lain jawapan yang relevan )

(iii) Huraikan latar masyarakat yang digambarkan melalui petikan drama tersebut ? ( 4 markah )
• masyarakat yang mementingkan kedudukan / status dan pangkat
• masyarakat yang mementingkan kemewahan dan mengagongkan barat
• masyarakat kota yang mementingkan diri sendiri
• masyarakat yang tegas dengan pendirian
• masyarakat yang cintakan kerjaya sebagai pendidik
• masyarakat yang masih mempunyai nilai budi
( pilih mana-mana yang relevan )

................................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 5

( Serunai Malam )


Baca petikan drama di bawah dengan teliti., kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia berdiri di situ agak lama. Juga memerhatikan Umar yang sedang merenung majalah dengan tidak membaca. Tiba-tiba umar sedar dan mata mereka bertemu ).

SAFIAH : ( Dengan senyum menduga dan suara mendatar, ingin melihat reaksi Umar ) Father you bawa tempoyak, petai dan beras baru.

UMAR : ( Memandang dengan penuh pada Safiah , menjawab tegas ) Ya, dia tahu I suka tempoyak dengan petai.

SAFIAH : ( Sedikit kecewa, mencabar ) Tapi I tak pernah tengok you makan tempoyak dan petai?

UMAR : ( Cepat ) Sebab bila I datang makan di sini tak pernah you hidangkan
.
SAFIAH : I tak tahu… lagi pun I tak suka petai …baunya dahsyat!

UMAR : Hah, itulah makanan nenek moyang kita!

SAFIAH : Ya, tapi kita sudah moden sekarang!

UMAR : ( Tajam ) Patutlah you suka nak ke luar negeri. Tapi belacan you masih suka, ya
( Safiah terdiam, menjeling masam. Umar kembali merenung majalah. Safiah perlahan-lahan duduk di kerusi berdekatan dengan Umar ).


(i) Berdasarkan petikan, mengapakah bapa Umar membawa tempoyak dan petai sebagai buah tangan semasa datang kerumah Safiah? ( 2 markah )
• makanan kegemaran Umar
• sebagai buah tangan ketika menziarahi keluarga Safiah.


(ii) Apakah pandangan Umar dan Safiah terhadap makanan tradisi nenek moyang suatu ketika dahulu.? ( 3 markah )
• Umar- amat gemar dan tidak menghina makanan tersebut
• Safiah – tidak gemar dan memberi komen tentang makanan tersebut.


(iii) Bandingkan dua perwatakan antara Umar dan Safiah berdasarkan keseluruhan drama di atas. (4 markah )
• Umar - bercita-cita menjadi guru dan mengajar di negara sendiri
• Safiah - mahu Umar menjadi foreign services dan bekerja di luar negeri.
• Umar - Berasal dari kampung dan suka makanan tradisional
• Safiah - Tinggal di Bandar dan tidak gemar makanan tradisional
• Umar - tegas dan sering memikirkan kepetingan orang lain
• Safiah - kuat merajuk dan pentingkan kemewahan diri sendiri

..........................................................................................................................................


Latihan Drama SPM 6

( Jangan Bunuh Rama-rama )

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

WAK KELETUNG : Asal Tuk Mah bukan asal kita.Nenek moyang Tuk Mah bergelar Zulkarnain
NUR ATMA 1 : Berketurunan.Bergelaran
BIDAN TUK MAH : Itu zaman lampau. Zaman muda Tuk Mah
NUR ATMA 1 : Apa puncanya Tuk Mah menjadi bidan dan bomoh?
WAK KELETUNG : Ceritanya begini.Pada suatu malam Tuk Mah menonton satu persembahan.Tuk Mah sungguh tertarik hati dengan pemuda yang berlakon sebagai Peran.
BIDAN TUK MAH : Tuk Mah ingin menjadi pelakon dan penari bersama Peran.
WAK KELETUNG : Tetapi ayahanda dan bonda Tuk Mah melarang keras.Masakan anakanda mereka harus jadi anak wayang.Sambil meminta ampun kepada ayahanda dan bonda,Tuk Mah tinggalkan istana dan terus ikut rombongan Peran.
BIDAN TUK MAH : Rupa-rupanya rombongan Peran bukan sekadar menghibur,sebab kepada Peran,persembahan-persembahannya ada tujuan tertentu.
WAK KELETUNG : Bidan Tuk Mah pun merantaulah bersama rombongan ini,mengembara ke seluruh
pelusuk negara. Hidup bukanlah senang tapi hidup berguna dan membawa erti.
Tuk Mah lebih aman.


(i) Mengapakah Tuk Mah meninggalkan istana? [3 markah]
• Tuk Mah meninggalkan istana kerana terpikat akan seorang pemuda yang memegang watak Peran dalam satu persembahan
• Tuk Mah hendak menjadi anak wayang/ penari dan pelakon
• Tuk Mah hendak menyertai rombongan Peran yang mengembara ke serata tempat


(ii) Pada pendapat anda,mengapakah Wak Keletung mengatakan hidup Tuk Mah lebih
berguna sekarang? [3 markah]

• Tuk Mah dapat berbakti kepada masyarakat
• Tuk Mah dapat bergaul dengan rakyat biasa
• Tuk Mah dapat Memilih jalan hidupnya sendiri
• Tuk Mah dapat bersama orang yang disayangi

(iii) Huraikan satu perwatakan Tuk Mah yang terdapat dalam petikan di atas dan dua perwatakannya yang lain yang dipaparkan dalam drama tersebut. [3 markah]
• Satu perwatakan Tuk Mah terdapat dalam petikan ialah dia seorang yang tegas. Contohnya Tuk Mah tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan istana
• Dua perwatakan Tuk Mah dalam drama ialah dia seorang yang berani. Contohnya Tuk Mah berani mengikut Peran yang baru dikenalnya
• *Tuk Mah seorang yang baik hati. Contohnya, Tuk Mah membantu mengubati seorang yang sakit

...................................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 7

( Jangan Bunuh Rama-rama )

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

WAK KELETUNG : Bidan Tuk Mah pun merantaulah bersama rombongan ini,mengembara ke seluruh pelosok negara.Hidup bukanlah senang tapi hidup berguna dan membawa erti.Tuk Mah lebih aman.
BIDAN TUK MAH : Pada suatu malam kami bermain di sebuah kampung.orang-orang yang datang menonton ialah oang buta.Rupa-rupanya,sekalian penduduk kampung ini ialah orang buta belaka.Peran begitu terharu dengan apa yang dilihatnya
WAK KELETUNG : Dan Peran terus bertapak di kampung itu supaya dapat menolong orang-orang buta ni.Dia berusaha menolong di mana yang boleh.Dan pada suatu malam,ribut sebegitu menggila di kampung itu.Hujan,ribut,dahsyat.Ada rumah yang runtuh, pohon tumbang,air membanjir dan satu perkara yang sungguh aneh pun berlaku.
BIDAN TUK MAH : Semua penduduk yang buta di kampung itu tiba-tiba boleh lihat.Dan dalam ribut yang dahsyat ini Peran pun hilang.Berhari-hari orang-orang kampung yang sekarang boleh lihat,mencari Peran;hingga melangkah sungai-sungai.Tak jumpa-jumpa.Ke mana agaknya Peran?Tiga hari tiga malam Tuk Mah tak sedar.Dalam masa ini,Tuk Mah seakan-akan bermimpi,dinasihati jangan bimbang tentang
Peran.Dia tak apa-apa.Dan selepas tiga hari tiga malam ini,Tuk Mah pun boleh jadi bidan dan boleh buat ubat orang sakit.Di mana dijemput,Tuk Mah pergilah.Tuk Mah jadi begini adalah kerana Peran.Alhamdulillah.


(i) Apakah yang berlaku kepada Bidan Tuk Mah setelah bertindak untuk menyertai rombongan Peran?
[3 markah]


• Hidup Tuk Mah lebih aman
• Tuk Mah mengikut Peran tinggal sementara di kampong orang buta
• Semasa kehilangan Peran, Tuk Mah tidak sedar akan dirinya selama tiga hari tiga malam
• Tuk Mah seakan-akan bermimpi dan dinasihatkan agar jangan bimbang tentang Peran
• Selepas tiga hari tiga malam Tuk Mah boleh membidan orang
• Selepas tiga hari tiga malam Tuk mah boleh membidan orang yang sakit
( Pilih mana-mana 3 isi )


(ii) Jika anda ialah Peran , apakah yang akan anda lakukan untuk membantu golongan kurang upaya? tradisional?
[3 markah]

• Memberi bantuan kewangan
• Memberi sokongan moral
• Memberi bantuan atau khidmat sosial


(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua lagi persoalan daripada keseluruhan drama.
[3 markah]

• Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah budaya merantau menjadi amalan masyarakat tradisi
• Bantu membantu amalan mulia
• Kepercayaan terhadap ilmu ghaib
( Pilih mana-mana 1 isi )

• Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah persaudaraan sesama manusia
• Budaya mengasihi makhluk Tuhan
• Setiap manusia mempunyai keistimewaan tersendiri
• Setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing
( pilih mana-mana 2 isi)


...........................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 8
( Jangan Bunuh Rama-rama )


Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

WAK KELETUNG : Bidan Tuk Mah pun merantaulah bersama rombongan ini,mengembara ke seluruh pelosok negara.Hidup bukanlah senang tapi hidup berguna dan membawa erti.Tuk Mah lebih aman.
BIDAN TUK MAH : Pada suatu malam kami bermain di sebuah kampung.orang-orang yang datang menonton ialah oang buta.Rupa-rupanya,sekalian penduduk kampung ini ialah orang buta belaka.Peran begitu terharu dengan apa yang dilihatnya
WAK KELETUNG : Dan Peran terus bertapak di kampung itu supaya dapat menolong orang-orang buta ni.Dia berusaha menolong di mana yang boleh.Dan pada suatu malam,ribut sebegitu menggila di kampung itu.Hujan,ribut,dahsyat.Ada rumah yang runtuh, pohon tumbang,air membanjir dan satu perkara yang sungguh aneh pun berlaku.
BIDAN TUK MAH : Semua penduduk yang buta di kampung itu tiba-tiba boleh lihat.Dan dalam ribut yang dahsyat ini Peran pun hilang.Berhari-hari orang-orang kampung yang sekarang boleh lihat,mencari Peran;hingga melangkah sungai-sungai.Tak jumpa-jumpa.Ke mana agaknya Peran?Tiga hari tiga malam Tuk Mah tak sedar.Dalam masa ini,Tuk Mah seakan-akan bermimpi,dinasihati jangan bimbang tentang
Peran.Dia tak apa-apa.Dan selepas tiga hari tiga malam ini,Tuk Mah pun boleh jadi bidan dan boleh buat ubat orang sakit.Di mana dijemput,Tuk Mah pergilah.Tuk Mah jadi begini adalah kerana Peran.Alhamdulillah.

(i) Apakah peristiwa yang berlaku di kampung tersebut?
[3 markah]

• Peristiwa yang berlaku di kampung tersebut ialah ribut
• Selain itu kejadian rumah runtuh juga berlaku
• Ribut di kampung tersebut menyebabkan pohon tumbang
• Seterusnya hujan lebat mengakibatkan banjir melanda di kampung tersebut
• Penduduk yang buta juga boleh melihat semula
• Peran hilang dan tidak kembali semula


(ii) Sekiranya anda berada di kampung itu,apakah perasaan anda?
[3 markah]

• Sekiranya saya berada di kampung tersebut, saya berasa takut kerana berlaku kejadian ribut, rumah runtuh, dan pohon tumbang.
• Saya berasa cemas kerana banjir melanda secara tiba-tiba
• Saya berasa bimbang kerana memikirkan satu malapetaka yang lebih buruk akan berlaku / bencana itu akan berterusan
• Saya berasa sadih melihat kerosakan yang berlaku.
( Pilih mana-mana 3 isi )


(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai lagi daripada keseluruhan drama tersebut. [3 markah]
• Satu nilai yang terdapat dalam petikan drama ialah saling bantu-membantu sesama manusia seperti Peran membantu penduduk sebuah kampung yang buta / kekayaan tidak menjamin kebahagian seseorang seperti Bidan Tuk Mah yang mengikut Peran dan sanggup meninggalkan kekayaan
• Nilai berani. Contoh bidan Tuk Mah berani mengikut Peran meranatu
• satu nilai yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah taat kepada Allah. Contoh Nur Atma, Badut Dan watak-watak lain taat kepada Allah


....................................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 9
( Puteri Li Po )


Baca petikan drama di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

TUN PERPATIH PUTIH : Jangan Laksamana berkata demikian.Kalau diketahui
Puteri Hang Li Po tuan hamba beranggapan demikian, tentu kecil hatinya dan nanti kalau sampai ke pendengaran Tuanku Sultan,maka murka pula baginda.
HANG JEBAT : Itulah salahnya engku,kita selalu saja menjalankan tugas kita
untuk menjunjungnya. Sudah cukup kita menjunjung Duli Tuanku Sultan tanpa juga perlu bermanis dan melayan segala ocehan Tuanku Puteri itu.Ia sepatutnya sedar bahawa negara ini ialah negara berdaulat dan merasa bertuah bertuankan rajanya. Bukankah dengan merelakan diri menjadi isteri Tuanku Sultan ia juga sudah sepatutnya melepaskan segala ingatan dan penghormatan kepada negara asalnya. Selagi Tuanku Puteri itu belum dapat menimbangkan kedudukan sebenarnya sekarang, selagi itulah ia belum benar-benar berajakan Ke Bawah Duli Sultan,suaminya.
TUN PERPATIH PUTIH : Sudahlah Laksamana, kata-kata Laksamana itu kalau ada
benarnya sekalipun,merbahaya nanti padahnya pada kita semua. Marilah kita segera bersiap sedia untuk latihan itu. Bagaimana kalau Laksamana menjadi Sultan untuk latihan ini.
HANG JEBAT : Suka juga engku
TUN PERPATIH PUTIH : Tapi jangan pula sampai lupa daratan ya.
Laksamana Hang Jebat dan Tun Perpatih Putih ketawa dan keluar

(i) Apakah yang diperkatakan oleh Hang Jebat sehingga Tun Perpatih Putih menegurnya?
[3 markah]

• Hang Jebat menyatakan bahawa dia dan Tun Perpatih Putih sentiasa taat akan perintah Sultan dan
• bersabar dengan karenah Tuanku Puteri Li Po
• Puteri Li Po sepatutnya berasa bertuah bersuamikan seorang raja yang berdaulat


(ii) Pada pandangan anda, mengapakah latihan antara Hang Jebat dan Tun Perpatih Putih perlu diadakan? [3 markah]
• Pada pandangan saya, latihan perlu diadakan kerana majlis itu adalah majlis rasmi untuk menghadap Sultan
• Selain itu, banyak adat istiadat yang perlu diikuti dalam majlis tersebut
• Latihan tersebut juga perlu untuk memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan sempurna
• Latihan juga penting supaya setiap orang tahu peranan dan kedudukan masing-masing


(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Hang Jebat merungut dengan sikap Puteri Hang Li Po.Berikan alasan anda. [3 markah]
Wajar
• Pada pendapat saya wajar kerana Puteri Li Po memandang rendah terhadap Sultan dan negeri Melaka
• Selain itu Puteri Li Po masih tebal ingatannya terhadap ayahandanya dan negara asalnya
• Puteri Li Po juga seperti tidak ikhlas mengahwini Sultan Melaka
Tidak Wajar
• pada pendapat saya tidak wajar Hang Jebat merungut kerana Hang Jebat mesti menghormati Puteri Li Po dalam apa keadaan sekalipun.
• Tambahan pula, rungutan itu akan mengundang bahaya kepada Hang Jebat sendiri.
• Seandainya rungutan didengari Puteri Li Po, baginda akan berkecil hati.


(iv) Huraikan satu perwatakan Hang Jebat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi perwatakannya yang terdapat dalam keseluruhan drama ini. [3 markah]

• Perwatakan Hang Jebat dalam petikan ialah Hang Jebat seorang yang setia kepada sultan. Contohnya dia berasa kesal kerana Puteri Li Po masih lagi belum benar-benar berajakan Ke Bawah Duli Sultan.
• Hang Jebat juga seorang yang mendengar nasihat. Contohnya dia mendengar nasihat Tun Perpatih Putih agar tidak merungut dengan sikap Puteri Li po
• Perwatakan dalam keseluruhan drama pula ialah Hang Jebat seorang yang teguh iman. Contohnya Hang Jebat menolak luahan cinta Puteri Li Po kerana tahu hubungan sulit dengan isteri orang dilarang oleh agama.
• Selain itu, Hang Jebat seorang yang setia kepada kekasih. Contohnya Hang Jebat tidak mahu menduakan Dang Wangi walaupun digoda oleh Puteri Li Po.

..........................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 11
( Puteri Li Po )


Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PUTERI HANG LI PO : Begini Orang Kaya,beta sangat-sangat kesunyian kebelakangan ini. Sudah lima hari Sultan tidak datang ke sini. Sementara pemergian Tun Perpatih Putih ke Negara China untuk menghadap ayahanda beta,Orang Kaya ditugaskan menjadi penasihat beta.Oleh itu,nasihatlah hati ini agar terhibur jua. Sudi apalah kiranya Orang Kaya menghiburkan hati ini yang sangat rindukan belaian kasih sayang tuan hamba
HANG JEBAT : (Seolah-olah terkejut) Tuanku Puteri! Sembah derhaka patik sembahkan
Tuanku Puteri. Fahamlah patik sekarang bahawa Tuanku Puteri menaruh hati pada patik. Demi Allah,tidak patik sangka patik yang hina ini boleh dikasihi begitu. Jika patik sangka begini padahnya tidak akan patik terima tanggungjawab ini dahulu.
PUTERI HANG LI PO : Begitu sekali tuan hamba bencikan beta maka sampai hati menghina beta begitu. Apakah kurangnya beta pada mata Orang Kaya. percayalah tuan hamba,kalau kasih beta hulur ini mendapat sambutannya pandailah kita sama-sama merahsiakannya
HANG JEBAT : Tidak Tuanku Puteri. Tidak sekali-kali akan hamba lakukan. Patik hulubalang Melayu. Sultan junjungan patik. Tuanku Puteri juga isteri Sultan dan dengan itu junjungan patik jua. Amat durjana hamba ini kalau atas nafsu yang tidak bertanggungjawab merelakan dirinya menderhakai junjungan. Setelah diberi kepercayaan itu janganlah Tuanku Puteri menguji pula keperwiraan dan taat setia patik terhadap Tuanku.
PUTERI HANG LI PO : Pandai Orang Kaya mengolah bicara hingga tujuan asal beta untuk melamar cinta telah tuan hamba ubah pula menjadi seolah-olah beta hanya menguji Orang Kaya.

i) Nyatakan sebab-sebab Puteri Hang Li Po kesunyian. [ 2 markah ]
• Puteri Li Po kesunyian ialah suaminya sudah lama tidak menemuinya.
• Hati Puteri Li Po tidak terhibur.


ii) Pada pendapat anda mengapakah Hang Jebat menolak kasih Puteri Hang Li Po? [3 markah]
• Sebab-sebab Hang Jebat menolak kasih Puteri Hang Li Po kerana dia taat akan perintah Sultan sebagai pembesar negeri
• Hang Jebat juga seorang pahlawan Melayu yang pantang derhaka kepada Sultan
• Selain itu Hang Jebat dan Puteri Hang Li Po tidak sama darjat
• Hang Jebat juga sudah mempunyai kekasih
• Hang Jebat bimbang dia akan hilang jawatan atau pangkat
• Hang Jebat tidak mahu menerima risiko dihukum, dibuang negeri, dipenjara atau dibunuh.


iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan drama di atas dan dua nilai dalam keseluruhan drama tersebut. [4 markah]

• Nilai dalam petikan ialah nilai rasional. Contohnya Hang Jebat menolak kasih Puteri Hang Li Po.
• Terdapat juga nilai kasih sayang. Contohnya, Puteri Hang Li Po merindui keluarganya yang jauh.
• Seterusnya terdapat nilai taat. Contohnya Hang Jebat menolak kasih Puteri Hang Li Po kerana beliau merupakan pembesar Negara.
• Nilai lain ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Hang Jebat menjadi penasihat Puteri Hang Li Po ketika ketiadaan Tun Perpatih Putih.
• Nilai dalam keseluruhan drama ialah nilai berani. Contohnya, Dang Wangi berterus terang kepada Puteri Hang Li Po tentang perhubungannya dengan Hang Jebat.
• Nilai seterusnya ialah nilai adil. Contohnya, Sultan memberikan layanan yang baik kepada semua isteri baginda.
• Nilai yang lain ialah nilai bijaksana. Contohnya, Tun Perpatih Putih memberi alasan yang baik kepada Puteri Hang Li Po tentang gelaran ‘Hang’


..............................................................................................................................................

Latihan Drama SPM 12

(Puteri Li Po)

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Puteri Hang Li Po : (Dengan sinis) Alangkah gembiranya beta dan ayahanda beta, Raja Cina nanti.
Tun Perpatih Putih : Mohon ampun Tuanku Puteri, patik kurang arif akan maksud Tuanku Puteri itu.
Puteri Hang Li po : (Sambil memberi senyuman sinis) Ya, orang kaya, bukahkah penghoramtan itu diberi sempena keberangkatan Panglima Di Po kembali ke Negara China? Dan beta dengar ia julung-julung kali diberikan pada seorang wanita. Apalah kepahlawanan yang ada pada beta?
Tun Pepatih Putih : Percayalah Tuanku Puteri bahawa penganugerahan ini sungguh sesuai dengan Tuanku Puteri yang bakal menerimanya. Tuanku Sultan dan patik sekalian sangat mengagumi ketabahan Tuanku Puteri memulai hidup di sebuah Negara yang sungguh asing dalam segala tindak tanduknya Tuanku Puteri bukan saja telah berjaya menyesuaikan diri malah telah dapat menguasai bahasa negeri ini tanpa banyak bicara. Ke Bawah Duli Tuanku Sultan berpendapat, ini adalah satu contoh kepahlawanan Tuanku Puteri menghadapi masalah hidup.Oleh itu , Tuanku Puteri, sebenarnya anugerah itu sudah sepatutnya Tuanku Puteri.
Puteri Hang Li Po : Hati ini Tuhan saja yang tahu, orang kaya. Badai hidup lalui tiada siapa yang akan benar-benar memahaminya. Soalnya beta harus pandai menyimpai badai itu dalam-dalam jauh di lubuk sanubari beta.


(i) Nyatakan cabaran yang berjaya dihadapi oleh Puteri Hang Li Po hingga anugerah kepahlawanan diberikan kepadanya. (2 markah)
• memulakan hidup baru di Negara asing
• menyesuaikan diri di tempat baru
• menguasai bahasa Melayu


(ii) Pada pendapat anda, bagaimana kita dapat menghargai jasa seseorang yang berjaya mengharumkan nama negara? (3 markah)
• gelaran seperti Datuk/naik pangkat sekiranya pegawai kerajaan
• hadiah wang tunai/tanah supaya hidupnya lebih terjamin/perubatan percuma
• royalty daripada kisah hidupnya yang dibukukan/difilemkan
• dana untuk meneruskan kejayaan itu


(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan daripada keseluruhan drama ini. (4 markah)
Dalam petikan:
• Penghargaan kerana pengorbanan untuk negara.Contohnya Puteri Hang Li Po diberi anugerah kepahlawanan kerana ketabahannya hidup di negara asing.
• Kebijaksanaan menyesuaikan diri di negara asing . contoh Puteri Hang Li Po bijak menyesuaikan diri malah telah dapat menguasai bahasa negeri ini tanpa banyak bicara

Dalam drama:
• Kesetiaan pembesar kepada raja.Contohnya Hang Jebat tetap setia kepada sultan walaupun Puteri Hang Li Po cuba menggodanya.

....................................................................................................................................