PROSA TRADISIONAL - KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
A. SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan
bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala
Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara
menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan
laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma
Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang
kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan
kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga
keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun
kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini
kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada
ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada
Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke
istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana
berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar
dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh
oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai
bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota
badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada
sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah
menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah
berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada
laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya
ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut
barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya
barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang
tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu
bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh
laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang
dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di
Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat
membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
B. TEMA
Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.Keberanian dan kegagahanan Laksamana
mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta
Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.
C. PERSOALAN
1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
2. Persoalan
pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
3. Persoalan
pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
4. Persoalan
penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
5. Persoalan
perasaan dendam membawa akibat buruk.
D. WATAK DAN PERWATAKAN
Laksamana
-Seorang
yang berani
-Seorang
yang pemurah
-Seorang
yang bijaksana
-Cinta
akan keamanan negara
-Taat
setia kepada pemerintah
-Pandai
dalam ilmu kesaktian
-Memiliki
sifat kepahlawanan
Kertala
Sari
-Anak
kepada Petala Bumi
-Berasal
dari Majapahit
-Seorang
pencuri yang handal
-Seorang
yang tamak dan angkuh
-Seorang
pendendam
-Pandai
dalam ilmu kesaktian
-Suka
membuat huru hara
-Taat
kepada pemerintah
Sultan
Melaka
-Seorang
yang prihatin
-Seorang
pemimpin yang adil
-Seorang
yang mengenang budi
Patih
Gajah Mada
-Berasal
dari Majapahit
-Seorang
pendendam
E. LATAR
Latar Masyarakat
Latar Masyarakat
1. Masyarakat
feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
2. Masyarakat
yang bertanggungjawab
Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit
yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
3.
Masyarakat yang mengenang budi
Contoh
: Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat
dicuri oleh Kertala Sari telah
memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta
mereka ditemui.
4.Masyarakat yang
taat pada pemerintah
Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
Latar Tempat
1. Negeri
Melaka
Contoh: Kartala
Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di
Melaka
2. Majapahit
Contoh:
Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas
kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.
3. Di
tengah pasar
Contoh :
Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.
Latar Masa
1. Malam
Contoh:
Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah
malam.
2. Siang
Contoh: Bendahara
melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis
segala harta-hartanya.
H. GAYA BAHASA
1. Bahasa istana
1. Bahasa istana
Contoh: sultan, patik, tuanku,
2. Bahasa
pinjaman bahasa Jawa
Contoh: manira, kula, pakanira
3. Kata
ganda
Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak
I. NILAI
1. Nilai keberanian
1. Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan
membunuh Kertala Sari.
2. Nilai
tolong-menolong
Contoh: Laksamana
menawarkan diri untuk mengawal
keselamatan negeri Melaka.
3. Nilai
kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk
mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
4. Nilai
pemurah
Contoh:
Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan orang-orang
kaya kepada fakir miskin dan orang-orang
bawahannya tanpa mengambil sedikitpun
harta itu.
J. PENGAJARAN
1.Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
1.Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
2.Kita
hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
3. Janganlah
kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
4. Kita
hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan