KOMSAS TINGKATAN 4
- GELANGGANG
A. TEMA:
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.
B. MAKSUD SETIAP RANGKAP
Rangkap pertama
Penyajak menyatakan bahawa
Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu
kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum
demi masa depan generasi seterusnya.
Rangkap kedua
Kita ialah generasi yang
mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja
keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran
negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua
rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab
daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti
dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.
Rangkap ketiga
Penyajak berpendapat bahawa
pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi
mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah
pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur
supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan
tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri
mereka.
Rangkap keempat
Penyajak menyeru rakyat yang
benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar
pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.
Rangkap kelima
Penyajak menyatakan bahawa
kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk
memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan
demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia
melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam
meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati
oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir
hayat kita.
C. PERSOALAN
1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan
negara dengan keringat dan air mata.
2. Kepentingan perpaduan
dalam menjaga keamanan negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu
padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
3. Tanggungjawab rakyat dalam
mendaulatkan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara
kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang
cuba memusnahkan negara.
D. BENTUK SAJAK
- Terdiri daripada lima rangkap
- Terdiri daripada lima rangkap
- Terdiri daripada dua hingga
lapan baris dalam satu rangkap
- Terdiri daripada satu
hingga Sembilan perkataan dalam satu baris
- Terdiri daripada tiga
hingga 22 suku kata dalam satu baris
- Rima akhir mempunyai bentuk
bebas / tidak terikat.
- Rangkap pertama : abccd
- Rangkap kedua : abcdefgh
- Rangkap ketiga : abcadef
- Rangkap keempat : ab
- Rangkap kelima : abcde
E. GAYA BAHASA
1. anafora
Contoh :
kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
2. hiperbola
Contoh :
Hari ini kitalah
pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
3. inversi
Contoh :
jangan sekali bermain
apikelak membinasakan diri sendiri
kita pelihara
gelanggang inidengan kejap sepenuh
hati
Marilah para pahlawan
setia kita kukuhkan ukhwah
4. personifikasi
Contoh :
demi mempertahankan maruah
gelanggang keramat suci ini
5. kata ganda
Contoh :
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk
moyang lebih
suara-suaramomokan sumbang memperlekehkan menyentuh
F. NILAI
1. Nilai keberanian
1. Nilai keberanian
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita
harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
2. Nilai perpaduan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu
padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
3. Nilai tanggungjawab
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara
kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang
cuba memusnahkan negara.
G. PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersatu padu
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu
padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
2. Kita mestilah berani
bertindak
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita
harus berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
3. Kita mestilah
bertanggungjawab atas kedaulatan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara
kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang
cuba memusnahkan negara.
SLIDE SAJAK GELANGGANG
















LAKONAN / TAYANGAN SAJAK GELANGGANG